Chapter 9: Bertemu Semula

55 13 2
                                    

"Bangun!"

Iruka mendengus, perlahan-lahan bangkit dari tanah. Tubuhnya sakit semuanya. Perutnya bagaikan dicarik kerana beberapa kali telah ditendang tanpa sempat menahan serangan.

Iruka menjeling kearah Kabuto dan Anko yang ketawa di hujung padang latihan. Dia segera menegakkan badannya dan merapikan rambutnya yang sudah terlepas dari ikatannya. Menyapu debu yang melekat pada pakaiannya.

"Tiga tahun, hanya ini yang awak ada Iruka-kun" Orochimaru bersuara sambil memeluk tubuh. Benar-benar kecewa dengan peningkatan Iruka. "Bagaimana awal lulus ujian Oinin?!" Orochimaru kesal dan tidak berpuas hati.

"Saya-" Kata-kata Iruka terhenti apabila dia dengan tiba-tiba terhempas ke batang pohon dan jatuh terbaring, terbatuk-batuk dan meludah setumpuk darah

Iruka menarik nafas sesak, tidak mampu untuk bangun lagi dan tak mampu mengawal cakranya lagi. Pandangan semakin kabur.

Benar-benar letih dan sakit. Sudah lama semenjak Yuka sensei pergi, dia tidak dilatih sebegini. Orochimaru seolah-olah membayar hutang tiga tahun kerana meninggalkannya.

"Pulang dan berehat, hari rabu lepas kelas jumpa disini. Awak perlukan latihan yang lebih ketat Iruka-kun. Awak terlalu manja sejak menjadi guru" omel Orochimaru dan meninggalkan chunin malang itu terkebil-kebil dalam kesakitan.

Seketika kemudian Kabuto dan Anko muncul sambil tersengih kambing. "Perlukan bantuan?" Soal Kabuto masih memberi pandangan geli sambil menganalisa luka kecederaan temannya. Iruka hanya menjeling geram.

"Pergi! Saya sanggup bebaring disini daripada minta bantuan awak! Sial! Awak berdua hanya ketawa sejak saya dikerjakan oleh Oro-sensei habis-habisan" Kata Iruka berselang seli dengan nafas pendek.

"Maaf, kami hanya tak boleh masuk campur. Lagipun ini yang kami rasakan sejak pergi bersamanya. Oro-sensei semakin kejam sejak meninggalkan Konoha" Anko hampir berbisik diatas kepalanya.

"Mari, kami bawa awak pulang" tawar Kabuto cuba mengangkatnya. Iruka menolak dia tidak rasa dia mahu bergerak sekarang.

"Tinggalkan saya sendiri. Saya mahu tidur disini sekejap, nanti saya pulang sendiri"

"Tapi..awak kekurangan cakra. Sharingan..."

"Kabuto, Anko tolong.." Iruka memohon. Kabuto dan Anko memberi pandangan risau. Kemudian mengangguk dengan permintaan Iruka.

"Tetapi sebelum itu, izinkan saya sembuhkan luka awak. Serius! Iruka awak patut henti menggunakan secebis cakra awak untuk menutup sharingan, awak patut pakai penutup mata manual"

Iruka tidak berkata apa-apa hanya memejamkan matanya dan tidur. Tidak tahu berapa lama sehinggalah dia merasakan pipinya dicucuk-cucuk. Dengan refleksi shinobi dia mencapai kunai dan menyematkan sesiapa sahaja.

Iruka terkejut apabila mendengar renggekan kanak-kanak. Mata yang kabur kini kembali jelas. Dia melihat Naruto hampir menangis dibawanya. Wajahnya pucat.

"Tuhan! Naruto" Iruka segera bangun dari tubuh kecil anak muridnya tiba-tiba saja pening melandanya tubuhnya longlai jatuh ke tanah di tepi Naruto. 'Sial kekurangan cakra masih belum pulih.' Iruka mengutuk dalam diam.

"Iruka sensei!" Naruto bangun dengan pantas dan menolak gurunya untuk berbaring dengan selesa diatas tanah "Awak kenapa? Awak nampak kotor sensei" suara lantang Naruto menikam gegendang telinganya.

"Naruto... tolong perlahankan suara awak"

"Maaf" pinta Naruto lembut lalu diam disisi gurunya. Dia teragak-agak pergi untuk mendapatkan bantuan atau hanya menunggu disisi gurunya.

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang