Chapter 7- Peluang

4.4K 158 6
                                    

Hayyan memandang si isteri yang tertidur pulas disebelahnya, elok wanita ini berbaring dilengannya sambil memeluk badannya.

Comforter ditarik menutupi bahu isterinya yang terdedah.

Menguji iman betul isterinya bisik hati Hayyan.

Walaupun sudah menjadi kebiasaan Hummaira memakai tshirt tanpa lengan ketika tidur itu tidak membantu imannya ini.

Sudah 3 tahun tidak bersentuh kulit dengan si isterinya membuatkan dirinya seperti cacing kepanasan.

Hayyan merenung wajah polos hummaira.

Hanya perkataan rindu yang dapat luahkan.

3 Tahun menunggu isterinya kembali. namun Hummaira masih marah dengan dengan. Hayyan kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Perlahan-lahan dirinya dihanyut dalam mimpi indah.

*****

Hayyan tersedar daripada lenanya, mencari isteri disebelah, namun tempat kosong dikotak matanya, dia terus terbangun dari baringan.

Alangkah terkejutnya lelaki itu melihat seseorang merenungnya dengan tajam di sebelah pintu sambil memegang sejadah.

"Ya Allah sayang terkejut abang" kata Hayyan terkejut.

Mana taknya, Hummaira yang siap bertelekung berwarna putih itu elok berdiri merenungnya di tepi pintu, sungguh meremang bulu romanya.

"Subuh" kata hummaira dengan dingin.

Hayyan tersenyum kecil, sudah lama dia merindui saat-saat mereka berjemaah bersama.

"sayang tunggu abang yaa" usik Hayyan.

"cepatlah, kalau tak saya solat sendiri" ugut Hummaira.

Hayyan hanya ketawa kecil sambil berlalu mengambil air sembahyang, sempat dia mengacah untuk menyentuh Hummaira membuatkan hummaira terjerit kecil.

Mereka solat jemaah bersama-sama pada subuh itu,

Hening dan sepi.

Hayyan mengangkat tangannya untuk berdoa

"Ya Allah ya tuhanku, Kau ampunilah dosa ku dan doa isteriku Ya Allah, kau berikanlah kami kesempatan untuk menuju kesyurgamu Ya Allah. Kau berkatilah rezeki kami ya Allah. Kau jadikanlah Kami sebagai hambamu yang soleh dan solehah. Ya Allah, ampunilah dosa bonda dan ayahanda, kau berkati mereka dengan ezeki yang halal. Kau Ampunilah dosa ibu ayah dan anak kami ya Allah. kau rahmatilah, dan tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Jauhkan mereka dari azab api neraka dan seksa kubur. Ya Allah, kau lembutkan Hati isteriku, Kau jadikan lah dia ketua bidadariku kelak disyurga. Kau jemputlah kami ke syurgamu ya Allah. Amin." doa Hayyan penuh syahdu.

Terlupa seketika bahwa isterinya turut mengaminkan doa tersebut.

Dia toleh kebelakang, wajah isterinya yang penuh dengan air mata dipandang redup.

Tangannya dihulur ke sang isteri untuk disalam.

"sayang tak nak salam abang?" tanyanya pabila melihat isterinya hanya termenung.

Perlahan-lahan Hummaira mencapai tangan lelaki itu dan menciumnya dengan penuh syahdu.

Hayyan mencium dahi Hummaira, kemudian beralih ke pipi kanan dan kiri Hummaira dan melekapkan bibirnya di bibir Hummaira.

Cara yang paling disukainya untuk membatalkan wuduk antara mereka.

kemudian Hayyan menarik gadis itu kedalam pelukannya. Hanya sepi menemani mereka.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now