"Hachumm!!" Dia menutup mulut apabila terbersin. Dia menuju ke dapur untuk makan ubat panadol.
Sedang lena dia tidur tadi, tiba-tiba dia tidak sedap badan. Dan bermula daripada situ lah dia asyik terbersin.
"Aku demam ke?" Amiya menyoal diri sendiri sambil mengambil ubat panadol yang berada di dalam kabinet di bahagian atas.
Gelas diambil lalu dia meletakkan air Coway ke dalam gelas tersebut.
Dia memasukkan dua biji panadol ke dalam mulut sebelum dia meneguk air supaya ubat itu dapat ditelan dengan mudah.
Sedang dia meneguk air, anak matanya terpandang ke arah satu kepala yang sedang mengintai di sebalik dinding.
BUSHH!!
"Uhuk! Uhuk!" Terbatuk-batuk dia sambil memegang dada. Nasib ubat tadi sudah ditelan. Kalau tidak, mati tercekik dia di sini.
"Kau okey tak ni?!" Laju Ivan menghampiri Amiya. Belakang badan Amiya ditepuk-tepuk.
"Lain kali minum elok-elok! Kalau tercekik ubat tu nanti macam mana? Kau ni memang clumsy lah." Bebel Ivan dengan tangan masih tidak henti menepuk-nepuk belakang badan Amiya.
"Nak kata anje clumsy pula, yang kepala baby terjegul dekat dinding tu kenapa?! Nak jadi penanggal pula?" Marah Amiya dengan reaksi cemberut.
Tidak lama kemudian, bibirnya menguntum senyuman. Wajah cemberut itu digantikan dengan wajah seperti orang bahagia. Nampak gila bukan?
"Kau dah kenapa senyum-senyum ni?" Soal Ivan dengan kening berkerut. Aku ada tersasul panggil dia sayang ke tadi?
"Baby sebenarnya intai anje kan?" Soal Amiya dengan senyuman meleret. Kedua belah keningnya ikut berjoget.
Ivan terkelu. "Tadi kau tak sihat kan? Sekarang dah sihat? Kalau macam tu bagus lah. Aku masuk bilik dulu." Tergesa-gesa Ivan mengatur langkah keluar daripada ruang dapur itu.
Amiya terkekek-kekek ketawa. Dia membasuh gelas yang digunakan tadi. Selepas itu, dia terus menuju ke tingkat atas.
Dia melihat suaminya yang sudah memejamkan mata. Dah tidur mungkin.
Amiya membaringkan tubuhnya di sebelah Ivan. Ivan pula baring mengiring menghadap Amiya.
Amiya memandang siling dengan mata terkebil-kebil.
"Kau tidur memang menghadap atas ke?"
Kening Amiya berkerut dengan soalan yang secara tiba-tiba itu. Kepala Amiya terus menoleh menghadap Ivan yang sudah membuka mata.
"Tidur menghadap aku. Mana lah tahu kalau mulut kau tiba-tiba berbuih ke waktu tengah tidur. Senang sikit aku nak nampak."
Kepala yang tidak gatal, digaru. Apa yang suami aku merepek ni?
Tanpa berlengahkan masa, dia mengubah posisi baring menghadap suaminya.
Mata mereka bertentangan.
"Apa yang membuatkan kau nak kahwin dengan aku?"
Amiya terkelu. Kenapa dia tiba-tiba menyoal soalan begitu?
"Soalan aku susah sangat ke?" Soal Ivan lagi. Pandangannya hanya tenang aje.
"Sebab...cinta?" Jawab Amiya.
Ivan pula mendiamkan diri. Mata mereka masih tidak lepas daripada memandang antara satu sama lain.
"Kenapa nama kau takde Nur?"
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Romance[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...
![[OG] Ivan Qarl : obsessed](https://img.wattpad.com/cover/335409434-64-k888659.jpg)