🅸.🆀 -9 [The new beginning]

2.7K 97 3
                                        

PIIINNNN!

"Amiya!!" Liwiya pantas menarik lengan Amiya dan menyebabkan tubuh Amiya terlentang ke belakang lalu Amiya terjelepuk di atas jalan tar.

Amiya mengaduh sakit apabila punggungnya terasa pedih.

Ivan Qarl yang berada di dalam kereta Audi itu, terus keluar dari kereta lalu menghampiri Amiya.

"Maaf, kau okey?" Ivan Qarl menyoal risau dengan anak matanya memandang wajah Amiya. Muka tu macam sakit sangat je. Aku ada langgar dia ke? Rasanya tak sempat nak langgar.

Amiya mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah lelaki yang hampir mahu melanggarnya tadi.

Serta merta mata Amiya membulat memandang wajah lelaki itu.

"A..abang?" Amiya menyoal dengan kening berkerut. Ya Allah! Adakah ini memang benar Ivan?! Suami aku?!

Lelaki itu berkerut tidak faham. "Siapa abang kau?" Soal lelaki itu dengan nada dingin. Tiba-tiba sahaja wanita asing menggelarkan dirinya, abang.

Amiya terkebil-kebil memandang lelaki itu. Amiya baru teringat akan mimpinya petang tadi. Amiya bermimpi yang dia berkahwin dengan hantu. Tetapi bukan hantu yang berwajah dipenuhi darah!

Wajah hantu yang Amiya bermimpi petang tadi, sangat kacak! Dan muka hantu tu sebijik macam lelaki yang berada di hadapannya ini!

Ye Amiya tahu, mimpinya sangat pelik! Berkahwin dengan hantu? Itu memang perbuatan yang gila! Dah nama pun mimpi. Mestilah pelik!

"Psst Amiya. Selesa sangat ke jalan tar ni sampaikan kau tak bangun-bangun? Siap duduk bersila lagi." Liwiya berbisik kepada Amiya yang masih duduk di atas jalan tar.

Amiya memandang Liwiya dengan mata terkebil-kebil. Duduk bersila?

Amiya menunduk pula memandang kakinya. Eh? Bila masa pula aku duduk bersila?

Amiya dengan pantas bangun dari duduk bersila lalu berdiri tegak di hadapan lelaki tinggi lampai itu. Amiya mengukir sengihan.

Ivan hanya memandang Amiya dengan reaksi wajah mendatar. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Maaf ye encik, kawan saya ni dia memang peminat setia jalan tar." Liwiya berkata kepada Ivan dengan sengihan.

Amiya memandang Liwiya dengan mulut ternganga. Sejak bila pula aku peminat jalan tar?! Ada juga aku tonyoh muka minah ni dekat atas jalan tar!

"Oh. It's okey." Balas Ivan dengan nada mendatar.

"WOI!! TAK RETI NAK MASUK KE?!"

Terangkat bahu Amiya dan Liwiya apabila dijerkah Adam Niyaz. Kepala Ivan pula terus berpaling ke arah suara yang kuat itu.

"Ish dia ni! Tak malu ke menjerit depan kedai orang? Dah lah menjerit macam orang gila!" Bebel Liwiya dengan kepalanya tergeleng-geleng.

"Jom lah kita pergi. Kesian diorang dah tunggu kita lama." Amiya bersuara sebelum dia memandang wajah Ivan dengan senyuman.

"Kami pergi dulu ye, encik." Amiya berkata sopan lalu dia terus menarik lengan Liwiya. Sempat lagi Liwiya melambaikan tangannya ke arah Ivan. Ivan hanya memandang mereka berdua dengan reaksi biasa.

BABY~ BABY~ JANGAN-JANGAN TINGGALKAN AKU~

Ivan Qarl meraba-raba poket seluarnya sebelum dia mengeluarkan telefon canggihnya yang berdering.

Memang nak kena Ken ni! Masa bila pula dia tukar ringtone call aku? Tadi dekat pejabat aku dah sorokkan telefon aku dekat dalam tong sampah! Macam mana dia boleh jumpa?

[OG] Ivan Qarl : obsessedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang