Pada pagi hari yang indah itu, Ivan memasukkan beg bagasi ke dalam bonet kereta. Hari ini, Ivan dan Amiya akan berpindah ke rumah mereka.
"Ivan, jangan lupa pesanan mama semalam." Datin Reeza memberi peringatan.
"Iye ma, Ivan ingat." Ujar Ivan dengan nada mendatar.
"Mama pesan apa?" Soal Amiya ingin tahu. Datin Reeza tersenyum sebelum mengusap kepala Amiya yang bertudung.
"Mama teringin nak ada cucu. Cepat-cepat bagi mama cucu tau?"
Pesanan Datin Reeza yang itu membuatkan senyuman Amiya melebar hingga ke telinga. Ting ting ting!
"Insha Allah, dalam masa terdekat ni." Selamba Amiya berkata dengan senyuman lebar itu. Ivan yang mendengar, sudah membulatkan mata.
"Kitorang pergi dulu lah, ma. Kirim salam dekat papa." Ivan bersalaman dengan Datin Reeza. Amiya juga turut salam dan memeluk tubuh mak mertuanya itu.
Selepas itu, mereka berdua membolos masuk ke dalam kereta Audi. Amiya membuka luas tingkap kereta. Apabila kereta Audi Ivan sudah bergerak keluar dari halaman rumah, Amiya mengeluarkan separuh badannya dari tingkap kereta itu.
"Bye, mama!! Your cucu will comingg!!" Jerit Amiya sambil melambaikan sebelah tangannya ke arah Datin Reeza yang sudah gelabah kerana tindakan Amiya itu sangat berbahaya.
"Jangan keluarkan kepala macam tu!! Ivan, tengok isteri kamu tu!!"
Kedengaran jeritan Datin Reeza selepas mereka keluar dari halaman rumah. Ivan sudah memicit dahinya dengan nafas dihela berat.
୨✿୧
Sebaik sahaja pintu sudah dibuka, bibir Amiya tersenyum lebar melihat dekorasi rumah dengan warna sejuk iaitu warna putih.
"Pandai baby pilih rumah untuk kita." Meleret senyuman Amiya dengan anak mata melirik ke arah Ivan.
"Kalau ikutkan hati, aku nak tidur dekat bus stop je. Tak payah nak berumah-rumah bagai." Ujar Ivan selamba.
Amiya menjongketkan bibir. "Elehh, macam lah baby selesa tidur dekat bus stop." Seloroh Amiya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu.
"Kalau ruang tamu pun dah luas macam ni, mesti bilik kita berdua lagi luas kan?" Soal Amiya dengan kening sudah terjongket-jongket.
"Heh, siapa kata kau boleh tidur sebilik dengan aku? Aku dah sediakan bilik khas untuk kau."
Berkerut kening Amiya. "Kenapa pula kita kena tidur asing? Kita suami isteri kan?" Amiya menyoal tidak puas hati.
"Kau dah lupa ke? Kita kahwin sebab terpaksa. Aku taknak mama aku kahwinkan aku dengan Kerrin. Sebab itu aku kahwin dengan kau." Ujar Ivan dengan mata dijegil.
Amiya mengerutkan hidungnya sebelum dia menggosok hidungnya. "Tapi anje tak terpaksa pun kahwin dengan baby." Ujar Amiya dengan mata terkedip-kedip.
Ivan menghela nafas dengan kepala tergeleng-geleng. Ivan mula membuka langkah menuju ke tangga itu. Amiya mengikut dari belakang.
"Eh, bilik kau bukan dekat atas." Ivan berhentikan langkah dan memusingkan tubuhnya menghadap Amiya.
Amiya mengerutkan kening sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Bilik kau..dekat dapur tu haa." Ujar Ivan sambil menunding jari ke arah dapur yang berhampiran ruang tamu.
Amiya melopongkan mulutnya. "Baby bagi anje tidur dekat dalam stor?!" Amiya menyoal tidak sangka.
Ivan menyilangkan tangannya ke dada sebelum dia mengangguk angkuh.
![](https://img.wattpad.com/cover/335409434-288-k888659.jpg)
YOU ARE READING
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Romance[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...