Chapter 21 - Nikah

5.4K 129 9
                                    

Sudah 6 bulan sejak kes itu berlaku.
Hummaira hanya berdiam diri semasa misi pencarian Hayyan dijalankan oleh pihak ATM namun tiada perkembangan menyebabkan misi pencarian di hentikan selepas 2 bulan.

Dia duduk di rumah teres milik Finna, sepanjang dia bersama Finna, finna lah yang menjadi penyemangat dia untuk teruskan hidup. Memberinya semangat untuk hidup bersama bayinya kelak. malah Finna juga memberinya nasihat untuk meneruskan pekerjaannya sebagai guru.

Bonda dan ayahanda jarang dia jenguk sejak kejadian tersebut. Rasa bersalah melihat wajah tua itu. Sudah pasti mereka kecewa selepas mengetahui mengenai pembunuhan anak sulung mereka dilakukan oleh menantu mereka sendiri.

Hummaira merenung rumput-rumput yang menghijau di sekitar kubur anaknya. Setelah dendam bodoh yang dia laksanakan itu, dia mula berani menziarah kubur Haryan, Ibu dan ayahnya setelah 3 tahu tidak jejak di kubur mereka.

"Mummy rindu Haryan.. mummy rindu daddy." ucapnya sebak.

Batu nisan yang terukir nama Nurin Haryan Fitri binti Muhammad Hayyan Al-Furqan diusap lembut.

Dengan keadaannya yang sudah sarat 8 bulan ini membuatkan dirinya sukar bergerak. Lagi-lagi bila kakinya sering bengkak dan pinggangnya semakin sakit. Nasib baik Finna selalu mengurut kakinya. Melayan karenahnya.

Kalau mengandungkan Haryan dulu, diam sahaja Haryan didalam perut, cuma perangainya manja memang tidak boleh dikawal. Alahan pun kurang.

Namun kandungan kali ini, anaknya aktif sangat. suka sangat menendang mummy dia. Alahan pun teruk sampai 4 bulan baru alahan berhenti. dia juga sedar perutnya lebih besar berbanding ketika mengandungkan Haryan dahulu.

Dugaan betul. Mungkin Kifarah dari Allah sebab bunuh suami sendiri.

Finna pula lagi 2 hari akan disunting menjadi suri hati Leftenan Haffiy Amsyar. Rakan seperjuangan Hayyan. Bukan main gembira Finna menyediakan persiapan perkhawinan.

Rasa bersalah pada Finna juga kerana dia tidak dapat membantu apa-apa.

"Mama finna dah nak nikah lusa.. kawen jugak mama awak yang sorang tu. lepas ni tunggu papa isyraff awak pulak kawen. Moga ada jodoh yang baik untuk dia" kata Hummaira perlahan.

"Mummy rasa kelakar, Agak-agak apa reaksi daddy bila dapat tahu Member dia try sepupu kesayangan dia. Dahlah dulu daddy garang." cerita Hummaira lagi.

"Dulu mummy nak dekat dengan daddy pun mummy takut. nasib baik mama finna punya baik hati kenalkan daddy dekat mummy. susah gila nk pikat daddy. Beku batu besi semua ada kat daddy. Tapi mummy Haryan ni kan pandai sikit. kita usik-usik daddy jatuhlah dia dalam genggaman mummy ni." ujarnya lagi sambil ketawa kecil. Kelakar dengan kenangan silam yang membahagiakan.

Seseorang yang dari jauh mendengar luahan hati Hummaira itu tersenyum kecil.

Kelakar.

Jam menunjukkan 5.00 petang, Hummaira masih belum asar lagi. dengan susah payah dia bangun dari tikar dan mengulung tukar itu dengan pantas.

Dia mahu pulang dan berehat. Penat seharian memandu ke pontian sendirian dan berjalan mencari makanan yang dia mengidam dari semalam.

Kakinya perlahan-lahan meninggalkan perkarangan kubur.

*****

Finna yang cantik berbaju kurung putih moden itu di peluk erat. Air mata yang bertakung ditahan.

Selepas ini, Finna akan menjadi milik Haffy Amsyar. Finna akan tinggalkan dia seorang diri. sebak menghurung dada.

"im gonna miss you Finnnn" kata Hummaira perlahan. Finna memandang Hummaira, dia ingin menangis.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now