Chapter 16: Promosi Jounin

57 8 0
                                    

Hari berganti hari dan secara tidak sedar Iruka telah menjadi guru Akademi hampir tiga tahun dan ujian kelulusan Genin akan berlangsung kurang daripada tujuh bulan.

Latihan rahsia antara Iruka dan Sasuke masih berlangsung tanpa sebarang masalah walaupun mereka telah ditangkap menggunakan padang latihan ANBU setahun lalu tanpa izin. Atas budi bicara Orochimaru bagi pihak Iruka mereka dimaafkan.

Iruka bernafas lega apabila dia dan Sasuke terlepas dari hukuman dan Orochimaru telah bersamanya untuk melatih Sasuke sebelum dia buat keputusan untuk pergi lagi dan kali ini hanya Kabuto pergi bersamanya dan Anko tinggal di Konoha untuk berkerja di sisi Ibiki.

Setelah tamat latihan hari itu, Iruka dan Sasuke telah dijemput oleh Anko, malangnya jika melibatkan wanita itu, tiada istilah dijemput. Wanita itu telah memaksa dia dan Sasuke untuk makan malam bersama.

Kini Iruka berdiri di hadapan semua rumah agam. Dia boleh katakan bahawa rumah Anko adalah antara rumah terbesar di Konoha. Dia masih ingat ketika wanita itu baru kembali bersama Orochimaru dan Kabuto.

Sebulan selepas itu, Iruka mendapat tahu dari gosip yang dibawa di sekitar pejabat misi adalah, Anko dan Kabuto telah mengganas seorang ANBU yang memiliki kebolehan mokuton untuk membina mereka sebuah rumah.

Iruka fikir hanya gosip liar tetapi apabila Anko dan Kabuto datang menemuinya, mereka menunjukkan sebuah rumah yang sangat besar untuk ditinggalkan oleh Anko. Mereka telah membina rumah itu di tanah terbiar selepas serangan Kyuubi.

"Mengapa lima bilik tidur?" Iruka bertanya sambil menggeleng. Kawan-kawannya sangat berlebihan. Tetapi jawapan Anko memanaskan hatinya.

"Sudah tentu satu milik saya, kemudian milik Kabuto dan sensei walaupun saya tahu mereka tak mungkin tinggal di Konoha tetapi saya suka untuk sediakan satu untuk mereka jika mereka buat lawatan. Dan tentunya satu milik awak jikalau awak buat keputusan untuk lepaskan pangsapuri awak yang menyedihkan itu dan tentunya untuk Sasuke juga" Jawab Anko acuh tak acuh.

Iruka akan menangis hari itu, tetapi kebanggaan menghalangnya.

Iruka terpaksa menemui Tenzo setelah itu untuk memohon maaf atas kelakuan kawan baiknya dan terima kasih kerana membina sebuah rumah yang hebat untuk Anko.

"Adakah awak hanya berdiri di sana dan terus merenung karya agung Kucing?" Suara Anko menjerit dari muka pintu dia melihat Sasuke sudah berdiri di samping Anko.

"Kucing akan gembira awak menghargai hasil kerja kerasnya" Iruka bersenandung. Kucing adalah nama kod ANBU Tenzo.

______________

Iruka dipanggil ke pejabat Hokage setelah dia selesai menyusun semua laporan di pejabat misi. Ketika dia masuk, dia agak terkejut melihat Komander Jounin, Nara Shikaku, Ketua Keselamatan dan Pengesan, Yamanaka Inoichi dan Ketua Penyiasatan, Morino Ibiki sedang menunggu bersama Hokage.

"Adakah saya mengganggu? Perlukah saya kembali kemudian?" Iruka berkata di bingkai pintu teragak-agak untuk masuk.

"Masuk Iruka, sememangnya kami sedang menunggu kamu" Hiruzen berkata sebaik meletakkan paipnya di dalam bekas khas.

Iruka masuk dan berdiri di antara lelaki hebat itu. Kemudian Sandaime mengeluarkan sebuah gulungan lalu menyerah kepada Shikaku.

"Setelah selama enam bulan penilaian dilakukan ke atas kamu, Umino Iruka. Dengan ini, kamu telah diangkat sebagai Jounin. Tahniah!" Kata-kata Shikaku terdengar seperti di dalam air pasang.

Apa kejadahnya? Diangkat sebagai Jounin?

"Tapi.. Tapi.." Iruka tergagap. Skrol yang dihulurkan masih tidak diambil.

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang