🅸.🆀 -26

1.2K 52 0
                                        

Malam menjelma, Amiya turun tangga untuk menuju ke dapur. Sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu, berkerut keningnya melihat Ken masih duduk di atas sofa sambil menonton music video K-pop dari kumpulan Twice.

"I'm like TT...just like TT.." Ken bernyanyi kecil sambil membuat gaya tangan.

"Awak tak balik lagi, Ken?" Soal Amiya.

Terenjut bahu Ken apabila ditegur secara tiba-tiba. Ken terus berdehem sambil tangannya pantas menutup televisyen.

"Awak dah solat ke belum ni? Sekarang dah isya'." Soal Amiya.

"Aku dah solat dekat bilik tetamu tadi. Apa? Kau ingat aku tak reti solat?" Ken bersuara selamba.

"Saya takde cakap macam tu pun. Tapi kenapa awak tak balik lagi?" Soal Amiya lagi.

"Eh suka hati aku lah nak balik bila pun." Kata Ken selamba.

"Hesy, masalahnya awak dah ganggu privacy saya dengan suami saya." Ujar Amiya.

"Privacy lah sangat." Ken bersuara menyampah.

"Awak takkan faham sebab awak tak kahwin lagi." Ejek Amiya dengan senyuman.

Ken menggulingkan anak matanya. "Ini aku nak tanya sikit, bila anak dalam perut tu nak keluar? Aku bukan apa, cuma lepas dia keluar nanti, aku nak letak dia dalam kotak lepastu aku letak kat laut."

PAK!

"Aduh!" Ken menggosok kepalanya yang baru dipukul Ivan.

"Berani kau nak buang anak aku?!" Marah Ivan.

"Aku gurau je lah! Yang kau nak pukul kepala aku apahal?!" Marah Ken pula.

"Memang patut pun! Kau pergi lah balik rumah kau! Takde kerja ke nak lepak rumah orang?" Halau Ivan sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Ken.

"Tak nak." Balas Ken acuh tak acuh.

"Aku tak suruh kau buat pilihan. Aku nak kau keluar dari rumah ni." Tegas Ivan bersuara.

"Aku tak nak lah! Aku nak tidur sini!" Kata Ken dengan suara sedikit meninggi. Lagaknya tak ubah seperti budak-budak yang nakal.

Ivan mendengus sebelum dia meraup wajah. "Kau ada rumah sendiri kan?! Kau pergi lah tidur rumah kau!"

Ken berdecit sambil melentokkan kepalanya di atas bahu Ivan. "Aku bosan lah sorang-sorang dekat rumah." Ujar Ken sambil menguis-nguis lengan sasa Ivan.

Renungan ngeri Ivan itu hanya diabai Ken.

"Kau ajak lah Adam tidur rumah tu." Kata Ivan mendatar.

"Dia tu selek gila dengan aku! Kadang-kadang okey, kadang-kadang sombong! Geram aku nak cekik-cekik dia!" Ujar Ken dengan tangannya memicit-micit lengan Ivan. Konon tengah cekik leher Adam.

"Dia takut dengan awak lah tu." Sampuk Amiya yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Buat apa pula dia nak takut dengan aku? Setiap kali aku jumpa dia, aku tak pernah berkasar dengan dia tau!" Ujar Ken dengan nada bersungguh.

"Memang lah. Tapi cara awak tu..." Amiya sengaja menggantungkan ayatnya sambil menggelengkan kepala.

"Cara apa? Tak kasar ke? Takkan lah aku kena lempang dia setiap kali jumpa kut?" Berkerut kening Ken.

"Hesy bukan lah! Maksud saya, cara awak tu macam awak nak mengorat dia." Kata Amiya.

"Oh, so kau nak kata aku gay lah ni?" Terjongket kening Ken. Matanya tajam merenung Amiya.

[OG] Ivan Qarl : obsessedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang