BAB 30

23 2 0
                                    

Tombol pintu rumah agam tersebut dipulas. Ditolak dedaun pintu ke dalam. Suasana gelap menghiasi kornea matanya.

Tubuh tegap tinggi lampai itu menjejak masuk ke dalam rumah. Terdapat dua baris lilin masih bernyala di sepanjang laluan naik ke tingkat atas.

Seram serupa macam rumah hantu. Rumah teres jika ditinggalkan begini pun boleh dirasakan keseramannya ini lagilah rumah agam umpama seluas istana.

Kesan-kesan lilin diatas pemegang tangga masih lagi hangat dan sedang mencair menitik ke tepi-tepi tangga.

"Aku rasa rumah ni tak sampai seminggu tapi dah macam rumah hantu dah" Mikael memicit lampu suluh untuk mencari Bastien dan Rashdan.

"MBAAAA!!!" Mikael statik berdiri ditempatnya. Langsung tidak terkejut dengan sergahan Bastien dan Rashdan berpakaian seperti hantu.

"Aku datang sini nak settlekan hal rumah ni cepat lepastu aku nak kena balik dekat Miss Nadirah" wajah dinginnya ditayangkan menandakan dia tidak bermain-main.

"Oh ha okay-okay urm kat luarlah dalam ni gelap nak nampak muka Rash yang tan skin ni lagi tak nampak" sempat Bastien mengutuk Rashdan.

Kepala Bastien diluku kuat. Kurang ajar punya member.

Mereka bertiga duduk di pondok bersebelahan dengan kolam ikan koi. Ikannya besar-besar dan sihat.

"Berapa total bil elektrik dengan air ni?" Mikael sedia menulis harga kedua bil tersebut di dalam nota telefon.

"Er bil elektrik rm 2000 air pulak 4000" Mikael mengeluarkan cek lalu menulis sesuatu.

"Korang ni basuh satu rumah agam ni ke apa sampai 4000 harga bil air ni Allahu" Terkeluar habis sikap Mikael yang suka membebel.

"Ni ambik ni daripada Miss Nadirah jangan boros kalau tidak dia tak nak sara kau dah" ugutan itu daripada dia sendiri bukan daripada Nadirah.

"Tuan Mikael sumpah saya dah taubat tak buat hal dah" Bastien membuat muka sedih.

"Membonggak je kau" ejek Rashdan pula.

"Tuan Mikael nak tahu tak haritu dia pergi terjah kedai makan Tang leng dekat jalan Chow Kit makan tak bayar lepastu lari" Mikael memejamkan matanya seketika.

Mengapalah dia dengan senang hati mahu menyelesaikan hal budak Bastien ini. Tidak serupa 18 tahun langsung. Matang sedikit pun tidak ada sahaja mahu membebankan bahu orang.

"Kau tau kan Bastien Lais Tang Leng tu gangtser dekat sana kalau kita kena serang sebab benda bodoh kau buat ni macam mana" nada suaranya kedengaran menahan geram.

"Lagi satu kedai dia tak halal banyak jual babi kau jangan perangai macam babi sangat boleh tak?" Kemarahan Mikael sudah mahu meletus.

Tinggal lagi sedikit limitnya dia akan mengamuk. Dia simpankan biar Nadirah yang mengsekolahkan mereka.

Telinga Bastien ditarik sama juga dengan Rashdan. Diheret masuk ke dalam kereta. Ini perlu dihadapkan sendiri ke hadapan ketua mereka sendiri.

TING!

Notifikasi telefonnya dibaca tanpa dibuka.

Mama - Nadirah dah balik markas. Jumpa along esok ya.

Mikael tidak membalas. Pemanduannya fokus hingga sampai ke markas BKD's.

Bastien dan Rashdan sudah kecut perut melihat tegangnya air muka Mikael. Timbul urat-urat di dahi Mikael.

Apa yang perlu dia jawabkan dihadapan Nadirah nanti. Dia sudah kehabisan alasan.

Sampai di lobi markas BKD's Mikael keluar daripada kereta. Kunci kereta diberikan kepada pengawal. Suitsnya dibuka lalu digantungkan pada tangannya sendiri.

MISS HACKER Where stories live. Discover now