Chapter 3: Misi berbeza

92 15 3
                                    

Iruka melompat antara dahan demi dahan. Menjauhi kedua rakan kumpulannya. Apabila memastikan dia berada jauh dari jarak pengalihan Kakashi dan Toriichi, Iruka mengeluarkan satu skroll dari rompinya. Skroll rahsia hanya diberikan kepadanya oleh Sandaime sendiri.

Ia berlaku sehari selepas Iruka dibebaskan daripada hospital. Dia ketika itu sedang menyelusuri lorong hospital untuk ke bahagian kanak-kanak di mana Sasuke ditempatkan tetapi diganggu oleh seorang ANBU yang mengatakan bahawa Sandaime ingin bertemu dengannya.

Apabila Iruka tiba sahaja dihadapan hokage. Lelaki tua itu menghulurkan sebuah gulungan kepadanya yang tanpa teragak-agak Iruka mengambilnya.

"Saya perlukan awak kembali bertugas Panther" serta merta Iruka jatuh berlutut di sebelah kakinya. Kepalanya ditundukkan dan sebelah tangannya dibawa ke dada manakala sebelahnya lagi memegang erat gulungan itu.

"Saya minta maaf, awak masih dalam pemulihan tetapi saya perlukan awak untuk misi ini" Hokage menghembuskan asap rokoknya.

"Awak tidak perlu minta maaf Hokage-sama"

"Angkat kepala awak, anak saya" Iruka serta merta mengangkat wajah. "Misi kali ini agak berbeza dari sebelumnya"

Iruka hanya membisu sambil menanti penjelasan.

"Suna meminta pertolongan kita untuk memburu shinobi yang membelot.  Menurut maklumat yang diberikan, lelaki ini telah menyamar dalam kalangan pekerja Daimyo Negara Timah, sepertinya dia berkemungkinan akan membalas dendam terhadap Daimyo negara itu"

"Kenapa dia perlukan kita untuk menjejaki lelaki itu?" Iruka tidak mengerti

"Shinobi yang dihantar untuk menjejaki dan menangkap lelaki itu sama ada pulang dalam keadaan cedera atau mati. Mereka tidak memiliki pasukan pemburu yang terlatih dan kita tidak boleh mengambil risiko untuk menghantar sebarang shinobi kita." lelaki tua itu bersandar malas.

"Pemburu yang kini tinggal hanya awak, Tiger sekarang sedang bersama ANBU dalam misi mereka dan tiga daripada kalian, saya telah mengarahkan mereka untuk mencari dan membawa pulang sannin Konoha. " Hiruzen tersenyum. Iruka membutang matanya segera bangkit berdiri.

"Jaa! Sensei juga" suara Iruka teruja. Hokage hanya tersenyum. "Baiklah, bila saya boleh pergi?"

"Esok, tetapi awak akan menjalani misi ini sebagai Panther dan juga sebagai Iruka."

"Saya tidak faham" lelaki lebih muda itu berkerut dahi.

"Kita mendapat permintaan daripada Daimyo Tanah Gangsa. Mereka meminta pengiring untuk mengiringi Puteri Tanah Gangsa ke Negara Timah. Puteri mereka akan dikahwinkan dengan Putera Negara Timah. Awak, Iruka akan dihantar dalam satu pasukan untuk misi pengiring itu dan Panther akan memulakan misinya sebaik tiba di Negara Timah" Terang hokage Sarutobi itu.

"Baik, Hokage-sama"

"Akan tetapi Iruka. Jika boleh penangkapan ini berlaku sebelum upacara perkahwinan berlaku. Kazekage mengesyaki kemungkinan lelaki itu akan menyerang Daimyo ketika majlis perkahwinan berlangsung."

Iruka kembali di mana tempat dia berdiri.

Apabila fajar mula menyingsing, Kakashi mengarahkan pasukannya untuk bergerak. Mereka tiba di Tanah Gangsa tiga jam setelah itu.

Persiapan telah diuruskan. Puteri juga sudah menunggu di dalam sebuah kereta berkuda. Hanya menunggu pasukan Kakashi.

Mereka tidak mengambil masa yang lama untuk bergerak terus ke Negara Timah. Kakashi berada di hadapan gerabak manakala Iruka di tengah bersama gerabak yang membawa Puteri dan Toriichi di tempatkan di bahagian belakang.

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang