🅸.🆀 -6

2.8K 91 8
                                        


Hari ini, Ivan menemani Amiya untuk membuat check up bayi di dalam kandungan Amiya. Setan OKU itu pun ikut sekali. Katanya mahu lindungi bayi daripada ancaman makhluk kecil seperti semut.

Amiya masuk ke dalam bilik bersama Ivan dan Ken. Amiya duduk di atas katil yang sudah tersedia disitu.

Doktor perempuan yang bernama Saleha memandang ke arah Ivan dan Ken. "Err, mana satu suami Cik Amiya?"

Ivan mengangkat sebelah tangannya. Ken pula hanya diam berdiri tegak di tepi dinding.

"Ouh okey. Encik yang berdiri di tepi dinding, boleh tak encik keluar daripada bilik ni?" Doktor Saleha menghalakan jari telunjuknya ke arah Pintu.

Ken masih tidak berganjak.

"Encik? Encik ada masalah pendengaran ke?" Doktor Saleha bertanya lagi dengan wajah dikawal supaya nampak tenang.

Ken masih diam membisu.

Amiya sudah menepuk dahi. Setan ni jangan sampai aku jadi singa.

"Encik. Saya ulang sekali lagi. Boleh tak kalau encik keluar? Ramai lagi dekat luar sana yang tengah tunggu untuk check up."

"Eh kau ni boleh tak kalau kau buat aje kerja kau? Aku berdiri sini aje pun! Bukannya aku bergayut dekat bahu kau pun!" Ken bersuara geram.

Doktor Saleha menghela nafas berat.

"Masalahnya encik tu takde kaitan dengan Cik Amiya!! Encik ni ada masalah mental ke?! Encik sila tunggu di luar! Nanti saya akan panggil encik untuk membuat pemeriksaan otak!" Doktor Saleha mendengus. Doktor Saleha menghampiri Ken lalu telinga Ken ditarik kuat.

Ken meraung kepedihan.

"IKUT SAYA KELUAR SEKARANG!" Doktor Saleha menarik telinga Ken sehingga tiba di pintu.

Ken ditolak kasar sehingga Ken terjelepuk di atas lantai. Orang ramai yang berada disitu sudah menelan air liur melihat sikap garang Doktor Saleha.

"TUNGGU DEKAT SINI!"

BAM!!!

Ken mencebik dan bangun berdiri tegak. Ken memandang ke arah manusia-manusia yang sedang memandangnya.

"APA?! NAK KENA RASUK KE?!"

Ken menengking kuat lalu Ken duduk di atas kerusi dengan dengusan kasar.

Acah je minah tu. Kau tunggu ye minah, suatu hari nanti kalau aku sudah berbini, aku tak akan bawa isteri aku check up dekat sini!

"Encik, ini tempat duduk suami saya."

Ken menjeling tajam wanita mengandung yang duduk disebelahnya. Wanita itu seperti berumur 29 atau 30.

"Mana suami kau?" Ken menyoal. Tiada masa mahu menggunakan bahasa sopan. Hatinya sedang menggelegak sekarang.

"Suami saya pergi ke kedai." Balas wanita itu lembut.

"So? Suka hati aku lah nak duduk sini. Ada nama suami kau ke dekat kerusi ni?" Ken menyoal kasar.

Wanita itu menggeleng. "Tetapi saya nak duduk sebelah suami saya. Saya taknak duduk sebelah encik."

"Eh apahal kau taknak duduk sebelah aku? Kau ingat aku ni setan ke?" Ken menyoal dengan nada masih kasar.

"Saya nak duduk sebelah suami saya." Wanita itu sudah mengalirkan air mata.

Ken Berkerut. "Kau ni dah nak jadi ibu orang pun masih cengeng. Kau ingat aku nak sangat ke duduk sebelah kau? Setakat perempuan macam kau ni, aku tak pandang pun lah!"

[OG] Ivan Qarl : obsessedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang