Beberapa hari sudah berlalu, Amiya sudah sihat daripada demam selepas mendapat fakehope daripada suaminya. Della pula sudah pulang ke London. Entah apa yang rajin sangat dia ulang-alik dari Malaysia ke London.
"Kenapa jadi macam tu? Bukan diorang rapat ke?" Soal Amiya kepada Liwiya yang berada di dalam talian.
Liwiya baru sahaja bercerita tentang masalah Adam dan Lucas. Lucas memberitahu Liwiya yang Adam langsung tidak menegurnya. Adam juga pernah tidak pulang ke rumah.
"Adam ada masalah ke? Kalau ada, mesti dia akan cerita masalah dia dekat Lucas." Amiya masih tertanya-tanya sendiri.
"Aku pun tak tahu lah. Aku ada Whatsapp Adam. Tapi dia tak balas pun. Adam dah berubah ke wey? Macam mana kalau dia tak balik seharian sebab dia tidur dekat kelab?"
"Hesy, kau ni! Takkan lah Adam macam tu? Walaupun perangai dia menyakitkan hati, tak pernah lagi dia berfoya-foya dekat sana." Amiya membantah dengan tekaan Liwiya itu.
"Sebab tu aku syak yang dia dah berubah." Liwiya masih dengan pemikiran yang tidak masuk akalnya itu.
"Kita bagi aje dulu dia masa untuk bersendirian. Mungkin masalah dia tu berat sangat. Kalau sudah tiba masanya untuk dia buka cerita, dia akan cerita juga masalah dia dekat kita. Sekurang-kurangnya dia cerita dekat Lucas. Sebab diorang memang rapat."
Liwiya hanya setuju aje. Lagipun tidak boleh memaksa Adam untuk dia membuka cerita.
"By the way, kalau aku call ni mengganggu kau, aku minta maaf lah." Ujar Liwiya.
"Tak payah minta maaf, aku takde buat apa-apa pun ni. Aku baru je lepas kemas rumah tadi. Sementara tunggu suami aku balik, aku berehat lah kejap dekat ruang tamu ni."
"Ouuuh, okey lah kalau macam tu. Aku tutup call dulu. Bye!"
"Bye, assalamualaikum." Amiya terus menamatkan panggilan apabila Liwiya sudah menjawab salam.
Kepala Amiya terus menoleh ke arah pintu utama yang baru dibuka oleh Ivan.
Ivan menutup kembali pintu itu. Butang baju kemejanya itu dibuka untuk menghilangkan rasa bahang.
Amiya hanya memerhati kelakuan suaminya.
"Baby dah makan?" Soal Amiya apabila Ivan berjalan di hadapannya.
"Belum." Jawab Ivan mendatar sambil dia menguak rambutnya yang terjuntai itu.
"Kau pergi sediakan makanan. Anak monyet tengah on the way tu." Arah Ivan.
Berkerut kening Amiya. Anak monyet?
"Anje nak kena masak banyak-banyak ke?" Soal Amiya.
"Kau sediakan pisang pun dah okey. Spesies monyet, mestilah makan pisang kan?"
Terkebil-kebil mata Amiya. Otaknya sedang memproses.
"Kau tunggu apa lagi? Pergilah sediakan makanan." Ivan bersuara mendatar sebelum dia mengalih rancangan di TV itu.
"Heeyy, anje belum habis lagi tengok cerita Running Man tu."
"Ni TV aku. Suka hati aku lah nak alih saluran apa pun." Ujar Ivan selamba sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa yang berlainan.
Amiya mencebik sebelum dia bangun dari duduk. "Dasar keturunan singa!" Omel Amiya dengan nada menahan geram.
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Lãng mạn[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...
![[OG] Ivan Qarl : obsessed](https://img.wattpad.com/cover/335409434-64-k888659.jpg)