Chapter 6: Warisan Uchiha

83 15 4
                                    

Sasuke menceroboh kompleks Uchiha walaupun disana telah diletakkan tanda amaran dilarang.  Malah dia tidak peduli. Tujuannya satu untuk pergi ke kuil Uchiha. Seperti setiap Uchiha, mereka tahu di kuil itu terdapat simpanan gulungan rahsia mengenai latihan gaya tempur Uchiha dan segala jenis jutsu milik Uchiha.

Dia menuju ke ruang bawah tanah. Terdapat banyak gulungan disana. Mencapai salah satu darinya untuk dibaca. Dia perlu kuat. Dia perlukan kekuatan untuk membunuh Itachi.

Semenjak dia bangun dari terperangkap dalam genjutsu Itachi dia telah bersumpah akan membunuh lelaki itu. Tidak peduli lagi kalau lelaki itu abangnya. Lelaki itu telah membunuh ibubapanya. Dia akan balas dendam. Walaupun nyawa sebagai taruhan.

Dia buka satu per satu tetapi malangnya gulungan itu kosong, Sasuke geram, dia mengambil gulungan yang lain. Isi dalamnya tetap sama. Dia marah, membuang gulungan itu sembarangan.

Tiba-tiba ada cahaya yang terpancar. Hanya sekejap tetapi dia perasan dengan baik. Uchiha terakhir itu menunduk dan mengambil gulungan itu. Membelek-belek seketika. Kemudian dia tersedar sesuatu. Segera dia meletakkan kembali gulungan itu dan berlari keluar. Dia perlu dapatkan seseorang yang dia tahu seseorang itu boleh membaca gulungan itu.

Iruka yang baru saja pulang dari bertemu dengan Sandaime, terkejut apabila melihat Sasuke berdiri di luar pangsapurinya sambil bersandar pada dinding. Sebaik saja dia melihat Iruka. Segera mencapai tangan chunin itu untuk menariknya bersama. Mereka berlari, Iruka beberapa kali menyoal ke mana mereka akan pergi tetapi anak itu hanya membisu, terus mengheretnya tanpa henti.

Beberapa minit kemudian Iruka sedar kemana anak itu mahu membawanya. Mereka kini berada di perkarangan Uchiha, tempat larangan setelah malam ngeri itu berlaku. "Kita buat apa kat sini?" Soal Iruka sebaik sahaja mereka berada di sebuah kuil Uchiha. Tempat itu kelihatan sunyi dan suram.

"Saya nak awak baca beberapa gulungan lama klan" Sasuke berkata dingin sambil menuruni tangga ke lantai bawah tanah. Iruka mengikut rapat di belakangnya. Walaupun akal membantah kakinya tetap melangkah.

"Awak tahu kan, tempat ini hanya Uchiha sahaja yang dibenarkan masuk"

Sasuke mendengus.

"Tidak ada lagi Uchiha disini selain saya. Ini bermakna saya pemilik sepenuhnya tempat ini dan suka hati saya untuk benarkan sesiapa saja untuk masuk dan awak tiada hak untuk merungut"

"Baiklah, jadi kenapa saya diperlukan. Memandangkan awak tahu membaca Sasuke. Awak tak perlukan saya untuk membaca sesuatu untuk awak" Iruka berkerut dahi.

"Saya perlukan mata sharingan awak" anak itu berterusan terang.

Iruka Kaku, tidak mungkin Sasuke tahu dia memiliki sharingan. Sasuke berpaling untuk berhadapan dengannya. Jari telunjuk diangkat dan dihulurkan ke mata kanan Iruka.

"Saya tahu awak miliki mangekyou sharingan" Iruka tersentak. Dia tergagap untuk bersuara. Matanya merenung ke arah lain selain Sasuke.

Ruang itu tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Hanya cahaya api dari obor yang menerangi sekitar. Di setiap dinding tersusun beberapa rak buku. Iruka dapat melihat terdapat beberapa gulungan yang tersusun disana.

"A..apa yang.. yang awak cakapkan Sasuke?" Iruka menggaru lehernya. Kemudian matanya tertumpu kepada mata Sasuke yang berubah merah darah. Sharingan yang memiliki satu tomoe berputar merenung Iruka.

"Bagaimana?" Iruka bertanya soalan bodoh dan dia sedar itu. Bagaimana lagi anak itu akan mendapat sharingan. "Erhh.. baiklah tapi saya tidak.."

"Jangan berdalih! saya tahu apa yang ada di sebalik mata kanan awak. Saya nampak malam itu dan itu adalah mangekyou sharingan, saya tak tahu bagaimana awak mendapatkannya. Saya juga tidak peduli, apa yang saya peduli sekarang adalah kekuatan untuk membunuh bajingan itu" bentak Sasuke.

"Tapi Sasuke, saya..."

"Hanya mangekyou sharingan yang boleh membaca gulungan terlarang Uchiha. Saya mahu tahu apa isi kandungannya dan awak akan ajar saya."

"Tapi saya bukan Uchiha, saya tidak tahu apa-apa"

"Awak akan! Dan awak akan ajar saya!" Sasuke mendesaknya.

"Baiklah, tapi perkara ini, saya secara tidak langsung akan mengetahuinya dan mempelajarinya"

"Saya tidak peduli. Saya perlukan semua ini untuk membunuh Itachi"

"Jika begitu, izinkan saya pergi bersama awak mengejar dia." Sasuke mendengus dia seperti ingin membantah tetapi Iruka cepat bersuara "Saya hanya mahu tahu kenapa dia lakukan perkara ini dan kenapa Shisui bunuh diri?" Iruka menggigit bibir, dia tidak sengaja untuk bercakap tentang Shisui tapi mulut bergerak tanpa berfikir.

Sasuke seperti berehat seketika sebelum mencampak beberapa gulungan kepada Iruka.

"Oh ya, saya akan menjadi guru kelas awak untuk sesi baru ini. Jadi sila jadi pelajar yang manis dan panggil saya Iruka sensei" Iruka sedikit mengusik dia hanya mahu suasana tegang antara pemilik suria hitam itu sedikit ceria.

Sasuke mendengus lagi, sambil menunduk untuk mengambil beberapa gulungan. "Jadi segera lakukan kerja awak Iruka sensei" Kata Sasuke mencapai lebih banyak gulungan lalu menghumban lebih banyak lagi gulungan kepada Iruka yang tersengih kambing.

_______________

"Baiklah, Naruto kita akan berhenti sekarang" Kakashi berkata sambil mengemas semula peralatan latihan mereka. Naruto mendengus, dia mahukan lebih lagi latihan tetapi nampaknya salinan ninja itu mahu tamatkan latihan mereka.

"Masih awal kaka-nii" Naruto merungut.

"Awak perlu berehat, Naruto. Besok bermula hari pertama untuk sesi baru di Akademi"

"Ano sa, tak bolehkah saya tidak pergi akademi?"

Kakashi meraup wajahnya untuk hari itu saja sudah berkali-kali dia menolak untuk kembali ke akademi.

"Kenapa, Naruto? Bukankah senang dapat berjumpa dengan kawan-kawan awak kembali"

"Saya tidak pernah ada kawan. Mereka selalu menjauhi saya dan enggan bermain bersama-sama"

"Nah! Kenapa tak cuba lagi? Oh, Sasuke sekelas dengan awak, kan?"

Naruto memandang tajam lelaki yang lebih tua itu. Melipat tangannya kebelakangan kepalanya yang berjalan melepasinya.

"Apa yang awak mahu dengan teme yang suka tunjuk bagus tu, saya tak tahu apa yang Sakura-chan lihat padanya"

"Maa, mungkin awak patut berkawan dengannya." Kata Kakashi tersenyum di sebalik topengnya.

"Dalam mimpi! Sampai bila pun saya tak akan menjadi kawan dia!" Naruto menjerit lalu berlari meninggalkan Kakashi di belakang sambil mengeluh. Tanpa sedar ada dua insan memandang dan mendengar perbualan mereka.

"Saya pun tak ingin berkawan dengan dobe seperti awak!" Sasuke mendengus. Iruka hanya ketawa kecil sambil mengusap lembut kepala Sasuke. Anak itu menjeling tetapi tidak cuba menepis tangan Iruka di kepalanya.

"Nah! Saya yakin awak berdua akan jadi pasukan yang hebat Sasuke" Kata Iruka lembut.

"Tidak!" Sasuke tidak setuju. "Dia hanya melambatkan saya dengan gurauan buruknya." Balas Sasuke. Mereka terus berjalan pulang.

Iruka dan Sasuke dalam diam telah memulakan latihan mereka berpandukan gulungan rahsia Uchiha. Untuk hari pertama, agak sukar untuk mereka berlatih berdasarkan hanya gulungan tanpa ada guru yang membantu.

Tetapi nampaknya Sasuke tidak banyak merungut walaupun dia agak tidak sabar-sabar untuk menguasai setiap teknik.

"Sasuke, awak mahu sertai saya untuk makan malam?" Iruka teragak-agak untuk bertanya. Kerana dia sudah berkali-kali menolak ajakannya.

Sasuke tidak berkata apa-apa tapi dia mengangguk. Chunin itu tersenyum lebar. "Jaa, kalau begitu teman saya ke pasar beli beberapa bahan masakan" Iruka bersuara ceria manakala Sasuke hanya mengeluh kesal.

BERSAMBUNG...

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang