Chapter 12 - Bonda

5.3K 128 2
                                    

Bonda memeluk erat tubuh Hummaira. Hummaira membalasnya dengan kuat. sudah lama dia tidak memeluk bonda seerat ini.

Masing-masing menangis melepaskan rindu. Rindu pelukan sang ibu.

Ayahanda dan Hayyan memandang dua beranak itu dengan senyuman terlakar di bibir.

Ayahanda menepuk bahu Hayyan perlahan dan mengajak Hayyan masuk kedalam rumah. Jelas isterinya itu tidak sabar mahu berjumpa dengan menantu kesayangan mereka.

bonda masih memeluknya apabila mereka duduk diruang tamu.

"Bonda rindu maira sangat-sangat. Kalau boleh bonda tak nak maira duduk jauh dengan bonda. Duduk je kat sini dengan bonda dan ayahanda." kata bonda dengan air mata yang masih mengalir.

Sungguh dia merindui satu-satunya menantu dalam keluarga mereka.

Hummaira tersengih.

"Bonda jangan lah nangis lagi nanti tak lawa, ayahanda marah maira nanti sebab buat bonda menangis." usik hummaira.

"Berani dia nak marah menantu bonda. Dia tidur luar lah gamaknya." kata bonda sambil menjeling ayahanda.

"eh ayahanda pula jadi mangsa, dah Hayyan jom teman ayahanda main futsal dengan member ayahanda." ajak ayahanda.

"Sejak bila??" tanya Hayyan hairan.

"Sejak adik kesayangan kamu tu jumpa bakal mertua dia" kata ayahanda lagi.

"Siapa nak kawin???? angah?? kembar??" Tanya Hayyan lagi.

"angah lah, sapa lagi.. budak tu baru 23 dah gatal macam along dia" bebel bonda pula.

Hummaira disebelah bonda ketawa.. tahu siaapa yang ditujukan oleh bonda. Hayyan pula tersengih.

"Hahh japlah ayahanda along tukar baju jap" kata hayyan ringkas.

Terus dia menarik tangan Hummaira menuju ke bilik mereka. Hummaira hanya mengekor, Hayyan yang nak tukar baju kenapa dia pun kena ikut sama? pelik.

"Dinner ni awak nak makan apa?" tanya hummaira selepas memberikan tuala kepada hayyan. Hayyan hanya dia tidak menjawab.

"awak nak makan apa Hayyan?" tanya maira lagi.

"awak!" geram hummaira dengan tingkah Hayyan yang masih tidak menjawab soalannya.

"abang nak makan apa malam ni?" tanya hummaira mengehela nafas geram.

Hayyan tersenyum mengusik.

"kan sedap panggilan abang tu sayang." kata hayyan mengusap rambut Hummaira. Hummaira menjelingnya.

"Abang teringin nak makan ayam masak merah sayang.. tapi apa-apa pun abang makan je" Kata Hayyan lagi seraya masuk kedalam tandas.

Hummaira hanya mengangguk dan turun kebawah. mahu membantu bonda masak makan malam.

******
Dinner hari ini bonda ingin memasak Nasi Ayam merah

" Bonda ingat bonda nak buat kenduri doa selamat" kata bonda sambil memegang memandang Hammaira yang ralit mengaul ayam masak merah.

"ohhhh untuk apa bonda?" tanya Hummaira pula.

"untuk kepulangan kamu. Sekali harung nak jemput jiran untuk majlis kenduri kawin angah." jelas bonda

"untuk maira? tak payahlah bonda.. " tolak Hummaira sopan.

"alang-alang lah sayang ye.. bonda bersyukur menantu bonda balik" pujuk bonda lagi.

Hummaira hanya mengangguk perlahan, tidak mahu kecewakan bonda. Sayu hatinya bonda mahu meraikan nya sedangkan dia? pulang dengan dendam yang hanya akan melukan hati ibu mertuanya itu.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now