Tiga bulan sebelum pembantaian Uchiha.
Iruka dan salah seorang ahli pasukannya, Taketori Riku sedang menunggu salah seorang ahli pasukan mereka Uchiha Shisui dan pembimbing Jounin mereka, Yuka Inari. Tetapi nampaknya kedua mereka tidak muncul setelah hampir dua jam berlalu
Bakal pemburu itu masih menunggu dengan sabar dan menanti penuh harapan. Pada hari itu mereka telah diberitahu bahawa mereka akan melalui ujian untuk mendapatkan jawatan dalam kor pemburu.
Iruka merenung gadis di hadapannya. Jelas sekali gadis itu mula gelisah. "Ada apa Riku-chan?" Dia bertanya lembut. Mereka ketika itu berada di lapangan latihan yang hanya dikhaskan kepada bakal Anbu dan Oinin untuk berlatih.
"Nah! Ruka-kun, saya risau. Yuka sensei tak pernah lewat walau seminit." Riku tidak tenang. Dia mundar-mandir dihadapan Iruka. Kedua chunin menanti dengan resah.
Iruka menutup mata dan diam seketika. Apabila mata terbuka dia memandang Riku tajam "Mari kita cari mereka" Iruka bangkit dari duduk, menyapu kotoran yang melekat pada seluarnya dan menarik tangan gadis itu untuk mengikutinya.
Sebaik sahaja mereka keluar dari padang latihan. Iruka memanggil haiwan panggilannya. Muncul sepasang ular dalam kepulan asap putih.
"Kuro-kun, Shiro-chan, apa khabar?" Iruka menegur lembut. Kedua ular itu dengan gembira melingkar naik ke tangan Iruka. Kuro, seekor ular jantan hitam mengambil tangan kiri dan Shiro, ular betina berwarna putih memilih tangan kanannya.
"Ruka-kun! Ruka-kun! Awak dah lama tak panggil kami sejak Orochimaru-sama pergi" Shiro bersuara riang. Mengangkat tedungnya ke arah Iruka. Iruka tersengih.
Kemudian dia memandang ke arah Riku yang semakin menjauh. "Jangan takut Riku-chan, mereka tidak mengigit" Iruka bersuara geli.
"Kami hanya mengigit musuh Ruka-kun" Kuro mendengus. Lalu melata dan naik keatas bahu Iruka.
"Maaf, tapi saya perlukan bantuan. Tolong cari Yuka sensei dan Shisui. Mereka tidak muncul-muncul. Saya dan Riku-chan disini agak risau" pinta Iruka. Dua ular itu saling berpandangan sejurus mengangguk.
Kuro hilang sekelip mata dan Shiro mengambil tempat di bahu Iruka. Tedungnya semakin membesar sambil menoleh ke kiri dan kanan seolah mencari sesuatu.
"Ruka-kun, awak boleh saja gunakan ekolokasi awak mungkin awak tak perlu gunakan mereka." Gadis itu bertanya matanya tajam merenung ular yang melingkari bahu Iruka, tidak berani menghampiri.
"Saya telah lakukan tetapi tidak berhasil, kemungkinan mereka berada jauh dari jangkauan saya." Jawab Iruka sambil bermain dengan ekor ularnya.
"Ikut saya, Ruka-kun!" Kata ular itu tiba-tiba, melompat turun dari Iruka. Dengan pantas mereka bergerak ke utara Konoha. Mereka mengikuti ular itu sehingga tiba di pinggir Konoha.
Kedua calon pemburu itu, melihat seorang wanita berambut perang bersanggul tinggi bermata hujau lumut menahan luka terbuka di perutnya. Mereka segera berlari untuk mendapatkan wanita yang cedera parah itu. Darah memenuhi seluruh tubuhnya.
"Yuka sensei?!" chunin itu menjerit memanggil namanya yang merupakan gurunya yang juga merupakan salah seorang pemburu Konoha "A..apa yang berlaku?" Untuk sekian kalinya Iruka mengalirkan airmata sejak kali terakhirnya adalah setahun selepas kematian ibu bapanya.
"Maaf Ru-kun, Ri-chan mungkin ini kali terakhir kita bertemu" Wanita bernama Yuka itu batuk dan darah pekat mengalir dari mulutnya. Nafasnya melemah.
Manakala Riku sudah berhenti bergerak sepenuhnya. Air mata gugur dari soket matanya tanpa tertahan
"Tidak, berhenti bercakap, saya akan bawa awak ke hospital" Iruka terdesak untuk membawa gurunya kedalam pelukan. Air mata tidak berhenti mengalir.
KAMU SEDANG MEMBACA
Sharingan tanpa Uchiha
Action📑 Bagaimana jika Konoha memiliki dua Sharingan tunggal bukan hanya satu 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur bl boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typ...