🅸.🆀 -18

1.7K 65 1
                                    


Amiya sudah menyediakan baju kemeja Ivan di atas katil. Sementara Ivan sedang membersihkan diri, Amiya mahu membuat sarapan dahulu.

Setibanya di dapur, Amiya memecahkan beberapa biji telur ke dalam mangkuk. Dia memasukkan pula garam ke dalam telur yang berada di dalam mangkuk itu.

Selepas itu dia menyediakan beberapa keping roti gardenia. Dia memanaskan pula minyak di dalam kuali.

Sambil memasak, mulut Amiya bernyanyi kecil. Lagu Tak Malu yang dinyanyikan oleh Farisha.

"Hari-hari ku lihat kamu...Jalan-jalan di depan aku...Namun tak pernah engkau pandang aku langsung." Sambil bernyanyi, dia meratakan mentega itu di atas roti gardenia.

"Siapalah ku di matanya...Aku hanya gadis biasa...Kau pula lelaki pujaan yang sempurna..." Tersenyum-senyum dia bernyanyi sambil tangannya lincah membuat kerja.

"Huuuuu..ku tersenyum sendiri..huu..buat tak peduli.."

Ivan masuk ke ruang dapur. Nyanyian kecil Amiya itu jelas kedengaran.

"Ku tak malu cintamu...Ku tak malu mahumu...Biar satu dunia yang tahu..Jantungku jantungku berdegup..."

Ivan berdiri di sebelah Amiya yang berada di hadapan kuali. Ivan menyandarkan belakang badannya di kabinet dapur itu.

"Berdegup berdegup selalu...Untukmu.." Nyanyian Amiya ditamatkan dengan kepalanya mendongak sedikit untuk memandang wajah kacak suaminya. Senyuman meleret terukir di bibir Amiya.

Dia agak terkejut dengan kehadiran suaminya yang secara tiba-tiba itu. Tetapi dia hanya melagak biasa.

"Orang tua-tua pesan, kalau menyanyi dekat dapur, nanti kahwin dengan orang tua." Ivan bersuara mendatar.

Amiya masih tersenyum-senyum. "Baby lah suami anje yang tua tuu." Ujar Amiya sebelum dia terkekek-kekek ketawa.

Ivan tersenyum senget sebelum dia memandang beberapa keping roti yang sudah diselaputi telur itu di dalam kuali.

"Kau buat apa ni?" Soal Ivan.

"Tengah sidai baju ni haa." Seloroh Amiya dengan nada selamba.

Ivan merenung Amiya dengan pandangan tajam. Ini kalau Ken yang ada dekat sebelah, memang aku dah sengkeh kepala.

Amiya tersengih. "Anje gurau aje lah. Anje tengah buat roti yang penuh dengan kasih sayang!" Ujar Amiya sebelum dia memberi flying kiss kepada Ivan.

Terjongket kening Ivan sebelum dia menggelengkan kepala. Ivan menghampiri meja makan sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

Apabila roti di dalam kuali itu sudah garing, Amiya meletakkan roti itu ke dalam pinggan. Roti itu dicubit sedikit sebelum dia menghampiri suaminya.

"Cubalah rasa." Amiya menghulurkan roti yang dicubit tadi ke arah Ivan. Baru sahaja Ivan mahu mengambil, Amiya menepis tangan Ivan.

"No..no..no.., mari sini anje suap. Nganga mulut...aaaaa.."

"Kau ingat aku budak kecil ke?" Berkerut kening Ivan melihat kelakuan Amiya yang tidak ubah seperti menyuap makanan kepada budak kecil.

Amiya tersengih. "Babykan baby anje, mestilah kena layan macam budak kecil!" Ujar Amiya dengan senyuman meleret.

Ivan menggelengkan kepalanya sebelum dia bangun daripada duduk.

"Aku dah lambat nak pergi kerja." Ujar Ivan mendatar.

[OG] Ivan Qarl : obsessedWhere stories live. Discover now