Chapter 15: Sai dan Shin

56 10 0
                                    

Iruka dipanggil bertemu dengan Sandaime dua jam selepas misi memburu Danzo berlaku. Di pejabat Hokage dia melihat Sandaime sedang bersama dua orang anak kecil yang mereka temui.

"Sandaime-sama" Iruka menunduk hormat.

"Iruka-yo. Awak mesti tahu sebab mengapa saya panggil awak?" Sandaime berkata sambil menghembus asap rokok paipnya.

Iruka mengangguk, sangat jelas apabila melihat dua kanak-kanak yang pasukan Jiraiya selamatkan dari markas persembunyian Danzo.

Shin dan Sai merenung, langsung tidak mengenali siapa lelaki yang baru muncul, dengan ekor kuda yang gagah berdiri di kepala coklatnya dan warna kulit hangat sangat berbeza dengan mereka.

Tetapi sama ada Shin atau Sai, kedua mereka seolah-olah terbiasa dengan kehadirannya yang tidak mengancam.

"Mulai sekarang Iruka, saya minta awak untuk bertanggungjawab ke atas mereka di Akademi dan saya juga meminta jasa baik awak untuk membawa mereka ke rumah anak-anak yatim Konoha, adakah awak tidak keberatan, anakku?" Hiruzen memberi senyuman kebapaan kepadanya kemudian dia menoleh kepada dua anak yang masih berdiri dalam diam merenung pertukaran antara Hokage dan shinobi yang baru muncul.

"Jangan risau, Hokage-sama. Saya akan menguruskan mereka." Iruka menunduk hormat kemudian dia menoleh ke arah dua anak pucat itu. "Shin, Sai, mari saya daftarkan awak di Akademi. Awak berdua akan berjumpa dengan ramai kawan baru dan kemudian saya akan bawa awak ke rumah pelindungan anak yatim" Iruka memberikan senyuman kepada mereka.

Shin mahupun Sai tidak berkata apa-apa, jika mereka tertanya-tanya bagaimana Iruka tahu nama mereka memandangkan Hokage tidak memperkenalkan mereka, mereka hanya membiarkan pertanyaan itu berlalu pergi.

"Jika tiada apa-apa lagi izinkan saya membawa mereka pergi" Sandaime hanya mengangguk dan guru Akademi itu terus menolak mereka untuk keluar dari pejabat Hokage dan membawa mereka terus ke Akademi.

Iruka tidak mengambil masa yang lama untuk mendaftar kedua anak itu dan dengan izin pengetua Akademi, kedua mereka ditempatkan di kelas Iruka. Ketika mereka menelusuri lorong menuju ke kelas, Iruka mendapati kedua anak itu sedikit gugup. Dia tersenyum, mungkin kerana mereka terlalu lama berkurung.

"Jangan risau, segalanya baik-baik sahaja. Saya yakin ramai akan gembira untuk melihat awak berdua." dia mengangkat kedua tangannya untuk mengusap kedua kepala kanak-kanak itu.

Iruka menolak pintu kelas, kelas yang tadi riuh tiba-tiba hening apabila guru mereka melangkah masuk dengan dua orang yang kelihatan sama seperti kembar hanya bezanya warna rambut. Satunya hitam pekat dan satunya kelabu kebiruan.

"Baiklah kelas.. Disini kita mendapat dua orang kawan baru" Iruka tersenyum kepada pelajarnya. Kemudian menoleh kepada dua pelajar baru. "Sila kenalkan diri awak" Dengan lembut Iruka berkata kepada kedua pelajar baru.

"Saya Shin, mohon bantuan kedepannya" Shin menunduk wajah sepintas lalu kemudian memberi senyuman sebaris kepada kawan-kawan barunya. Seterusnya, dia menoleh kepada Sai dan mencuit lengannya.

"Sai-" Hanya itu yang dia berkata. Iruka mengeluh. Dia berharap mereka berdua akan baik-baik sahaja.

"Sensei!" Suara lantang Naruto memanggil. Iruka mencekak pinggang mengangkat kening kepada anak itu.

"Ya, Naruto boleh saya bantu?"

"Siapa mereka? Mereka kelihatan lemah!" Dia mendengus. Iruka menjeling.

"Mereka kawan baru awak dan Naruto awak tidak boleh berkata seperti itu kepada kawan awak" Iruka menegur.

"Mereka bukan kawan saya! Mereka lemah seperti Sasuke-teme!" Balas Naruto membuatkan Sasuke ditempatnya melenting.

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang