Chapter 17: Pasukan Genin

65 6 0
                                    

Satu mesyuarat telah dipanggil dan bakal guru jounin telah di minta untuk berdiri di hadapan termasuk Kakashi sendiri, dalam hatinya tidak putus-putus merungut tentang bakal pasukannya.

Sandaime telah datang menemuinya secara peribadi, lagi sekali setelah dia menggagalkan pasukan genin tahun lalu. Dan apabila lelaki tua itu bercakap tentang Uzumaki dan Uchiha terakhir dia mungkin terpaksa akur.

Pertama, dia tidak boleh melepaskan anak Minato untuk mana-mana jounin yang mungkin akan nelayannya secara tidak adil dan Sasuke, dia fikir jika ada sesiapa yang mampu mengajarnya untuk menggunakan sharingan, itu mungkin dia.

Kakashi curi memandang kepada bakal pengajar yang lain terdapat lebih kurang sembilan jounin akan mengambil pasukan baru. Dan termasuk Iruka, itu agak mengejutnya. Dia tidak tahu guru itu sebenarnya jounin.

"Mungkin awak terlepas tetapi Anko beritahu bahawa Iruka sensei dinaikkan pangkat tujuh bulan yang lalu" Kurenai berbisik di sisinya apabila dia bertanya jika chunin sebenarnya boleh diberikan pasukan genin.

Ketika pembantu Sandaime memberikan nama-nama pasukan kepada jounin, Kakashi cuba menumpukan perhatian kepada maklumat itu dan bukan memikirkan bahawa dia sudah tidak bertemu atau bercakap dengan Iruka sudah hampir setahun.

"Hatake Kakashi, ditugaskan kepada pasukan 7 yang dianggotai oleh Haruno Sakura, Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke" Apabila nama Uchiha disebut, banyak pasang mata terarah kepada Iruka yang menjadi tegang, tangannya digenggam erat. Buku jarinya memutih.

Tiada siapa yang tidak tahu tentang hubungan persaudaraan antara mereka selepas pembunuhan beramai-ramai Uchiha. Mereka berdua kerapkali dilihat bersama daripada tidak.

Kerengsaan menggigil dalam tulang belakang Kakashi. Dia sepatutnya lebih tahu untuk terima Uchiha dalam pasukannya.

Kemudian pasukan enam diisytiharkan, berikutan adalah pasukan lima sehingga tiba pasukan dua nama Iruka diisytiharkan sebagai guru jounin mereka.

Shin dan Sai diletakkan dibawah sayapnya. Dia ingat nama itu, Anak-anak itu adalah mangsa yang diselamatkan ketika penangkapan Danzo yang malangnya dapat melarikan diri. Sai juga salah seorang yang selalu diadu oleh Naruto tentang perangainya yang tidak lebih teruk dari Sasuke.

Selepas selesai penyerahan nama dan sedikit taklimat. Mereka dibubarkan. Jounin dan chunin mula berpusu-pusu keluar yang tinggal hanyalah Iruka yang berdiri. Sekilas aura yang datang, Kakashi tahu guru itu sedang marah. Jadi dia berhenti di pintu untuk memerhati.

"Kenapa tidak Sasuke?" Dia mendengar Iruka bertanya khususnya kepada Sandaime. Lelaki tua itu mengeluh berat.

"Kita sudah bercakap tentang perkara ini Iruka" Sandaime berkata.

"Jika kerana Sharingan saya-" Iruka terdiam dan mengigit bibir. Dia langsung tidak menundukkan kepala kepada Hokage apabila dia berpaling keluar. Jounin baru itu benar-benar kecewa.

Kakashi cuba melambainya tetapi Iruka mengabaikannya, hanya melintasi seolah dia tidak berdiri disana. Kakashi menunduk kepada Sandaime dan segera mengejar Iruka.

"Maa, sensei kita sudah lama tak jumpa, dan awak hanya mengabaikan saya. Awak lukakan saya" Kakashi berkata sedikit mengusik. Walaupun dia tahu bukan waktu tepat untuk bergurau dengan guru pemarah itu.

"Apa yang awak mahu, Hatake-san" Guru itu meringgis geram dan Kakashi lebih tahu untuk tidak mencari masalah yang lebih besar.

"Hanya bertanya khabar?"

"Saya sihat, jadi sila hilang dari pandangan saya!" Iruka membentak lalu membelok ke kanan untuk ke kelasnya bagi menyelesaikan ujian terakhir pra-genin.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Mar 25 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang