Chapter 38 - Kepulangan

4.7K 115 7
                                    

Terlepas novel yang bertajuk The Unsung Hero di pegangannya melihat susuk tubuh seseorang yang amat dia rindui.

"abang??." perlahan suara Hummaira memanggil jejaka dihadapannya itu.

"ye sayang" jawab lelaki itu sambil tersenyum manis

"Abang??!!" tanya lagi. takut dia berhalusinasi

"iyaa sayang..."

"Abang betul-betul balik ke??" tanya Hummaira lagi.. Air mata yang jatuh dibiarkan. kakinya masih kaku merenung si suami yang masih tersenyum.

"iyaa sayang.. abang balik" kata Hayyan lembut.

Tangannya menarik tubuh Hummaira kedalam pelukkannya.

Erat pelukan yang diberikan kepada si isteri yang sabar menunggu kepulangannya

suara esakkan dari Hummaira di dadanya membuatkan Hayyan rasa sedih.. sungguh dia rindukan Hummaira dan anak-anaknya.

"abang rindu sayangg" ucapnya sarat dengan kerinduan.

Makin kuat tangisan Hummaira.

2 minggu dia menahan rindu.

2 minggu Hayyan jauh darinya tanpa kabar berita.

2 minggu dia menjaga si kembar yang makin nakal.

2 minggu tanpa bermanja dengan Hayyan.

Hahhh sumpah dia rasa dia mahu mati.

Hummaira terus memeluk leher Hayyan. Muka hayyan dicium-cium ibarat meluahkan rindu.

"muka abang makin cengkung ni.. abang kat sana tak cukup makan ke?" risau suara Hummaira bertanya.

Hayyan tersenyum kecil dan menarik Hummaira duduk di atas sofa.

"Sorry sayang. abang sepatutnya balik last week lepas mission, tapi abang kena kena tahan ward. Dr kat sana tak kasi abang naik kapal terbang." jelas Hayyan sambil mengusap wajah Hummaira yang merenungnya.

"Abang sakit ke?" kata Hummaira membelek tubuh Hayyan.

"sikit je yang.." terus Hayyan membuka bajunya. Menunjukkan kesan jahitan dari torehan yang dia dapat dari minggu lepas.

"abanggg..." kata Hummaira sebakk.. tangannya cuba menyentuh luka tersebut.

"sokay sayang sikit je sayang.. abang kan kuat" pujuk Hayyan.

"Abang ni kenapa tak hati-hati. badan abang ni milik maira.. jangan lah biar orang jahat tu toreh-toreh badan abang!" marah Hummaira menampak dada Hayyan.

"Abang tahu yang.. abang minta maaf sebab calarkan badan abang. lepas ni abang jaga badan abang elok-elok.. sayang je boleh cakar badan abang." ujar Hayyan gatal.

laju Hummaira menampar dada Hayyan sekali lagi.

"gatal lah lagi. Gatal.. " marah Hummaira, tangannya tidak lepas menampar dada Hayyan yang terdedah.

"aduh yang sakitt" Hayyan mengaduh.. dia memegang tangan kecil hummaira yang menampar dadanya.

Kecil tapi padu tamparannya.

"how's our kids?" tanya Hayyan.

Dia yakin tika ini Mesti anak-anaknya sedang tidur memandangkan sudah hampir pukul 9 malam.

"Hahhhhh nakalnya anak-anak abang. Dia tahu membuli mummy je" rengek Hummaira manja.

"Merengek tu tak adalah tapi fuhhhhhh mencabar kesabaran mummy bila kita ingat dia dah tido sekali sedap merangkak masuk jamban"

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now