Iruka melompat dari dahan ke dahan yang lainnya. Sambil berhati-hati membawa Naruto yang pengsan dibelakang bahunya. Menyumpah ringkas kepada tiga musuh yang mengejar mereka.
Dia perlu segera memisahkan dirinya dengan tiga kunoichi tersebut. Dia tahu dia boleh menentang mereka, ketiga mereka tidak lebih dari pangkat chunin. Tetapi dia tidak mahu mempertaruhkan risiko nyawa Naruto.
Jika sesuatu berlaku kepada Naruto dia tahu copy ninja akan menuntut kepalanya dan dia tidak mahu dibunuh. Dia sangat menyayangi nyawanya. Dia perlukan untuk menjarakkan kedudukan mereka supaya dia boleh menyembunyikan Naruto disatu tempat.
Tetapi tanpa dipinta mahupun dipohon, satu kunai terbang melintasi dirinya, dia melihat satu tag letupan terikat dengannya. Dengan tindak balas pantas dia melompat untuk berselindung disebalik batang pohon.
Hanya sesaat kemudian satu letupan menggegarkan pohon tempatnya berdiri. Jelas seorang telah melompat sebaik letupan berlaku.
"Awak berdua okey?"
"Kakashi-san" Iruka terkejut dengan kemunculan lelaki itu.
"Pelajar awak beritahu bahawa awak mengejar Naruto, jadi saya datang kerana risaukan awak berdua" Kakashi jeda sebentar kemudian menjerit kepadanya "Pergi, Iruka" belum sempat Iruka berkata apa-apa dia telah melompat pergi apabila ketiga kunoichi itu kembali.
Iruka tidak menunggu lama untuk melompat pergi hanya untuk mendengar bunyi kilat berdentum kuat. Apabila keadaan reda dan dia pastikan benar-benar selamat dia kembali untuk memeriksa copy ninja yang dilihat sedang mengikat ketiga musuh disatu pohon.
_
Selesai sahaja segala urusan berkenaan ninja musuh itu. Iruka keluar dari akademi untuk bertemu dengan Naruto yang cemberut kerana kunai yang ditemuinya dinyatakan hilang oleh Iruka.
Puas dia menjerit kepada anak itu tentang membahayakan keselamatannya dengan bermain di hutan dan tidak masuk ke kelas.
Apabila Naruto memberitahu bahawa dia perlukan sesuatu dari pergaduhan yang berlaku di belakang bukit akademi untuk mereka mahu berkawan dengannya hati Iruka luluh, anak itu hanya mahu berkawan sehingga dia sanggup membahayakan dirinya.
"Naruto, nak tak awak ikut saya pulang? Malam ini pasukan genin saya mahu berkumpul di rumah saya untuk makan malam." Iruka mencuit parut di wajahnya.
"Tapi sensei saya tak nak susah awak" Naruto menoleh ke sisi tetapi Iruka dapat melihat sekilas bahawa anak itu sangat mahu menyertai.
"Mari, kita perlu ke pasar dulu, banyak barang perlu dibeli" dia menarik Naruto untuk bergerak bersamanya. Tetapi anak itu tidak mahu bergerak.
"Sensei, saya tak rasa.."
"Kenapa? Awak takut kawan-kawan saya tak suka awak kan?" Naruto hanya menunduk wajah. Iruka menggeluh lalu menoleh menghadap Naruto. "Awak takut mereka panggil awak raksasa macam orang lain?"
Anak itu mengangguk.
"Baiklah, kawan-kawan saya semua gila dan mereka tidak kisah tentang siapa pun awak jika terdapat raksasa di Konoha itu adalah mereka bukan awak" Iruka berkata sedikit memujuk. Naruto mengangkat wajah hanya untuk melihat Iruka tersenyum dan menghulurkan tangan untuk disambutnya
Mereka membeli barang yang hampir memenuhi troli, Iruka membuat keputusan untuk membayar setelah tiada apa lagi dalam fikirannya untuk menambah lagi. Naruto hanya mengekori seperti anak anjing yang setia.
"Yo!" Satu suara menegur mereka ketika mereka melangkah keluar dari pintu pasaraya. Iruka menoleh melihat Kakashi.
"Kaka-nii, awak buat apa kat sini?" Naruto cerah melihat tokoh abangnya muncul. Kakashi merenung antara Iruka dan Naruto silih ganti. Lama dia merenung kepada bungkusan yang dibawa guru itu. Adakah dia mahu membuat majlis besar dengan banyaknya barang yang dibelinya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Sharingan tanpa Uchiha
Action📑 Bagaimana jika Konoha memiliki dua Sharingan tunggal bukan hanya satu 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur bl boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typ...