🅸.🆀 -23

1.3K 61 3
                                        



"ADAM NIYAZ!!" Lantang Lucas bersuara dengan kakinya laju menuruni tangga. Reaksi wajahnya bengis menahan marah.

Sesampai sahaja di ruang tamu, anak matanya memandang ke arah Erfan yang sedang duduk bersila di atas lantai. Lucas langsung tidak pelik dengan kelakuan Erfan itu kerana dia sudah terbiasa hidup dengan manusia pelik. Contohnya, Adam.

"Mana anak monyet tu?!" Keras nada suara Lucas.

Erfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bayangkan aje lah monyet tengah garu kepala. Sebijik dah tu.

"Kau ada bela anak monyet ke?" Soal Erfan yang sedang berpura-pura itu. Lakonan reaksi wajahnya itu sangat padu!

"Aku takde masa nak main-main dengan kau. Sekarang ni, lebih baik kau bagitahu aku! Mana dia?!" Suara Lucas bergema di segenap ruang tamu itu.

Erfan menelan air liurnya. Lucas kalau marah, hantu pun boleh takut.

"Sabar..sabar. Pada hari Sabtu yang indah ini, kita perlu banyak bersabar. Sesungguhnya orang yang bersabar adalah orang yang kuat. Berdoalah kepada Allah supaya kita dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi...AAGH!"

Sebelah telinga Erfan sudah ditarik kuat oleh Lucas. "Soalan aku satu je, mana Adam?!" Keras nada suara Lucas. Matanya juga merenung tajam wajah Erfan.

Erfan tidak henti menelan air liurnya. Kalau Lucas ini seorang mafia, pasti musuhnya akan berasa gerun. Bergetar tulang rusuk.

"Dekat dapur! Aaghh sakit! Lepaslah!"

Lucas terus melepaskan telinga Erfan. Habis merah telinga itu dikerjakan Lucas. Erfan menggosok telinganya dengan reaksi berkerut-kerut menahan pedih.

Lucas menuju ke ruang dapur dengan marah masih menguasai diri. Perbuatan Adam itu sungguh melampau baginya. Bukannya sekali, tetapi sudah berkali-kali dia kena hadap pelbagai masalah yang dilakukan anak monyet itu.

"Adam Niyaz, lebih baik kau keluar sebelum aku yang jumpa kau." Lucas bersuara dengan gigi diketap. Dia tahu Adam pasti menyorok di ruangan dapur yang luas itu.

Erfan hanya mengintai disebalik dinding.

"Kau tahu kan apa kesalahan kau? Aku dah lama bersabar dengan kau. Lebih baik kau keluar sekarang sebelum aku kira sampai tiga." Lucas masih mengawal nada suaranya.

"Aku nak join kira!" Erfan terus berdiri di sebelah Lucas.

"Satu!" Lucas mula mengira.

"Dua!!" Sambung Erfan dengan senyuman lebar. Lah, happy betul.

Kaki Lucas perlahan-lahan melangkah menghampiri kabinet dapur. Dia tahu di mana keberadaan Adam.

"Tiga!!" Serentak itu dia membuka kabinet dapur.

"AAGHH!" Jerit Adam.

"AAGHH!" Jerit Erfan pula.

"Sini kau!!" Tangan Lucas pantas menyambar telinga Adam. Adam diseret keluar daripada kabinet dapur itu.

"Sakitlah! Slow-slow lah sikit! Terputus telinga aku ni kang!" Jerit Adam dengan sebelah tangannya menepuk-nepuk tangan Lucas yang menarik telinganya.

"Biarkan putus!!"

"Nanti kalau aku pekak macam mana?!"

Erfan yang hanya menjadi pendengar terus menekup mulut dengan reaksi wajah menahan sedih.

[OG] Ivan Qarl : obsessedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang