🅸.🆀 -22

1.2K 60 0
                                        

"Wuaagh! Cuaca yang sangat bagus untuk keluar berjoging!" Ujar Amiya dengan senyuman lebar. Amiya mengintai ke dalam rumah untuk mencari kelibat suaminya.

Terletus tawa Amiya apabila teringat kembali sewaktu dia mengejut Ivan yang sedang tidur. Amiya melompat-lompat di atas katil sewaktu Ivan masih nyenyak tidur. Minta maaflah wahai suamiku, kerana mengganggu hari cuti mu.

"Good morning, Ken!" Sapa Amiya riang ke arah Ken yang sedang baring di atas kerusi panjang yang berada di halaman rumah itu. Nah, siap ada tilam lagi di atas kerusi itu.

"Hurm." Jawab Ken malas dengan mata masih terpejam.

Amiya hanya menggelengkan kepala dengan senyuman kecil. Haih, kesian dia takde tempat tinggal. Amiya mengambil kasut yang berada di dalam almari.

"Kau buat apa ni?!" Berkerut kening Ivan sebaik sahaja dia keluar daripada rumah.

"Aku tengah tidurlah. Kau ada nampak aku tengah bertahlil ke?" Jawab Ken malas. Ngantuk masih menguasai dirinya.

"Maksud aku, kau tidur apa ni?! Apahal tidur dekat rumah aku?!" Lantang Ivan bersuara dengan reaksinya masih terkejut. Mana tak terkejutnya, siap tidur bertilam bagai!

"Tidur apa ni? Apa yang bengap sangat soalan kau ni, bro? Lepas kahwin otak kau terus jadi lembap ke?" Soal Ken sambil bangun daripada pembaringan. Dia menggeliat sekejap untuk meregangkan badan.

"Alah baby ni, biarlah dia tidur sini. Mesti dia kesunyian dekat rumah tu." Amiya cuba menyejukkan hati suaminya.

Ken sudah tersenyum menampakkan gigi. "Betul tu baby, maklumlah..ada orang tu tidur dengan bini." Perli Ken dengan anak mata memandang ke atas.

Ivan hanya menjeling tajam sebelum dia mengambil kasut di dalam almari. Ken yang memerhati, terus menyoal.

"Korang nak pergi mana ni?"

"Saya dengan Ivan nak--"

"Nak ikut!" Ken memotong percakapan Amiya sebelum dia turun dari kerusi besi panjang itu.

"Tak payah! Yang sorang ni pun dah macam terlepas daripada Zoo tahu tak?!" Laju Ivan membantah.

"Kau jangan risau, semonyet-monyet aku, monyet lagi bini kau tu." Ujar Ken selamba.

Amiya mengerutkan keningnya dengan mata terkebil-kebil. Aku ke?

"Kau takde kerja ke nak buat?" Soal Ivan menyampah.

"Aku tengah buat kerja lah ni."

"Kerja apa?" Soal Ivan.

"Kerja menatap wajahmu yang seperti bapak singa. BHAHAHAH!" Ken ketawa besar.

"AHAHAHHAH!" Amiya juga turut ketawa apabila dia berasa kata-kata Ken itu lucu.

"Suka, suka." Ivan mencerlung tajam ke arah isterinya. Tawa Amiya terus mati dengan bibirnya sudah digemam.

"Garang sangatlah baby tua ni. Aku tak peliklah nanti kalau korang dapat anak muka macam singa."

"Isy janganlah cakap macam tu! Hodohlah muka anak saya nanti!" Marah Amiya dengan wajah berkerut-kerut.

"Jadi, kalau kau nak anak yang kacak, kau perlu menatap wajah aku sewaktu kau mengandung nanti." Cadang Ken dengan kedua belah kening sudah terjongket-jongket. Senyuman lebar turut terukir.

Ivan hanya mengerutkan kening.

"Tak nak lah! Daripada saya tatap wajah encik, lebih baik saya tatap wajah monyet. Sebab muka encik dengan monyet takde beza pun. AHAHAHA!" Terbahak-bahak Amiya ketawa dengan lawaknya sendiri.

[OG] Ivan Qarl : obsessedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang