"Goodmorning, mama!" Amiya menyapa dengan riang selepas dia masuk ke ruang dapur itu.
Datin Reeza yang sedang menyediakan makanan di atas meja, terus tersenyum melihat menantunya.
"Macam mana tidur malam tadi? Lena?" Soal Datin Reeza dengan kening sudah terjongket-jongket.
Amiya tersengih. "Lena! Bila dapat tidur dengan pujaan hati, fuhh! Rasa macam tak nak bangun dari tidur!" Ujar Amiya dengan bersungguh. Datin Reeza tergelak kecil.
"Morning." Dato' Evan pula masuk ke ruang dapur. Dato' Evan lengkap berkemeja di pagi hari.
"Assalamualaikum, papa. Papa sihat? Semalam Miya tak sempat nak berborak dengan papa." Amiya tersengih.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Miya macam mana pula? Pengsan semalam kan?"
"Alhamdulillah okey. Tadi siap lompat bintang dekat dalam bilik." Ujar Amiya bersahaja.
"Pembetulan. Atas katil." Ivan menyampuk sebaik sahaja dia masuk ke ruang dapur.
"Sama jelah tu. Katil tu dekat dalam bilik juga kan?" Berkerut kening Amiya. Ivan pula sudah menjeling tajam dengan kepala tergeleng-geleng. Tidurnya terganggu kerana Amiya sibuk melakukan senaman di atas katil itu.
"Hesy, macam-macam lah pengantin baru ni. Mari sini duduk, makan. Ivan harini cuti kan? Boleh lah luangkan masa dengan isteri." Kata Datin Reeza sambil menghulurkan cawan yang berisi air Teh O itu kepada Dato' Evan dan Ivan.
Amiya sudah memandang Ivan dengan kedua belah kening terjongket-jongket. Ivan mengerling reaksi Amiya itu dengan nafas dihembus.
"Mama, biar saya bubuhkan nasi goreng ni dekat Ivan." Pinta Amiya sebelum dia mengambil alih senduk itu.
Tersenyum Datin Reeza dengan anak mata memandang Ivan. Dia berasa bangga dengan anaknya kerana tidak salah memilih calon isteri.
Ivan yang melihat pandangan mamanya itu, hanya menggelengkan kepala sebelum dia menghirup air Teh O yang masih panas.
"Baby nak banyak ke sikit?"
"Uhuk! Uhuk!" Tersedak Ivan dengan panggilan Amiya itu. Dato' Evan dan Datin Reeza pula sudah memandang sesama sendiri dengan bibir tersenyum-senyum.
"Anje letak sikit aje lah dulu. Kalau baby nak lagi, baby cakap tau. Nanti anje tolong bubuhkan." Ujar Amiya dengan senyuman tidak bersalahnya itu.
Ivan masih terkelu dengan panggilan tersebut. Baby? Anje? Oh damn it! Aku ada salah cakap ke semalam?
"Makan lah banyak-banyak. Mama goreng banyak nasi ni." Ujar Datin Reeza dengan senyuman masih tidak lengkang di bibir.
୨✿୧
Amiya masuk ke dalam kereta Audi milik Ivan. Tengah hari tadi, Ivan menyuruhnya bersiap. Apabila Amiya bertanya mahu ke mana, Ivan hanya diam aje.
Kereta Audi itu mula keluar dari taman perumahan.
"Baby nak bawak anje pergi mana? Kita nak pergi dating ke?!" Soal Amiya dengan nada ceria. Melebar senyuman Amiya itu sejak dia sedang bersiap tadi.
"Siapa benarkan kau panggil aku baby ni?" Soal Ivan dengan reaksi benar-benar tidak suka dengan gelaran tersebut.
"Eh baby ni buat-buat tanya pula." Amiya menggigit kecil bawah bibirnya. Dia memukul manja bahu tegap Ivan itu.
Berkerut-kerut kening Ivan dengan sikap Amiya. "Kau jangan macam-macam. Aku tengah memandu ni. Jangan sampai aku tinggal kau dekat tepi jalan." Ivan memberi amaran dengan anak mata fokus memandang hadapan.
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Lãng mạn[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...
![[OG] Ivan Qarl : obsessed](https://img.wattpad.com/cover/335409434-64-k888659.jpg)