Chapter 15 - Kecewa

7K 131 3
                                    

Hummaira yang baru sahaja pulang dari sekolah terus masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

"abang tolong capaikan make up remover dalam beg make up maira jap." jerit Hummaira di dalam bilik air.

Hayyan bangkit dari katil, terus menuju ke meja solek.

"warna apaaa" Tanya Hayyan

" Warna purple tutup silver tuu " jerit Hummaira lagi

Dengan pantas Hayyan mencari botol di dalam beg make up milik Hummaira. Botol tersebut dikeluarkan dari beg tersebut.

Namun ada satu objek yang membuatkan jantung hayyan bagaikan berhenti berdetak.

Satu kotak pill yang berwarna putih itu dikeluarkan. Dia membaca kandungan ubat tersebut.

Hayyan menelan liur kesat. tangannya mengigil.

Hayyan menggenggam kuat ubat itu.

merah mukanya menahan marah.

"aabang.. tak pelah dekat dalam bilik air ada lagi sikitt.." kata hummaira yang baru sahaja keluar dari tandas.

Tangannya mengikat rambutnya yang ikal dan panjang itu.

"abang pi lah mandi dulu, maira panaskan lauk sekejap" Hummaira berura-ura mahu turun ke bawah.

Namun terbantut kerana Hayyan hanya diam di hadapan meja solek.

"abang?" tegur Hummaira.

Terkedu hummaira melihat ubat yang cuba dia sembunyikan dari Hayyan.

sudah 2 minggu dia tidak mengambil ubat tersebut, dia baru ada kelapangan untuk membeli ubat tersebut di farmasi tengah hari tadi.

Tangannya menggeletar. Takut menguasai diri.

Hummaira menekur memandang mozek lantai di bilik mereka.

Hayyan merenung Hummaira dengan pandangan yang tajam..

Humamira sumpah takut.. muka Hayyan jelas kecewa dan marah.

"kenapa..." kata Hayyan dengan nada yang kecewa.

"Kenapa? Hummaira?" Hayyan memandang Hummaira dengan pandangan yg berbalam-balam.

"kenapa buat abang macam ni?"

"abang salah ke sayang?"

Mata bergenang merenung si isteri yang diam tak berkutik dihadapannya.

"Abang.. mairaa.." nafas Hummaira tersekat. Tidak mampu mengeluarkan suara.

"aku salah didik kau ke hummaira" keras suara hayyan bertanya.

"without any explaination Hummaira?" tanya Hayyan lagi.

Air mata yang bergenang perlahan-lahan jatuh membasahi pipinya.

wajah Hummaira yang basah dilihat kosong.

"Kau ambil pill ni tanpa berbincang dengan aku." kata hayyan lagi lebih kepada diri sendiri.

"Jijik sangat ke kau dengan aku sampai kau tolak benih aku maira?" gesa Hayyan lagi.

untuk kali pertama dia kecewa dengan Hummaira.

Dia kecewa dengan isterinya sendiri.

"Jawablah!" suara Hayyan meninggi membuatkan Hummaira terkaku.

"Benci sangat ke kau kat aku Hummaira?!" marah Hayyan.

Tangannya yang menghempas pill perancang yang berada ditangannya itu dengan kasar. Melepaskan amarahnya.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now