Chapter 4 : Hampir Selesai

64 15 6
                                    

Kakashi berjalan sekitar Istana, dia dan Toriichi mula menangkap sesuatu yang aneh tentang suasana ketika itu. Ada sesuatu di sebalik kemeriahan tempat itu. Segalanya sangat teratur dan lancar. Seolah-olah ketenangan sebelum ribut melanda.

"Saya tidak menemui Iruka-san dimana-mana, adakah awak melihatnya?" Toriichi muncul di sebelah Kakashi. Kakashi segera menoleh melihat anak buahnya. Itu aneh, dia juga tidak melihat chunin itu di sekitar.

"Ada sesuatu yang aneh, saya merasakan ada cakra aneh yang mengelilingi sekitar ini seolah-olah memberi satu rasa selamat yang palsu" kata Kakashi. Kemudian, mereka saling berpandangan dan bersama-sama menetap segel tangan.

"Kai" bersama-sama mereka berkata dan tiba-tiba saja mereka seperti terlepas dari satu dinding yang mengekang mereka. "Genjutsu ini kemungkinan telah ditetapkan sebaik saja kita masuk ke sini. Seperti pemilik genjutsu ini mahu membuai kita dengan rasa selamat. Tapi kenapa?"

"Supaya kita fikir tiada ancaman di sekeliling" sambung Toriichi. Kakashi mengangguk.

"Kita perlu cari Umino sampai jumpa, sekarang ini hanya ada dua perkara bermain di fikiran saya. Pertama dia sibuk membantu wanita itu menguruskan acara ini, atau..."

"Dia ditangkap dan di kurung di suatu tempat" kemudian mereka terus berpencar Toriichi cuba mencari semula di dalam bahagian Istana manakala Kakashi mencari diluar.

Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk Kakashi bertemu dengan jejak pertempuran. Sepantas itu dia mengeluarkan kunai.

Dia mula mendekati kunai dan shuriken yang bertaburan di atas tanah. Memeriksa reka bentuk senjata itu.

Satunya milik Sunagakure yang Kakashi yakin, tetapi mengapa kunai itu berada disini, ini bermakna shinobi Suna berada di kawasan istana. Kemungkinan mereka diserang tetapi oleh siapa?.

Kakashi melangkah ke hadapan untuk memeriksa kunai yang tertanam di sebatang pohon. Segera dia mencabut kunai itu apabila dia mengenali tanda dagangan milik Konoha.

Ini bermakna shinobi Suna dan Konoha sedang bertembung. Kakashi mula terfikirkan Iruka. Kemungkinan Iruka terlibat dalam pergaduhan ini tetapi kenapa dia tidak menghantar isyarat amaran kepada mereka.

Dia tersentak apabila dia terdengar bunyi dentingan senjata besi berlaga. Tidak mengambil masa yang lama, dia menuju ke arah hutan dimana bunyi itu berasal.

Tidak jauh dari dia berdiri, Kakashi melihat dua susuk tubuh berdiri bertentangan sambil tercungap-cungap, Kakashi sedaya upaya menyembunyikan keberadaannya untuk menganalisis keadaan. Dia bernafas lega apabila dia tidak melihat Iruka.

"Oinin" Kakashi berbisik sendiri. Dia mengenali seragam khas pemburu Konoha. Pemburu dan ANBU ada kalanya mereka akan menyertai misi bersama. Tetapi tidak selalunya kerana Pemburu jarang ditugaskan. Mereka akan keluar jika terdapat Nukenin peringkat S terlibat.

Kakashi mula mengamati lawan lainnya. Dia mengenali lelaki itu sebagai orang kanan Daimyo, jadi mengapa pemburu memburu lelaki itu. Dia terus menonton pertempuran yang berlaku di hadapannya. Kedua-duanya pemburu dan orang kanan Daimyo berada di tahap yang sama, pertempuran mereka seimbang.

Kakashi menolak pengikat dahinya keatas apabila dia melihat pemburu itu mula membuka langkah yang dia tahu itu adalah satu seni mempertahankan diri yang hanya diajar hanya kepada ahli Pemburu, Aikido.

Aikido berbeza dengan seni mempertahankan diri yang lain. Dimana mereka tidak menggunakan kekuatan diri mereka untuk menumpaskan musuh. Falsafah Aikido yang menggunakan Ki dalaman dan Ki semula jadi bermaksud menggunakan kekuatan lawan untuk menumpaskan lawan. Semakin besar kekuatan lawan, maka semakin besar kekuatan yang boleh pengamal Aikido manfaatkan.

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang