Lucas berhentikan keretanya di hadapan rumah sewa yang diduduki Erfan dan kakaknya, Erina.
Erfan yang dari tadi sudah menunggu di hadapan pintu pagar, dia terus membolos masuk ke dalam kereta milik Lucas itu.
"Amacam? Handsome tak aku?" Soal Erfan dengan kedua belah kening terjongket-jongket.
Adam dan Lucas menoleh ke tempat duduk belakang.
"Uihh! Handsome gila! Ini kalau tok kadi nampak, dia pun tak boleh beza mana satu pengantin, mana satu cleaner!" Puji Adam dengan nada berbaur perli.
Erfan yang menganggap pujian Adam itu ikhlas, terus tersengih suka. Lucas hanya menggelengkan kepala.
"Pakai seat belt. Aku nak gerak dah ni." Arah Lucas kepada Erfan.
"Dah tu? Gerak jelah. Ada kitorang tanya kau nak gerak ke tak?" Adam di sebelah bersuara selamba.
"Susah naik sekereta dengan anak monyet ni." Lucas bersuara dengan gigi diketap. Dia mula menekan pedal minyak.
"Liwiya dah sampai ke?" Soal Erfan.
"Minah tu entah-entah siap duduk atas pelamin lagi. Dia punya excited tu macam dia pula nak kahwin." Ujar Adam dengan anak mata memandang hadapan.
"Tapi tak sangka Amiya dah nak kahwin. Cepat betul dia dapat pujaan hati dia tu kan?" Kata Lucas tidak sangka.
"Yang kau sibuk ni kenapa? Biarlah dia nak kahwin bila pun. Dah jodoh dia sampai awal, dia kahwin awal. Orang single macam kau ni sepatutnya doa banyak-banyak semoga dapat jodoh cepat!"
Lucas mengerling tajam ke arah Adam.
"Lambat lagi ke nak sampai?" Soal Erfan pula.
"Ini lagi sorang. Kau nak cepat sampai, kau pergi berlari." Adam menghambur kata-katanya kepada Erfan pula.
Beberapa minit kemudian, Lucas berhentikan keretanya di tepi bus stop. Adam dan Erfan sudah mengerutkan kening.
"Mata kau ada masalah ke? Ini bus stop. Kau ada nampak dewan ke dekat sini?" Soal Adam dengan anak mata masih memandang bus stop yang kosong itu.
"Keluar." Arah Lucas dengan nada tegas. Dia tak boleh biarkan anak monyet duduk lama-lama dalam keretanya.
"Wha..what you mean?" Adam menoleh ke arah Lucas dengan kening berkerut.
"Keluar." Arah Lucas lagi dengan mata menjegil tajam.
Adam melepaskan tawa kecil. "Aku rasa kan, bro. Jodoh kau nanti mesti orang Korea. Apa nama dia tu? Park Channyeol?" Adam menyoal dengan reaksi tertanya-tanya. Jika melihat reaksi Adam sekarang ini, memang rasa mahu menumbuk muka yang pura-pura bertanya itu.
"Dia lelaki, Adam." Ujar Lucas dengan gigi diketap.
"Eh, bukan Park Channyeol! Ada tu haa lagi sorang.."
"Get out! Kau pergi majlis tu naik grab!" Halau Lucas dengan nada suara sudah meninggi.
"Fine!" Adam pula meninggikan suaranya. Dia mendengus geram.
"Setakat pergi dewan tu, aku boleh jalan kaki jelah!"
"Dah tu? Keluarlah." Halau Lucas.
Adam mendengus lagi. "I'm watching you! I'm watching you!" Adam membuat reaksi jarinya seperti 'I see you!'
Adam terus keluar daripada kereta sebelum dia menghempas kuat pintu kereta itu. Saja mahu tunjuk protes.
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Romance[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...
![[OG] Ivan Qarl : obsessed](https://img.wattpad.com/cover/335409434-64-k888659.jpg)