Chapter 27 - Baby

6K 126 1
                                    

Hayyan gelisah kakinya mundar-mandir di hadapan Dewan pembedahan Hummaira. Dia takut.

Takut tidak berjumpa dengan isterinya, takut sekiranya dia tidak sempat melihat anaknya. Dia takut. Tangannya mengigil.

Hatinya tidak tenang.

Sampai sahaja dia ke HAT Tuanku Mizan tadi, Doktor terus meminta dia menandatangani borang dan mengisi maklumat peribadi Hummaira.

Hummaira perlu menjalankan pembedahan mengeluarkan bayi kerana selama sejam Doktor memerhati keadaan Hummaira tiada respon diberikan oleh hummaira.

"Hayyan kau kena tenang. kau tak boleh tak tentu arah macam ni" kata Ammar yang masih duduk dikerusi berhadapan dengan dewan pembedahan.

kaki Hayyan terhenti. Jantungnya berdebar. Pintu dewan pembedahan tersebut terbuka memaparkan seorang doktor wanita.

"Encik Hayyan, Keadaan Puan Hummaira sekarang ini berada ditahap yang kritikal. " kata Doktor wanita itu dengan tenang.

" Jantung kedua-dua bayi sangat lemah, Jantung Hummaira juga lemah.. kesan daripada pukulan physical yang diterima oleh puan Hummaira."

"Keputusan ditangan encik. Sama ada Puan Hummaira atau bayi encik" kata Doktor itu ringkas.

"If you choose puan Hummaira 65% boleh selamat  while babies not even 30% both baby lemah dan mereka tidak cukup bulan. walaupun mereka survive selepas pembedahan, mereka perlu diletakkan di dalam incubator. Dan itu bergantung pada sistem tubuh mereka." Jelas doktor itu lagi.

Hayyan tergamam. kakinya lemah.

"Allah" bisik Hayyan perlahan.

"both. the babies and my wife." Kata Hayyan memandang tajam ke arah doktor wanita itu.

Doktor itu menelan air liurnya.

"We will try our best" kata doktor itu, dia masuk semula kedalam dewan pembedahan.

Hayyan terus jatuh. Dia menangis. Amsyar terus memeluk Hayyan.

"isterinya aku.. anak-anak aku. Ya Allah, aku tak tahu baby kitorang kembar. aku tak tahu amsyar. aku suami tak guna. YA Allah.. aku tak kuat. Sumpah aku tak kuat" Kata Hayyan meraung dalam dakapan Amsyar.

Ammar yang memerhatikan mengalirkan air matanya perlahan. Turut merasai kesakitan yang dihadapi oleh Hayyan.

"Hummaira kuat Hayyan. Kau sendiri kenal isteri kau. Dia kan kuat demi anak-anak kau." Hayyan menangis sendu. Dia sakit. Dia Menyesal tinggalkan isterinya yang memerlukan dia sepanjang 7 bulan ini.

"aku perlukan dia amsyar aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku rela mati dari dia yang pergi. Aku suami yang gagal. Aku ayah yang tak guna. aku gagal lindungi keluarga aku. Aku gagal." Hayyan mengongoi didalam pelukkan Amsyar.

Ammar yang mendengar setiap butir bicara Hayyan terus memeluk Hayyan dan Amsyar. Hatinya turut berduka dengan situasi Hayyan.

"kita isyak dulu dulu hayyan. Kau doa pada Allah. Kau luahkan apa yang terbuku dalam hati kau. Finna sekejap lagi datang dia tunggu Hummaira. Kita solat dulu" Pujuk amsyar perlahan.

Hayyan mengangguk bangun.

Surau dalam hospital dicari.

Ingin menunaikan kewajipan.

Sementara finna menunggu di dewan Pembedahan.

*****

Hayyan termenung, bibirnya tak berhenti beristighfar menunggu Hummaira.

Dua jam berlalu, seorang doktor keluar dari dewan tersebut, Hayyan terus bangun menyerbu doktor wanita itu.

"Isteri saya macam mana doktor? anak-anak saya??"

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now