Chapter 1 - Program

6.3K 169 2
                                    

Hummaira POV

Tiga tahun.

Ya sudah tiga tahun sejak peristiwa hitam yang mengambil jiwa orang-orang kesayangan aku. Bukan mudah untuk aku yang bergelar Hummaira ini lupa atas peristiwa hitam tersebut. Tipulah kalau aku kata aku tidak sedih tapi nak buat macam mana kalau diungkit kembali peristiwa tersebut sudah pasti ramai yang menghukumku kerana tidak menerima takdir Allah. Bukan urusan mereka menghukum aku. mereka tidak merasai apa yang aku rasa. Perasaan dendam itu penuh dalam lubuk jiwa aku. selagi dia tidak mati selagi itulah aku tidak mampu untuk hidup dengan bahagia. Andai sahaja aku juga ikut mati bersama mereka sudah pasti hidup aku sekarang tidak merana.

Sepanjang tiga tahun ini, Hidup Nurin Insyirah Hummaira ibarat anak patung. Bangun, makan, pergi sekolah, balik sekolah, buat kerja dan tidur. setiap hari rutin harian yang sama aku ulangi. Menjadi seorang guru bukanlah mudah tapi aku bersyukur anak-anak murid ku semuanya mudah memahami pengajaran yang aku ajar. Pelik bukan?

Seorang guru yang mengajar Pendidikan Moral, mempunyai hati hitam yang penuh dengan dendam. Bagaimanakah mahu berkat ajaran aku? Tapi aku yakin tanpa bimbingan aku pun pelajar-pelajarku masi mampu berfikir perkara yang betul dan perkara yang salah. Aku berharap anak-anak muridku tidak mencontoh perangai buruk aku. Sedang elok aku termenung suara Cikgu Hawa dari arah pintu bilik guru jelas kedengaran.

"Cikgu Maira!" panggil Cikgu Hawa dari jauh. Aku terus memalingkan muka ku menghadap cikgu Hawa.

"kenapa kak" ujarku tertanya-tanya. Pelik dengan cikgu hawa yang bagai dikejar dengan anjing.

"Proposal lawatan ke Kem Sungai Udang tu... soft copy Maira ada lagi tak? Ya Allah.. Akak lupa dalam kereta suami akak. Tak sempat dah nak suruh dia patah balik.. Ya Allah.. Nak pi amek tandatangan pengetua ni. kenapa lah aku ni pelupa sangat aduhaiii" risau suara Cikgu Hawa bertanya. Aku tertawa kecil patutlah kemain kalut cikgu Hawa kita hari ini.

"ohhhh.. ada kak, kejap lagi Maira sent kat akak kat telegram" ujarkan sambil mengeluarkan phone dari beg. Maklumlah nak hantar di Whatsapp MB besar sangat nasib baik Telegram ini menjadi penyelamat guru-guru sekarang.

Lawatan ke Kem Sungai Udang. Program itulah yang akan dijalankan bulan hadapan untuk pelajar-pelajar Kadet Bomba, Polis dan Pengakap. Program ini boleh dikira sebagai program besar kerana destinasi yang jauh dan mengambil masa yang agak lama itu 5 hari 3 malam. Sebagai salah seorang guru pengiring sudah pasti aku juga bertangungjawab sekiranya apa-apa yang berlaku sepanjang program ini dijalankan.

bibirku tersenyum sinis.. ngehh tidak sabar aku melihat anak-anak murid aku ini menjalani latihan ketenteraan di Kem tersebut. Maklumlah bila buat kem di sekolah ramai sangat mengelat. hahh bila jauh-jauh mahu pula ikut.. Sudah arif dengan perangai pelajar sekarang. Malah aku juga sama ketika sekolah dulu.

Ya betul, walaupun seketika, aku bahagia sepanjang aku mengajar disini. Guru-guru dan anak murid di sekolah ini menerima aku dengan hati yang terbuka. Sebab itulah, aku suka mengambil bahgian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan disekolah ini. Sekurang-kurangnya aku tidak berasa sunyi dan sedih ketika keseorangan.

*****
Beg yang dipenuhi dengan pakaian dan makanan ringan itu dipandang sekilas. 3 buah beg yang dibawa oleh Hummaira di letakkan ke bawah bonet bas. Sebanyak 2 buah bas yang digunakan untuk program ini iatu 72 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 8 jam itu berjalan dengan lancar.

Setelah membahagikan dorm kepada pelajar perempuan dan pelajar lelaki, Cikgu Lukman selaku ketua guru pengiring meminta agar pelajar dan guru-guru pengiring merehatkan diri sebelum memulakan program pada esok pagi.

Dengan Pantas Hummaira membersihkan diri. Penat seharian duduk di dalam bas. Cikgu Hawa dan Cikgu Sabina juga melelapkan mata.

Panjang hari mereka esok.. sedikit sebanyak membuatkan hati Hummaira sedikit teruja. Sudah lama dia tidak membuat aktiviti lasak. sudah pasti diabakan pancit esok.

*****

Hummaira tersedar pukul 5 pagi, dengan pantas dia menyiapkan dirinya dan mengejut kedua-dua guru wanita tersebut.

Tepat pukul 7 pagi pelajar-pelajar diminta untuk berkumpul dipadang kawad untuk mendengar taklimat daripada pengurus Kem Sungai Udang iaitu Leftenan Ammar.

"Sepanjang kem ini berjalan langsung, saya nk bagi amaran.. kem ini merupakan kem asas latihan ATM, siapa yang nak tarik diri sila kan pulang ke sekolah masing-masing. Saya tak mahu sebarang masalah sepanjang Kem ini berjalan. Faham?!" kata Leftenan Ammar garang.

"Faham tuan" serentak pelajar bersuara.

Kem ini akan diuruskan pihak tentera sendiri, guru-guru pengiring hanyalah sebagai pemantau. Hummaira dan Cikgu Hawa hanya tersenyum kecil mendengar bebelan beberapa pelajar yang tidak suka dengan aktiviti lasak ini.

Aktiviti pertama yang dilakukan ialah aktiviti Kawad kaki asas. Selama 2 jam pelajaf dijemur untuk mempelajari kawad kaki tersebut

*****

"Tuan!" tabik Leftenan Ammar kepada Kapten Hayyan Group Gerak Khas(GGK) yang sedang memerhati latihan pelajar2 yang mengikuti kem asas ketenteraan.

Kapten Hayyan hanya mengangguk menerima tabik dari leftenan Ammar seraya berkata "okay ke guide budak-budak ni dengan sarjan yang lain?"

"Bolehlah tuan, manja sangat dorang ni, otot-otot semua keras lagi Hahahahahah" ujar Leftenan Ammar sambil ketawa kecil.

"kau jangan sampai terkeluar aura commando kau tu risau budak-budak tu lari je nanti" usik Leftenan Amsyar disebelah Kapten Hayyan.

"Untung aku yang guide kalau kapten kita ni. belum bukak mulut lagi nangis budak-budak tu sekali dengan cikgu-cikgu pengiring dorang nangis wuishhh ghisauu. " Usik leftenan Ammar kepada kaptennya itu. Tidak takut mati betul leftenan yang sorang ni, main lepas saja mulutnya tu. Kapten Hayyan hanya mengeleng kecil melihat telatah dua leftenan kaki mengusik ni.

"lepas ni aktiviti apa?" tanya Kapten Hayyan kepada leftenan Ammar.

" lepas breakfast ada pameran senjata dengan pengangkutan tentera. Tapi aktiviti ni sarjan Hassan yang settlekan. Kalau petang pula latihan kawad 2 jam dengan aku then aktiviti kerohanian dengan ustaz Alip " katanya leftenan Ammar selepas melihat tentatif program.

"So operasi malam ni kau tak ikut sekali ke mar?" tanya Leftenan Amsyar pula.

"Tidoklah anak-anak aku memerlukan aku, Alpha A1 tak memerlukan khidmat akuu... sedih seketika. Kapten kita jangan dok sebut-sebut snoopy mana snoopy.. i tak ada tau baby nak layan you malam ni " kata Leftenan ammar gedik.

"Gedik betul. Turun 20 sana kat tengah panas tu sekarang. dah jom Amsyar" kata Kapten Hayyan sambil menjeling Leftenan Ammar. Kapten Hayyan dan leftenann Amsyar begerak meninggalkan padang kawad untu persiapan operasi malam nanti. Manakala Leftenan Ammar bergerak ke tengah padang untuk tekan tubi sebnayak 20 kali. Bukan dikira Kapten Hayyan kita tu garang sangat.

dari kejauhan Hummaira hanya terdiam melihat susuk yang amat dikenalinya. sedikit sebanyak dia cuba untuk menafikan perkara tersebut namun cara berjalan malah suara yang mirip membuatkan Hummaira rasa sesak. dia bersembunyi di belakang dinding bangunan berhampiran padang kawad. dia takut, dia marah dia bercelaru sekarang ini.. dia perlukan 2 sahabat baiknya untuk menenangkan dirinya secepat mungkin.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now