Chapter 17 - Kesal

4.6K 125 3
                                    

Finna terkejut wajah pesakit yang akan dia rawat sebentar lagi.

Dia kenal wajah itu, dengan uniform yang penuh darah menyebabkan Finna berdebar.

wajah itu jelas tenang dan kepenatan. mungkin baru sahaja selesai menjalankan misi.

"Dr Finna" panggil salah seorang jururawat di 95 Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT).

"3 kesan tembakan di dada lengan kanan dan pinggang kanan." kata jururawat tersebut seraya memberikan x-ray kepada Finna.

"dah dapat persetujuan?" tanya finna lagi.

"Dah Dr" kata jururawat tersebut. finna mengangguk.

"OT?" tanyanya lagi. Operation Teater.

"masih dalam persediaan, jam 4 pagi Dr" jawab jururawat itu lagi. Finna memandang jam tangannya pukul 3.30 pagi. Dia terus bergerak menukar jubah pembedahan.

Terkejut melihat lelaki itu. Lelaki yang pernah dia jumpa di rumah sepupunya 2 bulan yang lepas.

Pembedahan yang mengambil masa 3 jam itu berjaya diselesaikan oleh Finna ke atas pesakit.

"Alhamdulillah encik, pesakit dalam keadaan stabil. Pesakit akan di pindahkan kedalam wad sekejap lagi" katanya kepada waris pesakit tersebut.

"Terima kasih doktor. terima kasih" ujar lelaki tua bertubuh tegap itu. walaupun berusia, Auranya masih kelihatan.

*****
Finna bergerak keluar dari pintu bilik persendirian bilik Amsyar. Dia baru sahaja selesai memerhati perkembangan Amsyar selepas pembedahan dijalankan pagi tadi.

"Finna." panggil seseorang.

Finna menoleh, wajah hayyan dengan riak yang risau menerpa matanya.

"Amsyar macam mana?" tanya Hayyan laju.

"kesan tembakan tu tak kena pada tempat yang penting. cuma kena bedrest dalam 2 minggu. Sebab luka kebakaran pun agak teruk jugak" kata Finna ringkas pada Hayyan. Hayyan hanya mengangguk faham.

"Yan.." panggil Finna lembut. matanya memandang wajah hayyan yang tidak berperasaan.

"Kenapa dengan Hummaira?" tanyanya lagi. Hayyan cuma diam.

"Dia mengadu pada kau apa yang aku buat?" tanya Hayyan datar. Finna menggeleng kepalanya.

"kau tahu seminggu ni dia kerap mimpi pasal kejadian tu? dia minta aku teman dia tidur tapi aku busy. kau tahu emosi dia tengah tak stabil kan?" kata finna lembut.

"Pill perancang tu dia ambil atas nasihat aku. aku harap kau tak salahkan dia." kata Finna perlahan. dia tak mahu Hayyan naik angin. dia sendiri takut jika baran Hayyan keluar.

"Finna aku tak nak dengar apa-apa" kata Hayyan datar.

"tak! kau kena dengar. Kawan baik aku sakit. sebab suami dia! dan kau perlu tahu kenapa kau jadi punca." kata Finna geram.

"Maira tak boleh mengandung buat masa ni. Emosi, mental dia berada tahap teruk Hayyan. Dia tak nak pun ambil benda tu. dia terpaksa. Aku yang paksa dia. Aku paksa dia supaya dia boleh sembuh. supaya dia lupakan dendam bodoh dia pada kau. Supaya dia terima kenyataan." kata Finna tegas sambil menangis.

"Tapi apa kau buat? Kau rogol dia macam binatang" jelas hinaan Finna pada Hayyan.

"Kau tahu dia sakit. tapi kau tak faham. kau lebihkan nafsu kau. lebihkan ego kau Hayyan. suami jenis apa kau ni. kau bukan sepupu aku yang dulu yang berjanji nak jaga maira dengan baik. kau orang lain sekarang."

"Kau jangan nak salahkan dia macam mana aku boleh tahu. Seminggu kau tak balik rumah aku yang jaga dia. aku yang rawat luka dia, aku yang tilik tubuh dia yang kau ratah macam binatang. penuh lebam tapi dia still diam.. Tapi tak pernah sekalipun dia buka cerita pasal kau. Im so sick of this. Dia pendam lama sangat yann. sikit hari bulan memang gila kawan baik aku yang sorang tu sebab ada suami tak guna macam kau." kata Finna lagi. Tidak tak sanggup lihat kawan baik dia menderita.

PELUANG (COMPLETED)Where stories live. Discover now