🅸.🆀 -24

1.4K 57 4
                                        


            TING! TONG!

Ivan hanya membiarkan loceng itu bergema. Dia tahu Ken sedang terpacak di hadapan rumahnya. Dia mengalih saluran TV itu dengan lagak biasa.

"Siapa yang datang tu?" Amiya muncul di ruang tamu.

"Toyol mana entah datang beraya." Ivan menjawab selamba. Matanya masih fokus memandang skrin televisyen.

"Toyol tu pun makhluk Allah juga. Kita kena lah layan dia dengan baik. Kesian toyol tu. Mesti dia dah penat tunggu dekat luar. Lagipun dekat luar tu panas. Dah lah dia kecik lagi. Lepastu nanti kalau dia pengsan dekat luar tu macam mana? Nanti kita tau yang kena bertanggungjawab."

Berkerut-kerut kening Ivan apabila mendengar bebelan Amiya itu. Kepalanya terus berpaling ke arah Amiya.

"Anje nak pergi buka pintu." Amiya melangkah menuju ke arah pintu.

"Jangan buka pintu!" Larang Ivan.

Amiya terus berhenti dari melangkah. Dia memandang Ivan dengan senyuman nakal terukir di bibir.

"Ken dekat luar ke?" Teka Amiya ingin tahu. Sebab selalunya Ken aje lah yang rajin datang ke rumah ini.

"Jangan buka pintu." Larang Ivan lagi sebelum dia bersandar di sofa. Matanya kembali tertumpu ke arah skrin televisyen.

"Kalau anje nak buka juga?" Amiya mula berloya buruk. Kakinya seperti berura-ura mahu melangkah ke pintu.

"Kalau nak buka juga..." Ivan mula bangun daripada duduk. Belum sempat kakinya membuka langkah, Amiya sudah berlari lintang-pukang menuju ke dapur.

Ivan mengerutkan kening. Dah apahal bini aku lari?

Dia kembali melabuhkan punggung di atas sofa.

Baby~ baby~ jangan-jangan tinggalkan aku~

Ivan mengeluh sebaik sahaja deringan telefonnya itu bergema. Dia terlupa mahu menukar ringtone itu. Ken lah yang memandai menukar ringtone callnya itu!

Ivan mengambil telefonnya yang berada di atas meja kecil yang berada di hadapannya. Nama Ken tentera di skrin telefon. Butang hijau digeser.

"Woi! Kau sengaja taknak buka pintu ni kan?!" Jerit Ken di dalam talian.

"Hah? Kau dekat mana tu?" Ivan berpura-pura menyoal.

"Kau tak payah nak tanya soalan mintak pelempang. Macam orang bodoh je bila kau tanya gitu." Perli Ken.

Ivan hanya mengherotkan bibir.

"Itu lah kau! Konon Si Adam tu akan datang, last-last kau yang tertunggu macam orang yang dah diperbodohkan." Ejek Ivan.

"Kejap, apa kena mengena hal tu dengan perbualan kita sekarang?" Soal Ken.

"Aku bukan apa. Aku cuma nak cakap...padan muka! Hahahah!" Galak Ivan ketawakan Ken. Semalam dia terlupa mahu mengejek Ken tentang hal itu.

Wajah Ken mula cemberut. "Aku manalah tahu yang dia takkan datang! Padahal dia dengan member dia tengah bergaduh kut. Cepat betul diorang berbaik semula." Ken menggulingkan anak mata tanda menyampah.

"Kau dah send ke gambar kek yang kau snap kelmarin?" Soal Ivan.

"Dah."

"Dia tengok dah ke?" Soal Ivan lagi.

"Woi! Kau sengaja nak sidai aku lama-lama dekat luar ni kan?!" Lantang Ken bersuara sambil menyepak tayar kereta Audi milik Ivan.

Ivan melepaskan tawa besar tanpa dia tahu tayar keretanya telah disepak oleh anak monyet.

[OG] Ivan Qarl : obsessedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang