Chapter 6- Kehadiran

4.2K 153 7
                                    

Hummaira memakirkan kereta myvinya kedalam garaj kereta di hadapan rumahnya. jam menunjukkan pukul 10 malam.

Dia baru sahaja pulang dari menghadiri majlis makan malam bersama guru-guru di tempat dia mengajar. Agak lewat di pulang pada malam ini kerana cikgu Hawa dan cikgu Sabina bersunguh-sunguh mahu menyiasat tentang dia dan lelaki tentera ketika program di Kem Sungai Udang.

Dan seperti biasa, Hummaira terkenal dengan sikap suka mengelak dan melarikan diri membuatkan cikgu Hawa putus asa untuk bertanyakan soalan tersebut.

Hummaira menggeleng kecil mengingatkan keletah cikgu Hawa dan Cikgu sabina, Suka bergosip namun dia tahu Cikgu hawa dan cikgu sabina mempunyai hati yang baik. sebab itu lah dia selesa berkawan dengan kedua cikgu itu.

Dia keluar dari kereta dan mengunci pintu pagar rumahnya itu, pelik dia rasa, terdapat satu kereta hitam mewah iaitu audi R8 black matte terpakir elok di seberang jalan kawasan rumahnya itu, betul-betul berhadapan dengan padang bola sepak.

Keadaan yang sunyi menyebabkan dia laju mengambil beg laptop dan kertas soalan akhir tahun pelajarnya. Niatnya nak tanda kat sekolah tapi banyak pulak dugaan bila tanda kat sekolah. Bawa baliklah kisahnya.

"assalamulaikum.." tergamam Hummaira di pintu rumah.. terkejut dengan kehadiran seseorang. Elok berdiri betul-betul di tengah ruang tamunya itu.

"Lambat balik?.." tanya seseorang itu sambil memandang tajam wajah Hummaira.

Hummaira mengigil. dia cuba bersikap biasa dengan tidak mengendahkan kewujudan orang itu. Dia meletakkan barang-barangnya itu di atas sofa yang berdekatan dengan televisyen.

Lampu dibuka, jelas kehadiran lelaki itu dirumahnya. lama mereka mendiamkan diri.

Hummaira memecahkan sepi itu "apa yang kau nak?"

"Abang rindu sayang.." jawabnya perlahan.

Hayyan memegang tangan wanita itu dan membawanya kedalam pelukkan.

Dia memeluk hummaira dengan erat menyebabkan hummaira sukar untuk melepaskan diri.

Namun Hummaira degil, dia tetap cuba untuk lepaskan diri daripada pelukan Hayyan.

"Lepaslah.. rimas tau tak.. panass" bising Hummaira.

"sekejap je sayang.. abang rindu sangat" bisik Hayyan mengemaskan pelukan.

Tubuh Hummaira didukung dan diletakkan Hummaira di atas almari televisyen paras pinggang Hayyan.

Hayan memandang Hummaira dari atas. wanita itu hanya diam memandang dadanya. Tangannya elok memagari Hummaira menghalang gadis itu turun dari almari tersebut.

"abang minta maaf sebab marah sayang hari tu. Abang tahu sayang terluka.. tapi abang pun terluka. Abang tak nak buat isteri abang marah lama-lama. abang penat nk tunggu hati sayang terbuka untuk abang balik." jelas Hayyan.

"Habistu, kau nak ceraikan aku sekarang ke? hah cepatlah.. tak sabar betul aku nak jadi janda ni" cabar Hummaira sambil matanya tajam memandang Hayyan yang tinggi.

Masalahnya sekarang ini Hummaira dalam situasi yang sangat merisikokan dirinya. Hayyan boleh buat apa sahaja yang dia suka kepada hummaira kerana Hummaira terperangkap diantara lengan sasa Hayyan.

Hayyan mengeluh perlahan sambil menggeleng kepala. Isterinya ini banyak betul akal nak sakitkan hati hatinya.

"tak ada makna abang nak lafazkan talak pada sayang. Abang penat, sebab tu abang datang sini nak bawa sayang balik pada abang. Jadi isteri abang, jaga makan pakai abang. jadi menantu terbaik untuk bonda dengan ayahanda. sebab tu abang nk bawa sayang balik" kata hayyan lagi.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now