BAB 1

160 5 0
                                    

Laptop miliknya dipenuhi kod-kod berwarna hijau dipandang lama. Dihadapannya terdapat lapan pc digunakan untuk kerjanya.

"Irah kau taknak tolong padamkan security dekat rumah ni ke berapa lama aku nak tunggu" kedengaran suara Adam di sebalik earpice yang dipakai.

"Dah lama buat" bau makanan yang menerjah masuk ke dalam rongga hidung membuatkan dia hampir hilang tumpuan.

"Irah nah makanan sikit kau tak makan dari semalam kan" Semangkuk ramen, beberapa plastik biskut dan sebotol air mineral diletakkan di atas meja.

"Kimak betul az ni kenapalah kita tak duduk position diorang boleh santai gak" Syafiq merengus. Perutnya meminta isi makanan. Tidak sempat dia mahu sarapan sudah diheret untuk menyelesaikan misi.

"Diam la fiq fokus our mission" marah Claryna pula. Syafiq mencebik.

Muazyn duduk disofa yang membelakangi Nadirah. Diperhatikan sahaja kod-kod hijau itu. Kentang goreng McDonald disuap ke dalam mulutnya.

"Az..." Shahril menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik yang diguna pakai oleh Nadirah sahaja.

Muaz mengangkat keningnya menandakan apa dia.

"Ada task untuk kau Dato Cris bagi tadi" Muaz terus keluar untuk ke bilik peribadinya. Giliran Shahril pula memerhatikan Nadirah.

"Nad kau makan kerja jalan tak kang mampos tiga orang tu lak" tegurannya umpama ditiup angin. Nadirah masih lagi leka terhadap makanan.

Pandangannya teralih kepada setiap pc tersebut. Semuanya dalam keadaan terkawal. Dia terangguk kecil. Di hujung bilik tersebut didapati terdapat seorang tahanan tetapi namanya tidak dikenali. Ditahan sendiri oleh Nadirah seminggu yang lalu.

"Jap jap aku hack cctv yang lain satu je tinggal nak tengok korang" Nadirah mula bersuara. Jarinya mula berkerja di atas papan kekunci laptop tersebut.

Dalam beberapa minit cctv yang digodam sudah dimatikan.

Hanya satu dibiarkan bagi memantau keadaan mereka yang disana. Sekarang fokusnya pada pc tersebut.

Mangkuk ramen tersebut dipegang. Kakinya naik diletakkan di atas meja belakang badannya bersandar elok pada kerusi. Kesemua pergaduhan, pergelutan, berbalas tembakan diperhatikan dengan teliti. Mulutnya tidak berhenti mengunyah ramen tersebut.

"Liyan keluar sekarang!" Jerkah Adam. Jelas terpampar raut wajahnya kelihatan marah dadanya pula berombak ganas.

"Yow" sahut Liyan. Dia masuk ke dalam rumah dengan bergaya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Syafiq membaling telefonnya kepada Liyan.

"Wah handal si Nadirah orang terkuat aku pun dia boleh lawan" selamat mendarat telefon milik Syafiq dalam tangannya.

Gambar seorang lelaki terduduk diikat kemas di atas kerusi

"Dengar cerita dah tukar position apa cita?" Dia tergelak sinis.

"Takda cita" Syafiq menjawab persoalan Liyan sambil mengilatkan kukunya menggunakan pengilat kuku. Kemudiannya pengilat tersebut disimpan di dalam kocek seluar.

"Move ade lagi 5 minit sebelum meletup rumah cilaka tu" Nadirah sudah mengaktifkan bom di sekeliling rumah tersebut bagi mengepung pergerakkan musuhnya.

"Aku datang sini nak ambik balik Xavier and one more thing ini amaran terakhir jangan berani serang mana mana syarikat or banggunan yang ade nama DAVID MERSON " nama ayahnya ditekankan. Hampir sahaja nyawa Dato Cris melayang kerana syarikatnya diserang buat kali kedua.

Liyan mengangguk kecil tanda membenarkan anak buahnya melepaskan Mikael Xavier.

Mikael ditolak kasar ke arah Adam.

KRING!
KRING!
KRING!
KRING!

Penggera rumah tersebut berbungi kuat. Kepulan asap berwarna hitam memenuhi di setiap pelusuk markas tersebut.

Mikael mengenyitkan mata kirinya kepada Liyan sebelum perlahan-lahan menghilangkan diri. Adam, Claryna dan Syafiq pula sudah lama bergerak pulang memandangkan perancangan mereka berjalan dengan lancar.

"Hola Miss Nadirah miss me?" Tegur seorang lelaki disebelahnya. Sedang santai duduk di atas kerusi menompang dagu.

"Mika stop aku terkejut" Nadirah masih tekun melakukan kerjanya dihadapan pc walaupun terkejut dengan kehadiran si Mikael.

"Hoi syaitan kau tak reti nak tolong kemaskan senjata ke hah?!" Pintu bilik tersebut dirempuh kasar. Syafiq melulu ke arah Mikael sebelum menarik dengan kuat.

Nadirah memekakkan telinganya. Seolah-olah bilik tersebut tenang-setenangnya untuk dia melakukan kerja yang baru sahaja dia terima.

"SAKITTTT LAAAAA!!!" Jerit Mikael. Nadirah sudah merengus kasar.

BAM!

Mejanya ditumbuk kuat. Syafiq dan Mikael memandang Nadirah dengan tangan masih memegang rambut masing-masing.

"Keluar sekarang" tegas Nadirah. Mikael dan Syafiq mencicit lari keluar daripada bilik tersebut untuk turun ke basement.

"Mana arah basement?" Mikael mula memperlahankan langkahnya. Dia menepuk kuat bahu Syafiq.

"Kau pehal sanalah banyak makan semut ke masa kena tangkap" Syafiq meninggalkan Mikael berseorangan ditengah-tengah ruang tamu yang luas tersebut.

Nadirah melabuhkan punggungnya di atas kerusi kembali. Terganggu fokusnya terhadap urusan kerjanya.

Disaat jari runcingnya mula lincah menekan papan kekunci, dia mula berasa tidak sedap hati. Seakan-akan ada sesuatu buruk yang akan berlaku. Iphone miliknya cerah secara tiba-tiba. Jam pada skrin telefon tersebut dilihat.

1:30 pagi

Nadirah mendengus kasar. Dia bangun berniat untuk masuk ke dalam biliknya merehatkan diri namun langkahnya terbantut kerana tersedar dia masih menyimpan lelaki yang cuba untuk membunuhnya.

Dia tidak peduli. Lelaki tersebut mendongak memerhatikan Nadirah daripada jauh. Hampa tiada tanda-tanda dia akan dilepaskan.

BAM

terhinjut bahu lelaki tersebut apabila Nadirah bertindak menghempas kasar pintu berwarna hitam tersebut. Ia menghubungkan bilik kerja Nadirah dengan bilik tidur.

MISS HACKER Where stories live. Discover now