Ken Callisto memparkingkan kereta Audinya di hadapan tandas awam petronas. Ken melihat wajahnya di cermin pandang belakang. Ken tersenyum senget kerana wajahnya terlampau kacak. Ken mematikan enjin kereta sambil bernyanyi lagu Hambamu."Sekiranya takdir menguji...cekalkan lah hasrat di hati...semogaa..kesusahan bisaa...mengajar erti terus asa.." Ken bernyanyi sambil keluar dari kereta. Ken menuju ke tandas awam sambil bernyanyi lagi.
"Usaha dengan doa..masanya akan tibaa.." Penuh bersungguh Ken bernyanyi sambil memegang dadanya seperti menghayati nyanyiannya.
"Dengan restu ilahi..kelak pasti akan ditempuhiii!!..." Jerit Ken di hadapan tandas lelaki itu. Seorang lelaki yang baru sahaja mahu keluar daripada tandas itu, terus terangkat bahunya akibat terkejut.
"Woy!" Jerkah lelaki itu.
"Woy!" Ken termelatah kerana terkejut dengan jerkahan yang tiba-tiba itu.
"Kau salah lirik, bro." Tegur Adam sambil menyandarkan belakang tubuhnya di dinding tepi pintu tandas lelaki. Ken mengerutkan keningnya.
"Kau dengar sini aku nyanyi." Adam mula berdehem sambil menggenggamkan tangannya seolah-olah Adam sedang memegang mikrofon. Ken hanya menanti dengan penuh minat.
"Usaha dengan doa..masanya akan tibaa..Dengan restu ilahi..kelak pasti akan di temuiiii..." Adam bernyanyi dengan bersungguh. Ken sudah tersenyum lebar lalu Ken dan Adam mula bernyanyi berduaan di hadapan tandas lelaki itu.
"Suluhkan cahaya di hati terangi..Allah!"
"Tunjukkan jalan seandainya hilang...Allah!"
"Tegakkan perjalanan yang bakal di tempuh! Tegakkan semangat bila runtuhh!" Penuh bersemangat mereka menyanyi tanpa menghiraukan pandangan beberapa orang yang keluar masuk tandas.
"Sekiranya di sisi mu ku berserah! Terima lah kuuuu...hamba mu Allahhh..."
"Woy! Tepi lah! Aku tak tahan nak membuang ni!" Jerkah seorang lelaki yang berbadan gempal. Ken dan Adam mengalih pandangan ke arah lelaki yang sedang terliuk-liuk seperti tidak tahan mahu membuang air kecil.
"Itu lah, badan besar sangat." Perli Ken lalu dia berganjak sedikit ke tepi supaya lelaki bertubuh gempal itu dapat masuk ke dalam tandas.
"Eh, kau jangan nak hina-hina badan comel aku erh? Mama aku kata, badan gemuk macam aku ni, ramai awek minat." Kata lelaki itu dengan jari ditunding di hadapan wajah Ken. Tetapi lelaki itu perlu mendongak sedikit untuk melihat Ken yang tinggi lampai itu.
"Eh kau pergi lah masuk tandas! Tiba-tiba aku terbau hancing lah. Kau terkencing dalam seluar erhh?!" Ken menyoal sambil menjegilkan matanya ke arah lelaki gempal itu.
Lelaki itu tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adam sudah ternganga.
"Peeghh walaweii! Kau ni budak kecil ke hah?! Budak kecil pun pandai membuang di dalam tandas! Eh, waktu aku kecil dulu, aku tak pernah kencing dalam seluar tau! Haa ini kau dah besar, masih kencing dalam seluar?" Ken sudah mula membebel sambil mencekak pinggang.
Tergeleng-geleng kepala Adam seolah-olah Adam kecewa dengan lelaki itu kerana kencing di dalam seluar.
"Aku tak tahan lah!! Siapa suruh kau tercegat dekat depan tandas ni?! Lepastu siap bernasyid lagi depan tandas!" Marah lelaki gempal itu. Ken menjongketkan sebelah keningnya.
"Ouh, so kau nak salahkan aku lah sekarang ni?" Ken menyoal dingin. Lelaki gempal itu sudah menelan air liur kerana takut dengan sikap dingin Ken. Adam pula turut menjongket sebelah keningnya ke arah lelaki gempal itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Ivan Qarl : obsessed
Romance[ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] ୨୧ Sebuah mimpi yang dianggap realiti.. "Kenapa awak culik saya?" -𝐀𝐌𝐈𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 "Bila masa aku culik kau? Aku pinjam aje." -𝐈𝐕𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐑𝐋 Sebuah realiti yang mengelirukannya.. "Aa..aba...