BUNYI enjin jet pejuang itu meriuhkan suasana di Pangkalan Udara Gong Kedak. Dari bawah, mereka semua dapat lihat jet-jet pejuang itu berpusing-pusing di udara. Sebahagian mereka ada yang mengambil video dan sebahagian lagi mengamati pemandangan yang boleh dikatakan indah ini.
Syamiel tak melepaskan peluang untuk merakam momen ini. Memang salah satu kerjanya untuk merakam video apabila Adlan mengendalikan jet pejuang SU-30 MKM itu. Kata Adlan, untuk melihat prestasinya dari semasa ke semasa. Dari video itu, dia boleh memperbaiki apa yang patut diperbaiki. Untuk bayaran pula, Adlan akan belanja dia makan untuk sehari. Dari pagi sehingga malam. Jimat duit dia. Dengan itu, dia menerima 'kerja' tambahannya itu dengan rela hati.
Syamiel memandang sekeliling. Semuanya kagum dengan pertunjukan daripada Adlan dan beberapa juruterbang lain. Baru latihan pertama sudah gempak begini, apa lagi waktu LIMA nanti? Mahu tercabut rahang semua orang.
Latihan pertama sudah tamat. Syamiel menjalankan tugasnya sebagai jurutera yang ditugaskan untuk memeriksa jet-jet pejuang di sini. Telefon di berikan kepada Harraz yang sedang menepuk tangan, kagum dengan latihan yang berlangsung tadi. syamiel menolak dagu Harraz ke atas, menutup mulutnya yang terbuka luas. Nak bagi lalat masuk ke apa?
Seperti biasa, dia dan beberapa kru lain yang terlibat berlari-lari anak untuk menyambut para juruterbang yang sudah menyelesaikan latihan tadi. Dia berlari ke arah sahabatnya itu. Dia bersalaman dengan cara lelaki bersalaman lalu bahu Adlan ditepuk.
"Tahniah, kawan!" ucapnya dengan suara yang kuat. Mereka berdua berbalas senyuman.
"Eh, tadi tok abah kau ada telefon tapi aku tak angkat. Dua tiga kali juga dia telefon tapi seganlah aku nak angkat. Nanti dia ingat aku ni pencuri telefon kau pula. Nanti kau telefon dia semula," kongsinya. Terus dia pergi membuat kerja apabila Adlan hanya mengangguk kepalanya sekali.
Adlan berjalan menuju ke kawasan berbumbung bersama-sama dengan Mejar Zahrin. Rezekinya untuk kali ini, dia dapat membuat latihan dan persembahan untuk LIMA bersama mentornya ini. Apabila dapat tahu tentang ini, memang kembang semangkuk lah dia. Mereka berbual ringkas sewaktu berjalan ke tempat berbumbung itu. Bersembang berkenaan LIMA yang akan berlangsung pada tahun hadapan.
Tiba di kawasan berbumbung, Harraz terus menerpanya. Tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu. Dia hanya menerima pelukan itu dengan reda. Apabila dia menyuruh Harraz memeluk Mejar Zahrin, lelaki itu hanya menghadiahkan tabik hormat. Tak berani nak peluk Mejar Zahrin seperti memeluk dirinya tadi. Tak sempat nak peluk, kepala Harraz sudah hilang kerana diluku.
Akhirnya, Mejar Zahrin yang membawa lelaki muda itu ke dalam pelukannya. Tersipu-sipu malu Harraz dibuatnya. Habis satu mukanya bertukar menjadi merah.
Selepas mendapat telefonnya daripada Harraz, terus dia ke ruangan berpendingin hawa pula. Sut jututerbangnya sudah dibuka awal-awal. Penat nak bawa sut itu berkeliaran di sini. Sudahlah cuaca panas hari ini.
Aplikasi WhatsApp ditekan apabila dia terperasan akan mesej yang dihantar oleh Tan Sri Hamdan. Tan Sri Hamdan menghantar gambar perbualan Tan Sri Hamdan bersama cucu perempuannya, Adila. Terus jari Adlan menekan gambar itu untuk dimuat turun.
Perbualan mereka berkenaan perkara yang berlaku sekarang. Perbualan tentang perkenalan yang serius dan ingin menyambungnya dengan ikatan perkahwinan. Dalam perbualan itu, Adila bertanya tentang perkembangannya yang terkini. Balasan yang diberikan oleh Tan Sri Hamdan pula boleh tahan juga. Semuanya , 'tak tahu'. Sabar sajalah.
'Assalamualaikum, Adlan. Adlan masih tak mesej dia lagi ke?'
'Dia dah ugut tok abah dah ni. Dia kata kalau Adlan tak serius, dia tak nak mesej tok abah sebulan. Baik Adlan bincang apa yang patut dengan dia sekarang.'
YOU ARE READING
Dayana's
RomancePertemuan pertama dimulakan dengan pakaian sedondon yang akhirnya memunculkan spekulasi pelbagai pihak. "Eh, anak saudara Safiah yang doktor tu dah kahwin ke? Tak jemput kita pun." "Entahlah, tak tahu pula aku. Kenapa kau cakap macam itu? Perut do...
