Chapter 12 : Saat Bersama

54 13 2
                                    

Iruka mengetuk jari diatas meja guru berkali-kali. Dalam satu syarat gelisah. Sasuke di tempatnya merenung keluar tingkap mengabaikan segala-galanya. Dia seolah hidup di dunia ciptaan sendiri.

Sasuke masih tidak berpuas hati dengan latihannya bersama Iruka. Guru itu mula berkira-kira untuk mengajarnya latihan pemburu tetapi dia perlu mendapatkan kelulusan hokage dan Komander Oinin yang dia fikir itu sangat menyusahkan.

Jika diluluskan itu bermakna Sasuke akan ditarik menyertai kor pemburu dan dia tak mahu Sasuke terasa terpaksa untuk itu dan dia sangat tidak merestui perkara itu.

Iruka akui, dia mengalami masalah untuk menterjemahkan semua skrol milik Uchiha. Sejujurnya dia telah melakukan kesalahan dengan mempraktikkan ilmu tempur Uchiha tanpa kebenaran ketua klan walaupun secara amnya Sasuke adalah satu-satunya pewaris yang tinggal selain Itachi yang menghilangkan diri.

Atas sebab tertentu perkara itu telah jatuh di bawah tanggungjawab dan budi bicara hokage diatas harta warisan Uchiha. Dia tahu jika perkara ini diketahui. Dia akan berhadapan dengan Ibiki. Untuk memikirkan dia terpaksa bermalam di penjara T&I membuatkan tulang belakangnya menggigil hebat.

"Sasuke" Iruka memanggil tanpa berfikir. Dia sendiri terkejut dengan suaranya yang lantang menyebut nama anak itu dengan tiba-tiba.

Sasuke tidak berkata apa-apa. Hanya menoleh untuk membalas pandangan gurunya yang terganggu. "Umm.. Lepas kelas saya nak bercakap dengan awak sekejap"

Masing-masing mata tertumpu kepada gurunya. Tertanya-tanya apa yang guru mereka mahu daripada Uchiha itu. Tetapi tiada keberanian untuk menyoal. Tetapi Iruka perasan wajah cemberut Naruto, memberitahu Iruka mengapa hanya Sasuke sahaja.

Dua puluh minit berlalu. Iruka mengumpul semula kertas ujian lalu menyuruh mereka berkemas untuk pulang kerana waktu pembelajaran telah tamat.

Pada tahap itu Iruka mengabaikan segala gangguan dan bunyi bising akibat pergaduhan kecil antara pelajarnya. Dia hanya mahu mereka cepat pergi dan dia boleh bercakap dengan Sasuke.

Kelas itu kosong sepenuhnya setelah lima minit loceng tamat berbunyi. Sasuke berjalan dari tempatnya dan berdiri dihadapan Iruka yang sedang memasukkan segala alatan dan kertas dalam skrol penyimpanan.

"Awak tak ada rancangan selepas kelas kan?" Iruka bertanya jikalau anak itu tiba-tiba ada janji untuk berjumpa sesiapa walaupun dia tahu tidak mungkin itu akan berlaku.

"Tak" jawabnya ringkas, dingin, padat seperti selalu. Iruka mengeluh. Lalu menghulurkan tangannya untuk Sasuke setelah menyelit skrol penyimpanan dalam jaket flaknya.

"Saya akan bawa awak ke satu tempat"

Sasuke tidak berkata apa. Tetapi menyambut huluran tangan gurunya tanpa bantahan. Dalam sekelip mata mereka hilang dalam pusaran daun dan muncul di satu padang yang Sasuke tidak pernah tahu di mana tempat itu.

"Kita berada di luar tembok desa sekarang" Kata Iruka sebaik dia memastikan anak itu bebas dari loya dan gelora cakra kerana jutsu pengangkutan. Dia hampir rebah ketika mendarat. Nasib baik Iruka sempat menangkapnya.

"Ajar saya" berkerut dahi Iruka sambil menoleh kepada anak didiknya "jutsu yang baru awak gunakan. Ajar kepada saya" tekad Sasuke dia tersenyum.

"Saya akan, tetapi saya akan mengajar awak jutsu teleport yang paling asas. Apa yang kita lalui sebentar tadi adalah jutsu tingkat tinggi. Saya rasa belum sesuai untuk cakra awak."

"Tidak kisah, saya mahu tahu semuanya"

"Baik," Dia tersenyum lembut. "Tapi sebelum tu, ini adalah tempat latihan rahsia yang hanya diketahui oleh skuad ANBU dan Oinin. Hanya mereka yang punya akses untuk masuk" Terang Iruka.

Sharingan tanpa UchihaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang