BAB 10

41 1 0
                                    

Nadirah masih lagi tidak dapat menanggalkan topi keledarnya. Menitik-nitik manik peluh di dahinya.

Muiz dan Lyon memandang antara satu sama lain. Serentak mereka mengangguk. Dua kembar tidak seiras ini sentiasa berfikiran bernas dan sama.

Anak buah Nadirah diarahkan untuk mengalih perhatian lelaki 'bangla' itu bagi melepaskan Nadirah. Keadaan Nadirah menjadi lemah akibat kehilangan banyak darah daripada lukanya.

Buat kali kedua dia mengeluh dalam keadaan lemah. Dengan kudrat yang ada dia melonjat sedikit dan menhentak kuat topi keledarnya di kepala lelaki itu.

Dengan sekelip mata lelaki itu terjatuh dan tidak sedarkan diri. Nadirah mengambil senjata miliknya lalu melepaskan 10 das tembakan di dada dan kepala.

"Bodoh" maki Nadirah kasar. Matanya kabur, postur tubuhnya tidak seimbang.

"Nadirah!" Itu perkataan terakhir yang sempat didengari sebelum dia menutupkan mata. Pengsan. Lyon segera mendapatkan Nadirah di atas jalan tar.

Muiz membuka pintu lalu berundur kebelakang bagi memberi laluan untuk Lyon membaringkan Nadirah di seat belakang.

Lyon memanjat masuk meribakan kepala Nadirah. Pintu ditutup kasar.

"Muiz cepat!" Marahnya. Nadi di pergelangan tangan Nadirah diperiksa.

Masih berdetak normal!. Kain yang dibalut oleh Nadirah sendiri dibuka digantikan dengan kain yang bersih.

Tidak sampai 10 minit mereka sudah sampai dihospital milik Buppha. Nadirah berada di dalam cempungan Lyon menambahkan kerisauan Buppha.

Pucat lesi raut wajah cucunya.

Dia lebih cepat sampai kerana semasa dalam perjalanan dia dihantar ke hospital dahulu oleh Muiz kemudian Muiz pecut ke tempat kejadian.

"Grandma jangan risau okay Muiz dengan Mikael ada" pujuk Muiz lembut. Dahi Buppha dicium sekilas. Pantas dia berlari menuju ke bilik dimana Nadirah ditempatkan.

"Grandma Miss Nadirah mana?" Dia baru sahaja tiba di Thailand sudah mendapat berita bahawa majikannya cedera parah akibat diserang ketika hendak menuju ke syarikat. Kepalanya ditundukkan sedikit.

"Dalam bilik rawatan" Buppha terduduk di sofa. Fikirannya melayang dia takut peristiwa lama akan berlaku kembali. Tubir matanya menghangat bertakung mutiara jernih.

"Tak apa grandma Miss Nadirah kuat dah berapa kali dia survive bila cedera teruk" senyuman tipis diukir di bibir bagi melegakan hati tua Buppha.

Buppha mengangguk sambil tersenyum terpaksa. Risau akan cucunya.

Ya. Dia tahu cucunya kuat menghadapi cabaran yang ditempuhi. Sama seperti arwah anak sulongnya, arwah Datin Qis dan menantunya, arwah Dato Cris.

"Datin Qis Dayan dipersilakan minum" nama sebenar Buppha disebut penuh oleh Affan. Datin Dayan menoleh ke arah suara garau tersebut.

"Affan..." mengalir air mata Datin Dayan. Affan merupakan salah seorang anak lelakinya hasil perkahwinan bersama suami pertamanya, Haris Naem. Lelaki warganegara Malaysia.

Namun jodoh mereka tidak berkekalan kerana Haris meninggal dunia di dalam dunia gelap ini. Diseksa sehingga nyawa berpisah daripada jasad. Jasadnya pula hancur sehancurnya.

MISS HACKER Where stories live. Discover now