Kakashi memulas tombol pintu lalu menolak dedaun pintu dan melangkah masuk. Meregangkan sedikit badanya sebelum matanya menangkap sepasang sandal tersusun cantik di genkan.
"Saya pulang! " Kakashi melaung di muka pintu sambil menanggalkan kasutnya. Tetapi tiada sahutan. Dia berkerut dahi. Kemudian berjalan melalui lorong gelap untuk ke sebuah bilik. Apabila pintu dibuka, tersengih dia melihat satu sosok tubuh meringkuk di bawah selimut.
Kakashi melihat jam.
"Oh, sudah pukul sebelas malam" dia mengeluh lalu menutup pintu semula untuk menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dari noda-noda misi. Mengeluarkan sebuah gulungan misi lalu diletakkan di atas kabinet tepi untuk diserahkan kepada Hokage keesokan harinya.
__________
Iruka sendirian berjalan di lorong gelap untuk ke markas Anbu. Tempat yang tersembunyi di bawah monumen wajah hokage. Tiada siapa yang tahu bahawa di bawah arkib terdapat markas persembunyian ANBU. Sudah tentu kecuali ANBU dan pihak atasan.
Selepas dia berjumpa Ibiki di pejabat Penyeksaan dan Soal Siasat atau T&I(Torture and Interrogation Force) Iruka bergerak menuju ke tempat rahsia itu. Tujuannya satu untuk ke ruangan khas milik pemburu untuk dia menyimpan semula peralatan dan kelengkapan pemburunya. Ahli Pemburu atau ANBU langsung tidak dibenarkan untuk membawa pulang peralatan mereka.
"Iruka! lama tak jumpa, baru pulang?" Iruka menoleh ke dalam ruang persalinan ANBU. Dia melihat beberapa ahli ANBU masih berada di dalam sana. Dia tersenyum di muka pintu sebelum melangkah masuk untuk berkumpul bersama ahli anbu yang lain.
"Tenzou! Yugao! Aoba! Tak sangka jumpa awak pada jam ini. Selalunya ANBU tidak berkeliaran di sini pada jam ini" Iruka berkata sambil matanya menangkap angka satu pagi pada jam. Dia langsung duduk di sebelah Yugao.
"Untuk pembelaan kami baru pulang dari misi. Nah!. Oinin juga dah lama tak berkeliaran di markas. Mana awak semua pergi?" soal Aoba dihujung ayat.
"Sayangnya kami tidak diperlukan" Iruka ketawa ringkas. "Bukankah awak juga tahu bagaimana Oinin beroperasi. Kami tidak selalu dipanggil untuk bertugas kebanyakannya sudah diserahkan kepada ANBU. Tapi untuk pembelaan tiga daripada kami sedang memburu sannin"
"Apa maksud awak?" Yugao tersentak apabila Iruka berkata memburu sannin. Iruka melambaikan tangannya memberi maksud bukan cara yang buruk untuk memburu sannin.
"Entah kenapa Sandaime mahu mereka kembali"
Masing-masing mengangguk faham dengan kata-kata Iruka.
"Jaa, Panther-sama bila lagi kita boleh bekerjasama? " Soal Aoba dengan nada mengusik. Dia telah bekerjasama dengan Aoba sudah beberapa kali dan dia suka bekerja dengan lelaki itu. Burung-burung gagaknya mengingatkan Iruka kepada Uchiha.
Senyuman manis mula merudum masam.
"Kenapa Iruka?" Tenzou yang perasaan, menyiku di sisinya.
"Tak ada apa, baiklah saya perlu pergi sekarang" Iruka bangun "Jumpa nanti Cat, Crow, Deer" Iruka memanggil dengan kod ANBU mereka sambil melambai diatas kepalanya tanpa menoleh.
Selepas menyimpan segala peralatannya Iruka segera membawa diri untuk menuju ke pangsapuri baru Sasuke yang diberitahu Sandaime ketika mereka bertemu di T&I. Dia hanya ingin melawat anak itu.
Tetapi apabila dia melompat ke beranda pangsapuri Sasuke. Pangsapuri itu tentunya gelap. Sasuke sudah tidur. Dia tidak mahu menyelinap masuk walaupun hati dan batinnya meronta-ronta untuk melihat anak itu.
Jadi dia buat keputusan untuk pulang saja. Tanpa dia tahu Sasuke sebenarnya belum tidur, dia hanya terbaring diatas futon sambil mata terbuka luas memandang ke jendela yang dilitupi dengan langsir biru bercorak shuriken.
KAMU SEDANG MEMBACA
Sharingan tanpa Uchiha
Aksi📑 Bagaimana jika Konoha memiliki dua Sharingan tunggal bukan hanya satu 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur bl boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typ...