Ken, Adam, Lucas, Erfan, Liwiya dan Della melepak di ruang tamu. Mereka membiarkan dua pasangan itu bercintan-cintun di tingkat atas.
"Kita nak buat apa ni?" Soal Erfan bosan.
"Kakak kau tak marah ke kau lepak sini?" Soal Liwiya kepada Erfan. Erfan menggelengkan kepala tanda kakaknya yang bernama Syaria Erina itu tidak kisah.
"Hurm...apa kata kalau kita main teka-teki!" Cadang Della dengan senyuman lebar.
"Aku dengar kau bercakap pun aku dah bosan." Sampuk Ken sambil menguap tanda dia sudah bosan.
"Jom lah, guys. Takkan korang tak berani kut? Otak masing-masing lembap ke?" Kata Della selamba.
Terpinga-pinga Liwiya, Lucas dan Erfan memandang Della. Uihh, ayat takde tapis mat.
"Kau bagi lah soalan dulu." Arah Ken kepada Della.
"Korang dengar soalan ni betul-betul. Bukak telinga korang luas-luas. Kalau rasa macam ada benda tersumbat dekat dalam lubang telinga, korang pergi ambil vacum. Korang vacum telinga tu sampai hilang segala bulu telinga--"
Ken dan Adam sudah menghela nafas bosan. See? Dengar minah ni cakap pun dah buat telinga tantrum.
"Cepatlah bagi soalan! Kau nak main teka-teki ke, nak membebel?" Sembur Ken.
"Baiklah, soalannya berbunyi begini...benda apa yang kepala dipicit, perut digaru?"
Mereka berlima terpinga-pinga dengan otak ligat berfikir. Apa benda tu?
Della sudah tersenyum senget apabila mereka seperti tidak dapat menjawab teka-tekinya. Tak sia-sia dia mencari di google. Ho ho ho!
Erfan memicit kepalanya sebelum tangannya menggaru perut. Lucas yang melihat, hanya menggelengkan kepala. Dia buat demo dekat diri sendiri pulak dah.
"Hurry up! Takkan soalan simple macam tu pun korang tak boleh jawab? Come on, guys! Otak masing-masing sempit ke?"
"Otak sempit jangan main erh. Sensitif." Tegur Ken sambil memegang dadanya. Adam hanya mendiamkan diri di sebelah Ken. Otaknya juga ligat berfikir jawapan kepada soalan Della tadi.
"Aku tahu!" Liwiya bersuara kuat.
Mata masing-masing menumpu ke arah Liwiya. Menunggu jawapan yang akan dijawab Liwiya.
"Jawapannya...gitar!!"
"Betul!! Nampaknya Liwiya sorang aje lah yang otak berfungsi dengan normal. Satu ketul...dua ketul..tiga ketul...empat ketul...oh damn, empat ketul otak yang perlukan rawatan. So sad..." Della menjatuhkan bahunya dengan reaksi wajah simpati kerana otak mereka lembap.
"Ye ye je jawapan tu betul! Mana kau tahu gitar ada perut?" Ken bersuara tidak puas hati.
Della menggulingkan anak matanya. "I tahu lah!"
"Macam mana kau boleh tahu pula?" Soal Ken lagi tidak mahu kalah.
"Sebab gitar tu sepupu I !"
Jawapan daripada Della itu membuatkan mereka berlima mengerutkan kening.
"Sudahlah tu, apa kata Ken pula yang bagi soalan. Tengok macam bijak sangat." Perli Liwiya.
Ken menjongketkan keningnya. "Aku memang bijak. Tapi otak aku tengah tidur lah. Jadi aku tak dapat nak gunakan otak aku petang ni." Ujar Ken selamba.
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Romance[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...
![[OG] Ivan Qarl : obsessed](https://img.wattpad.com/cover/335409434-64-k888659.jpg)