Iruka tidak suka ini, setelah hampir setahun dia tidak dipanggil untuk misi pemburuan dan sekarang ini tatu pemburunya berdenyut kerana panggilan penting dan terdesak.
Dia melihat jam, hanya sisa setengah jam untuk kelasnya tamat pada hari itu tetapi terpaksa melepaskan anak-anak lebih awal untuk menyambut panggilan kerjanya.
Setelah mengumpul segala latihan yang telah diberikan kepada mereka. Iruka membebaskan para pelajarnya yang dengan gembira meninggalkan kelas mereka.
Dia sempat membalas pandangan dengan Sasuke, jelas anak itu dapat menangkap mengapa kelas dipaksa berhenti awal. Sempat dia memberi pandangan maaf kepada Sasuke kerana mereka tidak dapat berlatih untuk seketika.
Anak itu seperti biasa hanya menjeling dingin dan berlalu pergi. Iruka mengeluh lalu mengemas segala kertas kerjanya dan menyimpan dalam laci yang dimaterai.
Satu saat kemudian dia teleport pulang untuk mengenakan pakaian pemburu dan kemudian dia bergerak ke ruangan simpan senjata di pejabat ANBU. Guru itu agak terkejut melihat kesemua ahli pemburu sudah berkumpul.
"Taicho, senpai-" dia menegur ramah dan terus menuju ke loker simpanannya. Pakaian khas dan segala kelengkapan pemburu segera dipakai. Sebaik sahaja topeng pemburu menutup wajahnya pintu masuk diketuk beberapa kali lalu ditolak dan muncul Ibiki
"Awak semua diminta untuk berkumpul di bilik mesyuarat shinobi sekarang" Ibiki tidak memberikan mereka masa untuk menegurnya atau bertanya apa-apa, ketua penyiasat itu terus berlalu pergi.
Kelima pemburu memandang sesama sendiri kemudian masing-masing melangkah keluar mengikuti lelaki itu. Cheetah sebagai ketua pemburu melangkah terlebih dahulu kemudian Tiger, Lion, Jaguar dan Panther mengikut dibelakangnya.
Masing-masing hanya membisu dan terus bergerak ke menara Hokage tempat dimana perjumpaan dijalankan. Mereka dalam diam tertanya-tanya mengapa perjumpaan kali ini diadakan di menara Hokage.
Sedangkan bagi pemburu dan ANBU mereka biasanya menerima tugas terus dari skrol dihantar melalui burung perantaraan Hokage. Jika keperluan untuk berkumpul mereka akan dipanggil melalui tatu dan menggunakan ruang mesyuarat ANBU untuk bercakap tentang misi.
________
Kakashi telah tiba di bilik mesyuarat tepat pada masa yang ditetapkan kerana panggilan kali ini bukan panggilan biasa yang dihantar Hokage. Lelaki tua itu telah mengeluarkan burung panggilan kecemasan.
Ketika dia tiba Hokage telah berdiri dihadapan bersama tiga bekas anak muridnya. Jika tiga sannin terlibat, Kakashi menjangkakan perkara besar akan berlaku.
Segera dia menyelinap masuk dan berdiri diantara Asuma dan Gai. Kedua jonin itu hanya mengangguk sebagai teguran. Wajah masing-masing berkerut serius. Kakashi mengira jumlah jonin yang berkumpul
Terdapat lima belas jonin termasuk dirinya, tiga sannin dan seorang Hokage. Lima minit berlalu masih tiada kata-kata yang diucapkan oleh Hokage. Kakashi menghantar pandangan kepada Asuma. Lelaki itu hanya mengangkat bahu tidak tahu.
Gai juga yang biasanya bersemangat kini terdiam curiga. Kemudian pintu dibuka. Kesemua shinobi yang hadir menoleh muncul Ibiki dan kemudian apa yang mengikutnya membuat para shinobi memandang teruja.
Tidak selalu mereka dapat melihat skuad penuh pemburu. Dengan keangkuhan seorang pemburu mereka terus berjalan melepasi jonin yang berkumpul, berjalan terus ke hadapan Hokage.
Cheetah dihadapan memberi isyarat kepada ahlinya untuk memberi hormat kepada Hokage. Masing-masing jatuh berlutut hanya sebelah lutut menyentuh lantai, lutut lainnya menahan dada.
KAMU SEDANG MEMBACA
Sharingan tanpa Uchiha
Acción📑 Bagaimana jika Konoha memiliki dua Sharingan tunggal bukan hanya satu 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur bl boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typ...