Beberapa hari kemudian, hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Amiya, Liwiya, Lucas dan Erfan akan menyambut hari jadi Adam di tasik.
Liwiya, Lucas dan Erfan sudah berada di tasik, mereka sedang menghias party hari jadi Adam.
Amiya masih belum keluar rumah kerana mahu menyediakan makan petang untuk suaminya sebelum dia keluar.
"Kau dah sampai? Nanti aku keluar. Kau tunggu lah kejap. Tak sabar-sabar."
Amiya yang sedang menyediakan makan petang di atas meja, terus memandang Ivan yang baru melangkah masuk ke dapur.
Ivan menyimpan telefonnya di dalam kocek seluar. Dia memandang Amiya sekilas sebelum anak matanya beralih ke arah nugget dan kentang goreng yang tersedia di atas meja.
"Harini bukan kau nak keluar ke?" Soal Ivan dengan kening berkerut. Sambil dia menyoal, kakinya menghampiri kabinet untuk mengambil gelas.
"Memang anje nak keluar harini, tapi anje nak sediakan makanan untuk baby dulu. Nanti anje sedap-sedap makan dekat luar, baby pula kebulur dekat rumah." Ujar Amiya dengan anak mata tidak lepas dari memandang Ivan yang sedang membelakanginya.
"Aku makan dekat luar harini." Ujar Ivan sebelum dia meneguk air kosong yang baru dituang.
"Lah, takpayah susah-susah makan dekat luar. Makan aje lah nugget dan kentang ni. Ke baby nak makan makanan lain?" Soal Amiya ingin tahu.
"Aku makan dengan Ken. Harini birthday dia."
Amiya terus menekup mulut. "Birthday dia sama dengan Adam lah! Boleh lah kita sambut birthday diorang sama-sama!" Amiya bersuara teruja.
Ivan terus memberi jelingan tajam.
"Apa kau ingat diorang bestfriend ke nak sambut sama-sama bagai?" Ivan menjongket sebelah keningnya.
"Tapi baru lah meriah! Kesian Ken, mesti birthday dia sunyi aje nanti. Yelah, baby bukannya nak surprisekan dia pun." Sindir Amiya dengan reaksi wajah disedihkan.
Ivan menggulingkan anak mata tanda menyampah. Nak kesian-kesian pula.
"Kalau macam tu nanti kita makan nugget dan kentang ni sama-sama. Saya nak masuk bilik kejap, nak bersiap." Pamit Amiya sebelum dia menghilangkan diri.
Ivan juga sudah melangkah keluar dari dapur. Dia menuju ke pintu utama untuk keluar dari rumah.
Kereta Ken sudah terparking di hadapan rumahnya. Ivan menutup pintu sebelum dia menghampiri kereta Ken.
"Kau dah kenapa bersiap lama sangat? Bini kau nak kena makeupkan kau dulu ke?" Soal Ken sebaik sahaja Ivan sudah masuk di bahagian penumpang.
"Bising lah kau." Ivan menjeling tajam.
"Aihh, badmood nampak. Kau ni happy lah sikit. Harini birthday aku kut." Ujar Ken sebelum dia mula memandu.
"Harini birthday kau, bukan birthday aku. Buat apa aku nak happy?" Gurau Ivan dengan kening dijongket.
Ken memandang Ivan sekilas sebelum dia kembali memandang hadapan. Mulutnya hanya terkunci rapat.
Ivan berpaling ke arah Ken.
"Diam je? Dah kenapa kau tiba-tiba cepat koyak ni?"
Ken berdecit geram.
ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Любовные романы[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...
![[OG] Ivan Qarl : obsessed](https://img.wattpad.com/cover/335409434-64-k888659.jpg)