Chapter 9 - Peristiwa

4.1K 141 6
                                    

Hummaira memandang Nurin Haryan Fitri binti Muhammad Hayyan Al-Furqan dengan pandangan yang penuh kasih.

Anak sulung mereka. Hasil daripada pernikahan Hummaira dan Hayyan. Walaupun bergelar ibu muda pada berusia 22 tahun, Hummaira tetap gembira dengan kehadiran puteri sulungnya.

"suka betul tengok Haryan ni, baik je tak meragam" puji ibu sambil mengemas barang-barang keperluannya.

" ibu cuba tengok maira ni. Maira kan budak baik mesti anak maira pun baikk. hahhhhh" Hummaira puji diri sendiri.

"tak tahu lah ibu, bini kamu ni kuat perasan betul" kata ibu kepada Hayyan yang tiba ke bilik hummaira di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Hayyan baru sahaja selepas membayar bil hospital. Hayyan tersenyum kecil mendengar percakapan ibu, memang dari mereka kenal, isterinya itu memang kuat perasan, kuat merajuk dan manjaaa.

Dia berdiri di sebelah Hummaira yang memegang Haryan. Haryan diambil lalu dicium puas. Puteri sulungnya itu betul-betul copy paste mukanya. Anak dadddy betul Haryan ni.

Hummaira hanya merenung suaminya. Entahlah hatinya sungguh tidak tenang hari ini.

"Abang nak gerak ambil kereta kejap dekat rumah ibu, Nak ambil bonda sekali dengan finna, dorang tak tahu jalan. dorang on the way sampai pontian" Kata Hayyan.

Haryan diberikan semula kepada Hummaira. Hayyan merangkul bahu hummaira lembut.

"Betul juga tu, Maira keluar ward pun pukul 8.30 malam sempat lagi ni." kata ibu pula.

"alah tak boleh ke kalau kalau jumpa dorang kat rumah ibu?" rengek Hummaira di dakapan Hayyan.

"Nak tunggu sampai 8.30 kan lambat sayang, sekejap je abang ambil dorang. bukan tak biasa abang drive" kata hayyan sambil mengangkat kening.

Hummaira hanya ketawa kecil. Tahu bahwa kalau Hayyan drive memang macam pelesit. Panjang betul nyawa suaminya ini suka sangat memandu laju-laju.

"Abang hati-hati bawak kereta, Maira tak nak jadi janda awal-awal tauu." usik Maira

"mulut tu abang stapler guna dawai besi kang" ugut Hayyan.

Maira ketawa suka melihat Hayyan bengang.

"abang gerak dulu sayang, Anak daddy ni jangan nakal-nakal. Jangan meragam dengan mummy okay. love you both so much." kata Hayyan perlahan.

Ibu yang mendengar tersenyum. senang dengan pilihan anak tunggalnya itu.

Hayyan mencium dahi isteri dan anaknya lamaa. menyalam ibu Hummaira lalu keluar dari bilik itu.

*****

"Isyraff jadi datang ke maira?" tanya ayah yang duduk disofa.

"Datang kejap lagi, dia ada meeting, kul 8 datang lah tu" kata maira yang masih baru sahaja selesai menyusukan Haryan.

"Assalammualikum" kata isyraff di depan pintu

"waalaikum salam hahhh panjang umur kamu isyraff" kata ayah mesra.

"Mari sini tengok anak buah kamu ni, comel cantik macam mak pak dia" sambung ayah lagi.

"Weh maira muka dia sebijik muka si Hayyan ni" kata Isyraff tak puas hati.

Ditenung muka bayi itu dengan perasaan yang bercampur. terus dia memandang Hummaira yang tersenyum.

"Mana boleh wehh, anak kau ni patut ikut muka kau sebab dia perempuan. aku stress.. bukan ikut muka laki kauu" kata Isyraff beremosi lagi.

Haryan diangkat perlahan dari tangan maira. Berhati-hati pegangannya. Hummaira hanya ketawa. terhibur dengan sikap Isyraff yang suka beremosi.

"mana tak muka bapak dia, masa mengandung dulu asyik mengidam tengok muka Hayyan 24 jam. Stress menantu ibu yang sorang tu isyraff" usik ibu, Isyraff tersengih kelat.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now