Chapter 32 - Dating

5.3K 120 6
                                    

Fayyadh dan Fayha menangis kuat. Hayyan cuak. barsahut-sahutan mereka meraung.

"Fayyadh sayang, Fayha.. shhhhhh.. daddy cium sikit je. janganlah menangiss" Hayyan terasa ingin menangis.

Pintu bilik dibuka kasar.

"Abang niii.. baru je tido budak tu. abang kacau kenapa" marah Hummaira.

Hayyan hanya tersengih. rasa bersalah.

Fayyadh diangkat dan didodoikan. Fayha pula di dodoikan oleh Hayyan.

"Mummy jangan marah daddy ea. daddy rindu Fayyadh Fayha daddy tak fikir apa dah . fikir nak cium je" pujuk Hayyan.

Kembar kembali tidur diletakkan semula kedalam babycoat.

Hayyan terus memeluk erat tubuh Hummaira. kesian isterinya. baru sahaja baik dari berpantang. balik kuala lumpur semua kena buat sendiri.

"Sayang abang okay ke hari ni? penat? kembar meragam tak?" ujarnya perlahan.. tangan mengurut bahu si isteri.

"Kembar tak meragam pun. tapi tulah abang kacau dorang nak tidur kenapa. Penat sikit je dah lama tak kedapur." kata Hummaira perlahan. suka dengan urutan Hayyan.

"Kan abang pesan, balik nanti baru abang buat kerja rumah semua. Sayang jangan lah macam ni" kata Hayyan lagi. Dia tak nak isteri dia penat.

"yangg abang dapat cuti 4 hari. dating jom."  kata Hayyan pada Hummaira.

"abang larat ke nak bawa anak-anak abang ni berjalan jauh." tanya Hummaira tersengih.

"Abang nak bawa sayang je.. kembar biar Hanin and the geng jaga."

"tak menyusahkan dorang ke? Kembar ni putus susu pun belum lagi" tanya Hummaira risau.

Dia bukan apa, Fayyadh dan Fayha baru sahaja menginjak 5 bulan. masih bergantung pada susu ibu. Bukan dia tidak mahu memberikan susu formula tapi baginya masih terlalu awal.

Hayyan terdiam. kenapa dia tak terfikir.

"Kalau macam tu bawa sekali lah. Abang nak bawa sayang pergi pontian. lama kita tak jenguk Haryan dengan ibu ayah." Kata Hayyan lagi.

Hayyyan memeluk tubuh Hummiara dari belakang. Kesian isterinya ini. sejak balik dari melaka 2 bulan yang lepas dia sibuk dengan urusan pertukaran ke bahagian office. Masih menunggu surat kebenaran dari pihak atasan. permohonan kenaikkan pangkat juga ditunda sehingga si kembar betul-betul boleh ditinggalkan. Insya Allah tahun hadapan dia akan mengikuti ujian kenaikan pangkat.

sekiranya ada rezeki dia akan dinaikan pangkat sebagai Mejar.  Tinggal tunggu masa sahaja.

*****

Hummaira keluar dari perut kereta, Rumah peninggalan ibu ayahnya ini ditatap penuh sayu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya di rumah itu.

Dia memandang Hayyan yang sedang membuka pintu rumah.

"Sayang masuk dulu dengan anak-anak, abang nak pergi barang dalam bonet." Kata Hayyan

Hummaira mengangguk dah mendukung Fayyadh masih tertidur, manakala Fayha pula didukung oleh Hayyan.

Hummaira merehatkan tubuhnya dia sofa. Penat 4 jam dalam kereta. Nasib baik anak-anaknya tidak meragam. elok je tidur semasa perjalanan sehingga sampai ke rumah Ibu bapanya di pontian.

Barang-barang yang Hayyan bawa masuk tadi diletakkan di dalam bilik.

Hayyan terus baring dipeha Hummaira memandang anak gadis dan anak bujangnya masih tidur di dalam bilik.

"Malam ni ada pasar lambak.. jom sayang. dah lama kita tak pergi." ajak Hayyan yang masih menutup mata.

Hummaira memandang jam tangannya menunjukkan puk 3.30.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now