Chapter 2: Misi Bersama

156 17 6
                                    

Iruka segera berlari menuju ke pintu pagar utama, tempat yang diberitahu ketua pasukannya untuk berkumpul sebelum pergi. Dia tahu dia sudah sangat lewat dari masa yang ditetapkan

"Maaf, saya terlambat" Iruka meminta maaf kepada pasukannya yang diketuai oleh pemilik sharingan tunggal seperti dirinya tetapi yang berbeza lelaki itu dikenali dengan betapa hebatnya dia dengan anugerah sharingan.

Manakala Iruka masih menjadi rahsia peribadi tentang sharingan pinjamannya. Menggunakan materai yang dicipta hasil pelajaran fuuinjutsu untuk menyekat cakra dan kanta lekap untuk menyamakan warna matanya.

Hanya hokage dan Itachi serta seorang lagi wanita Uchiha yang mengetahui tentang perkara tersebut malah ketua Klan Uchiha sendiri tidak tahu menahu tentang perkara itu. Itachi adalah orang yang meminta Iruka merahsiakan mata yang diterimanya. Dan Izumi sebagai saksinya, wanita itu juga yang bertanggungjawab memindahkan mata itu.

"Maa, tidak mengapa, sesetengah kita memiliki tugasan lainnya yang juga sama penting" kata ketua pasukannya sambil bersandar di sebatang pohon sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket dan sebelahnya lagi memegang sebuah novel yang Iruka tidak mahu tahu.

Iruka menundukkan kepalanya tanda meminta maaf kepada ahli pasukan mereka. Iruka hampir menggaru kepalanya. Hatake Kakashi dan Kumade Toriichi dua orang ini hampir serupa.

Kedua-dua ninja ini memakai topeng hitam separuh wajah. Berambut perak, bezanya milik Kakashi lebih panjang dan pelindung dahi milik Kakashi sedikit condong untuk menutup sebelah matanya. Dia juga mengetahui bahawa kedua mereka adalah satu angkatan semasa belajar di akademi dahulu.

Satu soalan terus bermain di fikirannya. Berfikir dan terus berfikir sehingga mereka berhenti untuk berehat dan mengisi perut serta bermalam. Iruka menawarkan diri untuk memasak dan kedua shinobi bertopeng itu dengan senang hati bersetuju.

"Umino-san, saya perhatikan awak seolah terganggu sejak kita tinggalkan Konoha, apa yang mengganggu fikiran awak?" Toriichi  menyoal ketika Iruka menyerahkan semangkuk sup miso ringkas kepada lelaki itu. Serentak itu juga Kakashi menoleh melihat chunin itu.

"Saya.. ah! Tidak ada apa-apa, hanya perkara remeh, percayalah" chunin itu tersengih membalas pandangan ingin tahu tokubetsu jounin itu. Tapi nampaknya jawapan itu tidak memuaskan hati jounin elit yang lain.

"Laporan Umino-san, apa yang mengganggu? Saya tidak mahu misi ini gagal" Kakashi bertegas.

"Tidak Hatake Taicho, percayalah ini hanya perkara yang sangat tidak penting. Saya hanya tertanya-tanya tentang sesuatu yang benar-benar remeh" Iruka cuba meyakinkan ketua mereka.

"Tembak saja Umino-san" Kakashi dan Toriichi memberi pandangan ingin tahu. Tiba-tiba saja dia tersipu-sipu kerana soalan bodohnya. Menggaru parutnya kerana gugup tiba-tiba.

"Umm.. saya hanya tertanya-tanya adakah awak berdua ini saudara atau kembar atau sesuatu?" Kepala Iruka sedikit condong tanpa sedar menganalisis kedua lelaki bertopeng di hadapannya. Apabila dia merasakan dia terlalu ke hadapan, Iruka segera mengalihkan pandangannya dan membuang ke tempat lain.

Kakashi dan Toriichi. Masing-masing terdiam dengan soalan itu. Benar, soalan yang sangat-sangat tidak penting. Mata Kakashi melengkung seolah tersenyum dan Toriichi melepaskan ketawa ringan yang kecil.

"Eh! Maaf saya tidak bermaksud apa-apa.. saya.." chunin itu melambai tangan kearah mereka kemerahan samar mencuit pipinya kerana malu.

"Ma.. maa.. itu soalan yang tidak dijangka. Kami tiada pertalian darah" jelas Kakashi. Toriichi mengangguk. Iruka yakin kedua jounin dan tokubetsu jounin itu tersenyum geli. Dia hanya tersengih sambil menggaru dagunya bertambah malu.

"Saya ambil jam pertama, awak berdua tidurlah, saya akan kejutan awak kemudian, bolehkah Toriichi?" Kata Kakashi mendapat anggukan daripada anak buahnya.

Toriichi segera meringkuk di bawah selimutnya manakala Iruka masih ragu-ragu untuk tidur. Memandangkan sejak terperangkap dalam genjutsu Itachi dia mengalami masalah tidur. Hampir setiap malam dia diganggu dengan mimpi buruk.

"Apa yang awak menungkan?" Toriichi bercakap lembut kepada Iruka yang masih teragak-agak untuk mengambil futon kosong di sebelahnya. "Berbaringlah, percayalah awak perlukannya"

"Ya" balas Iruka lembut lalu menarik selimut dan berbaring dibawahnya, Kakashi hanya merenung dari atas pohon dia sempat membalas renungan dengan Toriichi sebelum dia melompat untuk memeriksa kawasan.

Setangah jam berlalu, Kakashi kembali ke tapak kem hanya diganggu dengan suara Iruka yang meracau. Dia melihat Toriichi sudah di sebelah chunin itu sedang cuba membangunkannya.

_

Iruka berdiri melihat seorang wanita berambut perang bersanggul tinggi bermata hijau lumut menahan luka terbuka di perutnya. Iruka segera berlari untuk mendapatkan wanita yang cedera parah itu. Darah memenuhi seluruh tubuhnya.

"Yuka-sensei?!" chunin itu menjerit memanggil namanya. "A..apa yang berlaku?" Untuk sekian kalinya Iruka menangis sejak kali terakhirnya adalah setahun selepas kematian ibu bapanya.

"Maaf Ruka-kun mungkin ini kali terakhir kita bertemu" Wanita bernama Yuka itu terbatuk-batuk dan darah pekat mengalir dari mulutnya.

"Tidak, berhenti bercakap, saya akan bawa awak ke hospital" Iruka terdesak untuk membawa gurunya ke dalam pelukan. Air mata tidak berhenti mengalir.

"Selamatkan.. dia..." wanita itu berhenti bergerak. Iruka menggeleng kepalanya.

"Tidak! Sensei jangan tinggalkan saya" chunin itu meraung.

-

"Yuka sensei!" Iruka menjerit bangun. Tubuhnya berpeluh, tangannya menggigil, nafasnya turun naik. Dia meraup wajahnya. Cuba menenangkan dirinya, berkali-kali berbisik 'hanya mimpi' kepada diri sendiri.

Iruka kembali melihat telapak tangannya yang masih menggigil. 'Sial Itachi! Saya cuba sebaik mungkin untuk melupakan mereka' Iruka menjerit dalam hati. Dia masih merenung tangannya yang menggigil.

Tidak sedar dia di mana sebenarnya, kemudian dalam samar cahaya dahinya berkerut apabila satu tangan bersarung menutup tangannya. Dia berkelip beberapa kali sebelum mengangkat wajah melihat dua lelaki bertopeng sedang merenungnya.

Iruka yang terkejut terus melompat dan hampir merempuh pohon di belakangnya. Memandangkan sekeliling. Kemudian barulah dia sedar di mana dia berada.

Kakashi dan Toriichi berdiri di hadapannya. Iruka menghembuskan nafas lega. Sebelum tangan kanannya menutup mata kanannya tempat di mana sharingan tersembunyi.

"Maafkan saya" Iruka masih mengatur nafasnya. "Kerana menganggu awak berdua"

"Tidak mengapa, awak baik?" Toriichi mendekati chunin itu. Iruka hanya mengangguk.

"Saya akan mengambil jam seterusnya, tolong?" Iruka merenung Toriichi dan Kakashi silih ganti. Kedua shinobi itu hanya mengangguk dengan pantas Iruka hilang di dalam kegelapan meninggalkan Toriichi dan Kakashi sendirian.

Toriichi kembali ke futonnya manakala Kakashi mengambil tempat yang ditinggalkan oleh Iruka sebelumnya. Jelas kedua shinobi itu masih tidak tidur.

"Kakashi-san, adakah awak mengenalinya secara peribadi?"Toriichi menyoalnya. Terdapat jeda yang panjang sebelum pemilik sharingan itu bersuara.

"Tidak, tetapi seingat saya, saya pernah melihat dia di sekeliling Sandaime ketika dia masih genin. Kemudian saya tidak nampaknya setelah itu. Saya mungkin telah melupakan dia sehingga misi ini bermula" fikir Kakashi ketika itu dia masih memakai jubah ANBU

Dia kerap melihat Sandaime memanjakan bekas genin itu dengan ramen dan kerap juga mengadakan pertemuan teh singkat mereka sambil bermain shogi.

Bersambung....

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang