Chapter 11: Makan Malam

48 12 4
                                    

Makan malam pada malam itu tidak seperti yang diharapkan oleh guru chunin itu. Dia mengharapkan makan malam yang  sempurna. Walaupun tidak terlalu sempurna serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan antara mereka.

Bukan seperti ini yang dijangkakan apabila Anko dan Naruto menyerang sama sendiri dengan lebihan makanan mereka. Bergaduh dan menjerit hampir merobohkan rumahnya.

Iruka dengan geram menyapu kotoran tamato sesat yang dilempar Anko kepada Naruto tetapi tersasar ke wajahnya.

"AWAK ANAK MONYET YANG KELAPARAN!"

Iruka menoleh kepada Kabuto. Lelaki itu langsung tidak membantu. Dia telah meninggalkan meja makan dan duduk di kotatsu tepat saat Anko dan Naruto mula bercakar.

"AWAK WANITA BUSUK TAK MANDI!"

Iruka mengeluh, dia hampir menghentak kepala diatas meja makan. Sambil mengambil daun salad yang melekat pada bahunya hasil kerja Naruto yang sepatutnya mendarat kepada Anko.

Kemudian dia menoleh kearah copy ninja yang dengan tenang membalas pandangannya dan memberi senyuman mata yang entah kenapa perkara itu seolah-olah mengejeknya.

"MONYET MACAM AWAK TAK LAYAK JADI NINJA! AWAK LEMAH!"

Matanya jatuh kepada bekas makanan Kakashi yang telah lama kosong sebelum Iruka sempat menyentuh makanannya, tidak pasti bilakah lelaki itu menelanya. Dia akan menasihatkan lelaki itu untuk tidak makan terlalu cepat tetapi memandangkan keadaan sekeliling, dia hanya berserah. Tidak peduli jika lelaki itu terkena sembelit atau tercekik.

Kerana pada tahap ini, dia terasa dia telah mendapat ulser yang teruk pada perutnya

"AWAK BURUK! IRUKA SENSEI LEBIH CANTIK DARIPADA AWAK! PEREMPUAN TUA!"

Dahi Iruka berkerut. Kesabaran muLa menipis. Dari ekor mata dia melihat Kakashi bangun dan dengan perlahan-lahan meninggalkan meja makan, pergi ke ruang tamu. Dia dapat mendengar Kakashi dan Kabuto bertegur ringkas

Dia juga mendengar seolah Kabuto telah berbisik 'bakal ada perang dunia ketiga berlaku' dan suara Kakashi membalas 'Itu sebabnya saya melarikan diri lebih awal' Iruka mendengus.

"Mitarashi Anko, Uzumaki Naruto" Suara Iruka tenang, terlalu tenang sehinggakan percakaran antara Anko dan Naruto terhenti serta-merta dan memberi pandangan penuh manis dan tidak bersalah kepada guru itu.

Iruka dengan perlahan meletakkan kedua tapak tangannya di atas meja untuk menariknya berdiri dengan perlahan membuatkan makanan sesat yang dilontar ke arahnya jatuh atas lantai.

Anko dan Naruto tahu bila waktunya untuk ketakutan. Segera dua insan itu berlari dan menghadap sisi Iruka dan bersujud dikakinya

"Ampun Ruka/Iruka-sensei" serentak pesalah itu memohon ampun. Menekan dahi diatas lantai. Iruka akan marah malah dia akan menjerit tetapi semarah apa pun dia. Apabila dia melihat dua pesalah itu bersujud dan memohon ampun hatinya luluh.

Walaupun dia tahu dua orang itu langsung tidak menyesali atas perbuatan mereka.

"Saya mahu mandi dan ganti pakaian. Awak berdua kemas segala kekacauan yang awak berdua buat. Sebaik saja saya selesai dan ternyata awak berdua belum selesai. Awak berdua yang akan selesai!" Iruka menjerit dihujung ayat bermaksud perkataan itu juga kepada dua pelarian awal.

Kabuto pura-pura sibuk dengan buku perubatannya dan Kakashi pura-pura sibuk membelek rak buku dalam simpanan Iruka. Iruka mengigil geram kemudian berpaling menuju ke biliknya.

Sempat berpaling sekilas memberi jelingan maut kepada Anko dan Naruto yang masing-masing menolak bahu ketika sangat yakin bahawa Iruka tidak melihat. Apabila mereka menerima jelingan itu segera keduanya melakukan kerja yang disuruh guru itu.

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang