Chapter 23 - Kebenaran

5.1K 126 2
                                    

Hummaira berjalan terhuyung-hayang maklumlah badan besar macam ni jalan pun macam penguin.

Dia baru sahaja keluar dari Seven Eleven. niatnya hanya menginginkan Ice Cream Drumstik Coklat.

Sebaik sahaja dia mahu menuju ke kereta satu tangan menariknya kedalam pelukan. Bunyi Hon kereta kedengaran.

Hampir sahaja kereta wira itu melanggarnya, nasib baik ada orang yang menarik tangannya.

Tubuhnya menggeletar.

Jantungnya berdegub laju.

lagi sikit sahaja dia akan mati.

lelaki yang mendakapnya tadi mengusap belakangnya lembut.

baik-baik takut tadi tetiba panas pulak hati Hummaira. selamba je lelaki ini sentuh bini orang bisik hati Humaira.

Terus Hummaira menolak lelaki itu kuat.

"Terima kasih ya tolong saya, tapi itu tak bermakna encik boleh peluk saya sesuka hati." marah Hummaira sebaik sahaja pelukan terlepas.

"Kalau encik jumpa laki saya, confirm kena pancung" bebelnya lagi.

Lelaki itu tersenyum senget dibalik full helmet yang dipakai olehnya.

Terus lelaki itu meninggalkan Hummaira setelah memastikan hummaira okay dan menuju ke arah Kawasaki Ninja H2r.

Hummaira menjeling lelaki yang berlalu itu. Biadap. bisik hati Hummaira.

Bunyi telefon membuatkan Hummaira terkejut. Panggilan Isyraff diangkat.

Hummaira mengigit bibir, sudah hampir 5 bulan dia tidak contact Isyraff. Rasa bersalah menyerbu dirinya.

"Hello? assalammualaikum" Hummaira memberi salam
"Maira? aku ni isyraff"

"Kenapa weh?"

"Lusa malam family aku ada buat kenduri doa selamat, adik bongsu aku baru lepas SPM. kau datang tau weh" Kata isyraff lembut.

"Insya Allah, nanti aku ajak finna sekali" kata hummaira pula.

"Aku dah jemput dia dengan laki diaa. nanti aku bagi alamat baru rumah mama." balas isyraff laju

"oh ye ke? nanti aku datang" kata hummaira memberi kata putus

"bye Isyraff, aku nk drive dah ni. pape nanti roger aku" kata Hummaira menutup panggilan tersebut.

*****

Hummaira memakir keretanga di kawasan banglo 2 tingkat itu. Pelik rasanya dia sudah cukup lambat datang kenduri doa selamat di rumah mama dan papa isyraff.

terus dia mewhatsapp Finna bertanyakan sama ada Finna sudah sampai atau belum.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. 2 pengawal yang menjaga banglo tersebut menyapanya dengan ramah.

"Puan Hummaira, tuan Hakim ada dekat dalam" kata mereka.

Hummaira mengerutkan keningnya. Hakim? aku salah rumah ke?

Buka sahaja pintu hadapan alngakah terkejutnya dia melihat ruang tamu yang bersepah dengan baju baju, botol arak dan gambar dia?.

Hummaira terkaku, dia mula rasa takut. Kenapa gambarnya ada disini? banyak. malah gambar yang dia tak pernah tahu juga bersepah di lantai ruang tamu itu.

Hummaira terus berpusing, dia mahu keluar, dia takut.

"Kau nak pergi mana Hummaira" tanya Hakim dipintu sambil merenung Hummaira tajam.

"Apa semua ni isyraff?" Tanya Hummaira mengigil.

"Hakim.." kata isyraff sepatah membuatkan Hummaira mengerutkan keningnya.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now