Chapter 7: Guru baru

61 13 1
                                    

Naruto dengan terpaksa bersiap untuk pergi akademi. Selepas menghabiskan sarapan pagi yang dimasak oleh Kakashi sebelum lelaki itu keluar untuk misi joninnya. Dia dengan santai berjalan menuju ke akademi.

Tidak peduli jika dia terlewat, memandang tiada seorang dari guru akademinya akan mempersoalkan kelewatannya. Senyuman cerah dibibirnya sambil melipat tangan di belakang kepala serta bernyanyi riang sepanjang perjalanan.

"Nah, hari ni saya dapat sensei baru" Naruto ketawa jahat sambil bermacam-macam idea nakal bermain di fikirannya. "Saya akan kenakan sensei baru sampai sensei menangis" Naruto gelak besar seraya berlari menuju ke akademi untuk memulakan gurauannya.

Ketika dia masuk ke dalam kelas, ramai pelajar sudah berkumpul, kebanyakan adalah dari rakan sekelasnya tahun sebelumnya. Tanpa berlengah dia memulakan strateginya.

Lima belas minit berlalu, pintu kelasnya dibuka seseorang yang dia tahu itu gurunya muncul. Pemadam papan hitam yang digunakannya untuk gurauan itu jatuh ke lantai dari tempatnya.

Naruto berdecit kalah, apabila penghapus itu tidak mengenai guru barunya. Guru itu merenung tajam ke arah bakal anak nakal dihadapannya, dia mengeluh lalu melangkah masuk.

Baru sahaja beberapa langkah. Kakinya tergelincir kerana minyak yang dituang Naruto dan dia jatuh terlentang terhempas ke lantai. Naruto dan pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu ketawa besar.

"Pemadam itu hanya umpan" Naruto menekan perutnya geli. Tidak sangka dia berjaya kenakan guru barunya.

Kemudian, dia dan seluruh kelas terdiam apabila guru yang terbaring itu berubah menjadi cecair. Naruto tergamam. Pelajar yang lain diam membisu.

"Sensei-" suara Naruto teragak-agak, dia berjalan menghampiri cecair yang membasahi lantai. Naruto menunduk untuk menyentuh air yang mengalir.

"Sensei-" Dia memanggil lagi. Kemudian tiba-tiba saja seekor ular hitam muncul dari permukaan air dan melilit tubuhnya.

"ARGHHHHH!" Naruto menjerit ketakutan. Meronta-ronta untuk melepaskan diri. Pelajar lain mula memeluk sama sendiri dan menggigil ketakutan

"Itu akibatnya kerana cuba kenakan guru kamu" satu suara dari belakang kelas menegur keras.

Naruto sedaya upaya mengangkat wajah melihat guru barunya. "Sensei, maaf! maaf! Tolong lepaskan dia dari saya." Naruto menjerit meminta ampun, berguling atas lantai minta dilepaskan. Seketika kemudian Ular hitam itu hilang dalam kepulan asap.

Guru itu berjalan menghampiri Naruto yang masih terduduk di atas lantai sambil mengatur semula nafasnya.

"Sebagai hukuman bersihkan kekacauan yang awak lakukan!" Tegas guru itu. Naruto mencebik. Mencari sesuatu untuk mengeringkan lantai dan menghilangkan kesan minyak yang digunanya.

Guru itu hanya memeluk tubuh sambil memerhati Naruto menyelesaikan kerjanya. Apabila selesai dia mengarahkan Naruto untuk kembali ke tempatnya.

"Baiklah, saya Iruka, Umino Iruka. Tutor peribadi kamu semua mulai sekarang. Ingat! saya tidak akan termakan dengan gurauan bodoh seperti itu" Iruka berkata sambil menjeling kepada Naruto yang cemberut.

"Dan!" Iruka menjerit apabila anak-anak didiknya mula hilang tumpuan kepadanya. "Awak semua akan jadi tikus makmal saya untuk dua tahun kedepan! Mohon kerjasama" Iruka menyeringai. Anak-anak muridnya menggigil kesejukan tulang belakang.

"Untuk permulaan saya mahu mengadakan kuiz cakra" Iruka tersengih.

"Sensei-" anak-anak muridnya mengeluh tidak terima.

"Tapi sensei, kami tak tahu menggunakan cakra" seorang gadis berambut pink bersuara sambil mengangkat tangannya.

"Maa, maa, hanya kuiz teori, saya mahu tahu sejauh mana pengetahuan kamu tentang cakra, jangan risau saya akan mengajar awak menggunakan cakra nanti" Iruka berkata lembut. Mengambil beberapa helai kertas kuiz yang sudah di sediakannya pada hari sebelumnya.

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang