"Apa yang awak tenungkan tu, Reeza?" Teguran Dato' Evan itu membuatkan bahu Datin Reeza terhinjut.
Datin Reeza mengalih pandangan memandang suaminya. Dato' Evan melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan isterinya.
"Abang ni, terkejut saya. Nasib baiklah saya ni takde penyakit jantung." Ujar Datin Reeza sambil mengusap dadanya.
"Hurmm, awak fikirkan apa tadi? Jauh betul termenungnya." Dato' Evan tanya lagi.
Datin Reeza mengeluh kecil. "Anak teruna kita tu lah, bang. Apa yang susah sangat nak bawakkan menantu untuk kita?" Adu Datin Reeza dengan kening berkerut-kerut.
Dato' Evan menyandarkan badannya di sofa itu. Dia memandang skrin televisyen yang gelap itu. Dia alihkan pula pandangan ke arah karpet.
"Hesy, abang! Abang dengar tak apa yang saya cakap ni?!" Suara nyaring Datin Reeza mula bergema di segenap ruang tamu itu. Tangannya pula laju mencubit lengan Dato' Evan.
"Aduh!" Dato' Evan mengusap lengannya yang baru dicubit oleh isterinya. Cubitan isterinya memang paling menyengat!
"Ye..ye..abang dengar. Alah biasalah tu, yang. Dia mestilah nak cari yang berkenan. Kita bagi masa sikit dekat anak kita tu. Umur dia baru 27 tahun, yang." Kata Dato' Evan dengan tenang.
Datin Reeza mendengus tidak puas hati. "Sepatutnya sekarang kita dah boleh dapat cucu tau, bang! Umur kita ni makin meningkat, bukannya makin menurun! Macam mana kalau kita tak sempat nak tengok cucu kita?" Bebel Datin Reeza.
"Habistu takkan kita nak paksa anak kita kahwin? Girlfriend pun dia takde. Dia nak kahwin dengan siapa kalau girlfriend pun takde?" Pintas Dato' Evan dengan sebelah kening menjongket.
"Alah, ex dia tu ada. Saya ingat nak kahwinkan aje Kerrin tu dengan anak kita. Kerrin pun ada kata dekat saya yang dia masih cintakan Ivan." Dalih Datin Reeza.
"Kalau Kerrin masih cintakan Ivan, kenapa pula mereka putus? Awak tak tanya anak kita kenapa dia putuskan hubungan dengan Kerrin?" Soal Dato' Evan dengan reaksi tertanya-tanya. Hubungan Ivan dan Kerrin sudah lama putus, apa sebabnya..dia sendiri pun tidak tahu.
"Saya dah tanya lah, bang. Tapi anak kita masih berkeras tak nak bagitahu. Bila saya tanya Kerrin, Kerrin hanya menangis. Nampak sangat Kerrin tu tengah kecewa kan, bang?"
Dato' Evan pula menghela nafas kecil. "Saya ikut aje siapa pilihan dia. Tapi kalau boleh, saya nak menantu yang pandai jaga auratnya." Pinta Dato' Evan.
"Jadi, abang tak suka lah kalau Kerrin jadi menantu kita?" Terjongket sebelah kening Datin Reeza.
"Dia masih boleh perbaiki diri dia. Cuma cepat atau lambat aje, bang. Entah-entah lepas kahwin dengan Ivan, dia terus menutup aurat dengan sempurna. Tak ke gitu, bang?" Datin Reeza menyambung lagi percakapannya.
"Harap-harap begitulah." Balas Dato' Evan.
"Assalamualaikum! Auntie! Kerrin datang ni!" Laungan daripada luar itu membuatkan Datin Reeza tersenyum lebar.
"Haa panjang umur bakal menantu kita." Reeza memandang Dato' Evan dengan keningnya sudah terjongket-jongket.
Datin Reeza bangun daripada duduk lalu menuju ke pintu utama untuk menyambut kedatangan Kerrin.
Kerrin menunggu di hadapan pintu utama sebaik sahaja dia sudah masuk ke halaman rumah melalui pintu pagar kecil yang bersebelahan dengan pintu pagar besar itu.

YOU ARE READING
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Romance[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...