Chapter 33 - Sunyi

4.4K 112 0
                                    

Finna POV

Aku memerhatikan sang suami yang tekun membaca buku yang bertajuk Nama Bayi Dalam Islam. Bersemangat Amsyar mencari nama untuk bakal anak sulung kami.

Menurutku masih terlalu awal untuk kami memilih nama anak kami sedangkan kandunganku ingin masih belum kukuh dan baru berusia 3 bulan.

Namun aku tidak mahu menghapus kegembiraan dia. aku hanya mampu memerhati keterujaan Amsyar yang bakal bergelar ayah.

Aku mengeluh perlahan.

Aku tak tahu apa yang aku nak sekarang ini. masih rasa tak layak untuk dapatkan kebahagiaan yang aku ada sekarang.

Aku rasa kosong.

Aku rasa takut.

Aku takut sekiranya kebahagiaan aku hanyalah satu perkara yang sementara.

"Sweetheart!? abang rasa abang dah jumpa" panggil Amsyar terujaa.

aku memandang amsyar dengan senyuman yang cuba dipaksakan.

"kalau perempuan abang nak letak Amanda kalau lelaki abang nak letak nama Amzar" kata Amsyar lagi.

"Finnaa sukaaa" kataku melayan amsyar.

"sweetheart kesayangan abang kenapa ni hm?? dari tadi finna monyok lepas kita checkup" tanya Amsyar yang perasan dengan tingkah laku pelik Finna.

"Tak adalah abang, Finna okay je. Cuma finna penat sikit jek" kata ku,

"Normally, awal-awal akan letih sikit, terima kasih sayang sudi bertahan untuk bidadari kecil dalam perut sweetheart abang ni" ujar Amsyar lembut sambil mengusap perut Finna.

Aku hanya tersenyum dengan perilaku Amsyar yang memanjakan aku. aku memeluk erat tubuh sasa Amsyar. Suka dengan wangiannya.

"Finna sukaaa bau abang" kataku manja.. tidak mahu dia menghidu keresahan hati aku tika ini.

"Abang.. Maira macam mana?" tanyaku perlahan. Aku rindukan Hummaira. sahabat baik dunia akhir aku. rindu sangat. Situasi yang kami hadapi sekarang membuatkan aku takut untuk berjumpa dengannya. Pelukan amsyar dirasakan semakin ketat seolah-olah memberi kekuatan padaku.

"Maira dah balik sini dah.. Hayyan bawa semalam. Macam orang mati bini dah si Hayyan tu. tu yang di bertekad nak bawa Hummaira balik sini. " jelas Amsyar.

"Maira masih belum maafkan finna?" tanyaku sambil merenung mata coklat gelap milik amsyar.

"Hati dia sweetheart, kita tak boleh jangka.. kita doa yang baik-baik je. Insya Allah Hayyan boleh settle semuanya. kita tunggu okay? sampai dia betul-betul okay" jelas amsyar lagi. Tangannya mengusap lembut pipiku.

Aku hanya mengangguk. Hela nafasku terasa berat. Perasaanku bercampur baur. Aku hanya mampu berserah kepada Allah.

*****
Finna POV

Penat, sakit, pening, Mual, Lenguh. Sudah 2 minggu aku merasai penangan morning sickness ibu mengandung. Lagi emosiku yang kadang-kadang tidak menentu. Aku stress. aku rasa diabaikan. Aku penat. Aku rasa tak diperlukan. Aku rasa ada yang tak kena.

Bila masuk kerja asyik kena marah dengan bos besar. Wad penuh setiap hari. Kena handle red zone.. banyak emergency case. haihhhh.

Kaki berjalan perlahan menuju ke kafeteria hospital, seharian aku tidak menjamah apa-apa makanan kerana terdapat emergency case iaitu accident di highway yang melibatkan 3 buah kereta.

aku stress sangat. dengan perangai manusia.. dengan perangai specialist, dengan perangai department tak nak terima patients buat aku rasa nak menjerit.

Amsyar pula sibuk dengan operasi bantuan menyelamat mangsa banjir.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now