Chapter 37 - Operasi 5

3.9K 104 2
                                    

Alpha A1 bersiap sedia dengan uniform hitam yang berperanan untuk menyembunyikan identiti  mereka dengan kelengkapan senjata, kelengkapan perubatan ,bekalan makanan dan minuman. mereka diturunkan oleh helikopter milik Korea Selatan sebaik sahaja berada dipergunungan tersebut. 

Hayyer mengarahkan Alpha A1 team untuk bersiap siaga terhadap serangan henda yang mungkin dilakukan oleh pihak Korea Utara yang sudah tahu mengenai kehadiran mereka.

Perjalanan mereka diteruskan dengan lebih pantas kerana hari semakin malam, namun juruterbang yang berpangkat Leftenan itu masih belum dijumpai. Sudah hampir 4 jam mereka berada didalam hutan pergunungan tersebut.

Namun hanya bangkai jet pejuang yang mereka temui. Mereka yakin Leftenan Han Jisung masih terselamat kerana terdapat satu ikatan tali merah dikawasan jet pejuang yang terhempas menandakan Leftenan Han masih hidup.

"Hayyer jam 4." ujar snoopy menghalakan muncung M4A16 kearah semak samun yang tenang itu.

Hayyer mengisyaratkan agar Alpha A1 untuk bergerak.

Perlahan-lahan Hayyer mendekati semak tersebut. 

Semakin dia dekat dengan semak tersebut, suara seseorang yang menahan kesakitan jelas kedengaran. Dengan pantas hayyer menolak semak itu ke bahagian tepi

"who are you? speak." Hayyer bersuara perlahan namun keras.

"Ace..." kata lelaki itu lemah

"prove it.." arah Hayyer lagi.

Dengan perlahan Ace menunjukkan Badge Ketenteraannya kepada Hayyer yang berdiri menghalakan M4A16 di hadapannya. Gerun dengan suara Hayyer yang tenang namun dingin. Hayyer mengambil Badge tersebut dari tangan Ace.

Hayyer mengangguk dan mengisyaratkan agar Wolf memberikan first aid kepada lelaki yang digelar sebagai Ace itu.

Ace mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki. Wolf dengan pantas bertindak menghentikan pendarahan pada kepala Ace.

Menurut Mejar Kim dari korea selatan. Leftenan Han Jisung atau dikenali sebagai Ace merupakan seorang pilot yang berbakat di korea selatan. Kerana kegagalan enjin pesawat tempur yang dibawa oleh Ace menyebabkan dia terhempas di antara persempadanan korea Selatan dan korea utara. konflik antara dua buah negara itu menjadikan Korea Seatan terpaksa menggunakan negara lain itu membantu mereka menyelamatkan Ace.

Ace diberikan first aid daripada wolf yang merupakan seorang doktor tentera dalam team Alpha A1. Luka kaki ace yang terkoyak dari bahagian lutut hingga peha  dijahit oleh Wolf dengan penuh hati-hati. Sebagai seorang doktor tentera didalam team mereka untuk merawat sesiapa sahaja yang tercedera semasa menjalankan misi.

Manakala Team Alpha A1 pula menjaga disekeliling wolf. 

Mata sentiasa memerhati sekiranya ada musuh yang cuba menyerang mereka sekiranya mereka leka.

*****

Perjalanan mereka diteruskan lagi untuk mencari jalan keluar dari kawasan pergunungan tersebut. Titik koordinasi tempat dimana helikopter milik Korea Selatan mendarat diterima oleh hayyer daripada Mejar kim dituju. 

Ace dipapah oleh Bear dan Wolf manakala Snoopy berada dihadapan, Hantu di bahagian kanan, Helang bahagian kiri dan  Hayyer dibelakang menjaga keselamatan mereka.

Apabila tiba dikawasan yang sedikit rendah untuk berehat, Hayyer mengarahkan Helang untuk mencari tempat tinggi dan bersedia dengan snipernya. 

Bunyi aning menyalak dari jauh membuatkan jantung Hayyer berderau. Snoopy terus memandangnya. Seolah-olah meminta arahan daripada sang kapten.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now