Prolog

6.1K 182 2
                                    

Hummaira terkedu.

pelbagai soalan muncul dalam kepalanya.

Adakah itu kebenaran atau dusta semata-mata?

Kebenaran pahit yang perlu ditelan oleh seorang isteri? atau kedustaan yang akan mempengaruhi keputusanya sekarang?

"Bohong.. jangan tipu aku" jerit Hummaira dengan suara yang terketar-ketar. dia takut. Takut dengan kebenaran.

Hakim tertawa sinis.

"bukan itu kebenaran yang kau nak sayang? cari pembunuh dia? pembunuh ibu ayah kau? aku tolong kau lah ni. Cari siapa pemusnah hidup kau." sinis Hakim bersuara.

"kenapa? terkejut? sebab dia orang yang paling kau percaya? dia yang kau anggap saudara? come on maira, apa yang kau akan buat? selama ni pernah ke aku bagi maklumat yang salah?" ujar Hakim lagi menambah duka Hummaira.

Hummaira menangis. dia tak kuat. ' ibuuu maira tak kuat ibu, tolong maira ibuu' lemah dia memohon kekuatan.

"Ikut aku maira. jauh dari sini, jauh dari orang-orang yang khianati engkau." Hakim hanya ketawa melihat Hummaira yang lemah. situasi yang paling dia idamkan. Lemahnya Seorang Wanita yang bernama Hummaira.

"selama ni Hayyan tak salah?" soal Hummaira dengan air mata yang masih bersisa.

"Dia salah!" tempik Hakim kuat.
"Fuck that man! kalau dia tak salah, dia tak akan mengaku salah walaupun itu bukan salah dia! Kau takkan menderita macam ni maira. Kau takkan tersiksa maira! " Jerit Hakim kasar. Dia benci. Dia benci melihat air mata Hummaira mengalir sebab lelaki lain selain dia. dia gila? betul dia gilakan Hummaira. Baginya hanya dia yang layak menjadi penyebab air mata Hummaira keluar. Hanya dia.

Kayu besbol diambil. perlahan-lahan diseretkan ke arah Hummaira yang masih terduduk itu. hakim menunduk dihadapan Hummaira. Tangannya mengusap air mata dipipi Hummaira namun dengan pantas Hummaira menepis tangan itu. Dia jijik dengan lelaki dihadapannya ini. Lelaki gila yang menipunya sepanjang 3 tahun dia lari dari suaminya sendiri. Dia juga berasa jijik dengan diri sendiri kerana terlalu mengutamakan dendam sehingga menyebabkan hidupnya musnah.

PANG

Terteleng kepala Hummaira menerima tamparan kuat dari Hakim. "Kau dengar sini maira. Aku yang bawa kau lari dari jantan sial tu. Aku yang sentiasa ada dengan kau masa kau sakit. Aku yang berada di samping kau masa kau nk mati. tu semua aku!" marah Hakim sambil menarik rambut Hummaira dengan kuat.

"Isyraff ini bukan kau... kau kawan aku isyraff" pujuk Hummaira perlahan.

"Aku bukan Isyraff lah sial. Aku Hakim! aku Hakim!" marah Hakim. Ditampar berkali-kali muka Hummaira sehingga darah meleleh keluar dari bibir Hummaira. "Isyraff dah mati. sejak kau buat keputusan untuk balik pada jantan sial tu, Isyraf dah mampus. Tak akan ada lagi Aiden Isyraff tu dalam hidup aku. " marah Hakim lagi.

dengan kasar Hakim memukul Hummaira, bagai melepaskan dendam yang terbuku dalam hati.

Hummaira lemah, dia tak dapat bergerak. perutnya senak ditendang oleh lelaki durjana itu. Di redha andai dia pergi ketika itu. Namun kekesalan yang masih wujud tidak dapat dia leraikan. Dia tidak dapat memohon ampun terhadap lelaki itu, lelaki yang pernah dia gelar pembunuh. Lelaki yang dilukakan oleh dirinya dengan kata-kata kesat dan cacian. Dia tidak dapat memohon kemaafan daripada Syurganya sendiri.

Matanya berpinar, nafasnya seperti tidak sampai ke paru-paru, Hakim masih asyik memukul dan menendang dirinya. Darah dicelah kakinya dipandang sayu, untuk kali kedua dia kehilangan permata hati kerana kesilapan dan keegoaan yang wujud dalam dirinya. Insan-Insan yang tidak bersalah menjadi mangsa atas kekilafan dirinya sendiri.

Hummaira redha, redha dengan takdir Allah... sebelum sempat dia melelapkan mata satu figura asing menerpa pandangannya..

"Aa.. Abanggg" ujarnya lemah sebelum gelap menguasai diri.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now